KEDENGARAN tangisan di tanah perkuburan ketika itu. Orang ramai yang menziarahi sebentar tadi sudah beransur pulang. Hanya tinggal keluarga terdekat sahaja yang masih kekal di situ.
Ezrul hanya merenung tanah yang masih merah itu. Kemudian matanya beralih kepada ahli keluarga yang masih meratapi pemergian Daniel. Ibu dan bapa Daniel yang turut berada di situ sudah bengkak mata akibat terlampau banyak mengangis. Dia turut berasa simpati.
Anisa juga turut berada di situ bersama Nabilah dan juga Zarra yang setia menemaninya. Mereka berdua juga turut simpati melihat kesedihan yang terpancar di wajah Anisa. Anisa yang masih duduk bersebelahan dengan bekas mertuanya mengusap perlahan batu nisan yang terukir nama Daniel.
Bohong lah kalau dia tidak terasa sedih langsung atas pemergian bekas suaminya. Walaupun sudah bercerai, perasaan sayang dan cinta akan Daniel masih bersisa di hatinya.
Auntie Raudah merenung bekas menantunya. Terbit rasa bersalah di dalam hati terhadap gadis itu. Daniel menceraikannya dengan alasan yang tidak masuk akal. Dia dan suaminya, Uncle Yusof tidak tahu menahu tentang berita penceraian anak mereka. Malah mereka sudah lama tidak berhubung kerana Daniel acap kali bilang bahawa dia sibuk dengan kerja.
Auntie Raudah membelai kepala Anisa yang dilindungi tudung itu. "Mama minta maaf sangat-sangat pada Anisa atas apa yang Daniel dah buat dekat Nisa. Mama dengan abah tak tahu langsung tentang ni." pohonya.
Anisa yang mendengar itu menghadiahkan senyuman nipis. Dia mengusap tangan Auntie Raudah.
"Tak apa. Nisa tak salahkan mama dengan abah. Dah tertulis jodoh kami sampai sini saja." ucapnya pasrah.
Mata Auntie Raudah berkaca kembali. Sungguh mulia hati Anisa. Entah kenapa Daniel tergamak meninggalkan Anisa begitu sahaja. Tubuh kecil itu didakap erat. Sayangnya terhadap Anisa tidak pernah berkurang. Malah dia sudah menganggap Anisa seperti anaknya sendiri.
Anisa membalas pelukan Auntie Raudah. Dia mengusap lembut belakang badan ibu mertuanya cuba meredakan tangisan.
Uncle Yusof memandang wajah bersih milik Ezrul yang sedang berdiri bersama Ejaz dan Iqmal. Dia menghampiri tiga anak muda itu.
"Uncle minta maaf bagi pihak Daniel atas apa yang terjadi. Uncle betul-betul tak sangka dia sanggup buat macam ni pada kamu dan Sofea. Uncle minta maaf sangat-sangat." ucapnya dengan sebak.
Ezrul menatap wajah tua milik Uncle Yusof. Kemudian dia memandang ke arah dua sahabatnya. Mereka berdua senyum nipis. Tangan Iqmal menepuk perlahan bahu Ezrul cuba menenangkan sahabatnya. Dia faham apa yang dirasakan oleh Ezrul waktu itu.
"Tak apa Uncle, saya maafkan. Mungkin dia tak tahu apa yang dia lakukan. Kita berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman." balas Ezrul tenang.
Ya, walaupun apa yang dilakukan oleh Daniel amat melampau. Dia tidak boleh terus menghukum. Setiap manusia melakukan kesilapan dan tak semestinya kesilapan itu tidak boleh dimaafkan. Lagipun Daniel sudah kembali kepada sang pencipta. Tiada gunanya apabila dia terus berdendam dengan orang yang telah tiada.
"Terima kasih nak! Terima kasih kerana sudi maafkan anak uncle!" ucap Uncle Yusof dalam tangisan. Dia memeluk tubuh Ezrul erat. Ezrul membalas sambil menepuk bahu Uncle Yusof perlahan.
Setelah selesai, mereka semua bersurai ingin beransur pulang. Sebelum itu, sempat Auntie Raudah bersuara.
"Macam mana keadaan Sofea?"
"Alhamdulillah... Keadaannya dah stabil. Cuma Putri masih belum sedarkan diri lagi." balas Ezrul tenang. Tangannya di seluk dalam poket baju melayunya.
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romansa[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...