Bab 40

2.2K 90 6
                                    

HARI ini Putri masuk kerja seperti biasa. Dia memulakan kerjanya dengan membuat air untuk bosnya. Ya, itulah rutinnya tiap-tiap pagi. Dia ke pantri untuk membancuh segelas nescafe. Siap membancuh, dia menuju ke bilik bosnya. Pintu bilik diketuk, apabila dengar sahutan dari dalam, Putri masuk ke dalam.

"Ada apa Putri?" soal Farad.

"Ini saya nak hantar nescafe untuk bosnya" kata Putri sambil letakkan air itu di atas meja kerja Farad.

"Thanks Putri.." ucapnya. Putri hanya tundukkan kepalanya sedikit. "Saya keluar dulu ya bos."

Belum sempat Putri ingin berlalu, Farad memanggilnya. "Ya?"

Farad merenung ke arah Putri. "Harini I ada appointment apa-apa ke?"

"Oh ya, tengah hari ni bos ada lunch appointment dengan Dato' Zubir untuk bincang tentang projek baru."

"Itu sahaja?" soal Farad.

"Yup, itu sahaja." kata Putri. "Saya keluar dulu ya bos" pintanya. Sesungguhnya dia tidak betah berlama-lama di situ. Dari pandangan Putri, renungan Farad membuatkannya dia tidak selesa.

Farad hanya mengangguk. Selepas Putri hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Entah kenapa hatinya masih berdebar-debar bila berhadapan dengan Putri. Seolah-olah dia tidak dapat melupakan gadis itu. 'Farad, enough... Dia bukan ditakdirkan untuk kau.'




PUTRI kelihatan sibuk menghadap komputer di hadapannya. Sedang dia leka, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Apabila dia buka, tertera nama Ezrul menghantar pesanan.

Ezrul
Assalamualaikum dear, kejap lagi saya nak ajak awak lunch. Jom? :)

Putri terdiam sejenak, dia memikirkan sama ada mahu menerima ajakan lelaki itu atau tidak. Sebentar kemudian masuk lagi satu pesanan dari orang yang sama.

Ezrul
Seen je? Tak sudi ke? :(

Putri ketawa kecil di situ. Apalah mamat ni, macam budak-budak. Tetapi dia tetap tersenyum.

Putri
Herm... Kalau saya tak nak?


Ezrul
Kalau tak nak, saya tak nak makan la harini :(

Putri
Eiii... Mengada je dia ni

Ezrul
Biarlah. Saya mengada dengan awak je :) Pleaseeeeeeee...... Lunch dengan saya harini :(

Putri
Yelahhh..

Ezrul
Yeyyyy!!! Sayang awak! Nanti saya datang jemput awak tau! Bye, sweetheart!❤️

Putri hanya mampu tersenyum membaca pesanan terakhir Ezrul. Entah kenapa hatinya rasa berbunga-bunga cinta. Ceyh! Over je kau ni.




SEPERTI yang dijanjikan, tengah hari itu Ezrul datang menjemput Putri di tempat kerjanya.

"Lama tunggu?" soal Ezrul dengan senyuman yang mampu membuat mana-mana hati wanita cair.

"Tak lah. Saya pun baru turun." jawab Putri ringkas.

Kereta Ezrul memandu keluar dari bangunan itu. "Nak makan kat mana?"

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now