"Kalau aku cerita dekat diorang ni semua, dekat Nureen, kau rasa aku akan lega ke? Aku terseksa kau faham tak? Kau tak faham Yad!"
💠💠💠💠💠
Haura bernyanyi kecil sambil memotong sayur untuk sarapan pagi mereka di dapur. Sesekali rambutnya diselit ke belakang telinga.
Tiba-tiba, tubuhnya dipeluk dari belakang. Haura yang sudah tahu siapa mula tersenyum lebar.
Dariel meletakkan dagunya ke atas bahu Haura. Mata mengerling memandang Haura di sebelah.
"I love you." Bisiknya perlahan. Haura tersenyum simpul.
"Tak nak balas ke?" Tanya Dariel bergurau. Haura menggeleng kecil.
"Malu."
Dariel tergelak kecil. Dia memeluk tubuh isterinya lebih erat.
"Haura."
"Hm?"
"Ingat tak yang awak pernah cakap dulu yang awak nak buat saya jatuh cinta pada awak dalam masa sebulan sampai saya asyik nak berkepit dengan awak?"
Haura mengngguk kecil.
"Kalau awak nak tahu, tak sampai sebulan pun, saya dah kemaruk sangat nak tengok muka awak tau. Sampai semua kerja saya jadi tak betul. Kepala saya ni asyik teringatkan awak je kat rumah. Saya asyik fikir nak balik dan tengok muka awak puas-puas." Cerita Dariel jujur. Dia memang rasa begitu setiap kali dia berjauhan dengan gadis itu.
Haura tergelak kecil.
"Awak angau." Usiknya perlahan.
"Em. Saya dah angaukan awak. Sampai saya rasa nak ambil awak kat tempat kerja lepas tu bawa balik." Tutur Dariel selamba.
Haura tergelak. Dia berpaling lalu menghadap badan Dariel.
"Tapi, awak ego."
Dariel mengangguk. Kepala Haura dikucup sekilas.
"Sekarang dah tak."
"Betul dah tak?"
"Tak. Awak nak saya buat apa sekarang? Saya buat." Dariel merapatkan badan mereka. Haura menolak dadanya perlahan menghalang dair mendekatinya. Wajahnya merah menahan malu.
"Awak ni." Haura memuncung. Dariel ketawa.
Dalam diam, dia tersenyum. Dia rasa bahagia bersama wanita tersayangnya. Dia mahu hidup lebih lama bersama Haura.
Haura sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
♥♥♥♥♥
"Aku dah berbaik dengan bini aku! Yes!" Dariel tersengih lebar. Mereka semua mencebik. Dalam hati, mereka bersyukur. Rumahtangga Dariel tak runtuh.
"Kau dah confess?"
"Dahlah. Aku rasa bahagia gila sekarang ni. Tiap-tiap saat aku rindukan dia. Ni pun nasib aku datang nak inform dekat korang. Kalau tak, memang aku tengah berkepit dengan Haura sekarang tau." Balas Dariel selamba. Namoak sangat angaunya tu.
"Ceh. Menyampah aku." Syukri mencebik.
"Ha, Dariel dah lepas. Kau, Qi?" Tanya Fadhil pada Rizqi yang senyap saja mendengar sorakan Dariel itu.
Rizqi menggaru kepala yang tidak gatal.
"Nureen block aku!!" Jeritnya geram. Dia dah semakin tak tahan dengan semua ni. Rasa nak bawa lari Nureen pergi Siam.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romantik※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...