Bab 3

5.2K 204 1
                                    

      SEMASA Putri dalam perjalanan menuju ke restoran tersebut, dia hanya berjalan berseorangan. Jalan agak sunyi ketika itu. Dah malam kan?

    Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu mencuit bahunya. Apa lagi? Cik Putri kita ni melatahlah!

    "Oh mak kau hantu!" latahnya kuat.

    Ya Tuhan... boleh pulak pergi seru nama dia malam-malam buta ni. Sudah lah hari ini hari khamis malam jumaat! Kang tiba-tiba muncul di hadapannya, jangan tanya kenapa dia pengsan!

    Terdengar ada suara yang ketawa di belakang. Putri pusing ke belakang untuk melihat hamba Allah yang mana  meminta-minta untuk dipukul itu.

    Bulat matanya apabila mengetahui siapa gerangan yang berani mencuitnya. Daniel!

    Daniel pula masih dengan tawanya. Tangannya naik memegang perut menahan senak akibat terlalu kuat ketawa.

    Wah wah wahh! Sukanya dia gelakkan kita ya. Pantas beg dompet yang berada di tangan Putri landing di atas kepala Daniel. Amekkau! Puas hati Putri.

    Daniel mengaduh sambil mengusap kepalanya yang sakit. Dia pakai beg dompet apa ni? Sakitnya!

    "Adoii kasarnya you ni!" rungut Daniel.

   Putri senyum sinis. "Sedap?"  soalnya memerli.

   Daniel menayang raut wajah tidak puas hati. Sakit tahu!

    "I melawak ja, jangan lah sampai pukul i." kata Daniel cuba membela diri.

   Putri menjulingkan matanya ke atas. "Nak melawak pun tak kena masa. Malam-malam ni jangan nak gurau macam tu. Terkejut orang!" bebel Putri.

   "Fine." Daniel mengalah.

   Putri hanya menggeleng kepalanya. Dia ingin meneruskan perjalanannya namun ditahan oleh Daniel.

    "Apa?"

   "You nak pi mana?" soalnya.

    Putri tidak menjawab, sebaliknya dia memuncungkan mulut menunjuk ke arah restoran Thai itu.

    "Oh. Jom lah. I pun nak ikut jugak. Boring lah tak tahu nak buat apa." kata Daniel memberi kata putus. Putri hanya membenarkan sahaja. Padahal dalam hati tu dup dap dup dap sahaja.

     Mereka sama-sama masuk ke dalam restoran tersebut. Wahh malam-malam pun masih ramai lagi pelanggan. Ada yang sedang menonton bola.

   "Oh? Ada game ka harini?" soal Daniel. Putri hanya angkat bahu. Mana lah dia ambil tahu tentang bola.

    Mereka mengambil tempat di bahagian hujung sedikit. Di tengah-tengah tu ramai sangat lelaki yang menonton bola. putri tidak berapa suka dikelilingi ramai orang. Rimas!

     Selepas membuat pesanan, mereka berdua hanya menunggu. Putri menghadap telefon pintarnya. Bukan apa. Dia rasa janggal apabila Daniel di hadapannya. Walaupun mereka kerap berbual, tetapi Putri tetap rasa segan. Mana tak segan. Lelaki idaman ada di depan mata!

    Daniel pula tidak memegang telefon pintarnya. Sebaliknya dia merenung wajah gadis di hadapannya. Kadangkala pandangannya teralih melihat kaca televisyen apabila pelanggan di situ bersorak.

     Putri sedar akan hal itu. Dia sudah tidak senang duduk. 'Ish, dia ni suka sangat tengok orang macam nak tembus. Dia tak tahu ka aku ni segan bila dia tenung aku macam tu?' desis hatinya.

    Tidak tahan punya pasal, Putri pantas bersuara. "Hang ni, boleh tak jangan tengok aku macam tu? Berapa kali dah aku pesan. Nak kena hempuk baru nak faham ka?" marahnya.

     Daniel tergelak mendengar Putri memarahinya. Langsung tidak terkesan di hatinya. Kerana dia tahu, Putri memang begitu. Dia memang sengaja berbuat begitu, ingin melihat reaksi gadis itu.

    "You ni...garang sangat lah. I baru tengok macam tu, dah nak melenting. Cuba jadi soft sikit." ujar Daniel lembut.

    Alahai... Wahai hati tolong jangan tergolek jatuh lagi.

    "Memang tak lah." balas Putri.

    Daniel sudah menggeleng kepalanya. Tahu dah perangai keras kepala Putri.

     Selepas beberapa minit, makanan yang dipesan tiba.

     "Uiii dating ka?" tegur pelayan restoran itu, Ratna. Dia juga boleh tahan rapat dengan Putri.

    Putri buat muka tak hingin. Dia menunding jari kepada dirinya sendiri. "Aku? Dating dengan dia? Lambat lagi Ratna!"

     Daniel cuma ketawa kecil. Langsung tidak kecil hati. Memang kerjanya suka sangat bila orang usik dia dengan Putri macam tu! Dia tahu Putri agak 'allergic' tentang ini.

     Ratna turut ketawa. "Ooo, ingatkan hang dating dengan dia." katanya sambil ketawa. Gigih betul dia berbicara loghat utara. Sedangkan dia berasal dari Thailand. Tetapi sleng Thai masih kedengaran.

    Putri menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu layan.

     Sedang Putri leka menjamah, tiba-tiba dia teringatkan janjinya. Kemudian dia memandang Daniel di hadapan. 'Nak bagitahu ke tak eh?'

    Putri berdehem sebentar sebelum bersuara. "Tadi dekat sekolah, ada orang bagitahu aku dia suka hang." ujar Putri. Tangannya menyuap nasi ke dalam mulut.

    Terhenti pergerakan Daniel sebaik sahaja mendengar kata-kata Putri.

   "Who?"

   "Shira." balasnya pendek.

   "Who's Shira? Have i met her before?" soal Daniel.

   Putri hanya angkat bahu. Matanya masih fokus memandang nasi. Dia tidak memandang wajah Daniel. "Maybe."

    "Ada gambar dia?"

   Tangan Putri mencapai telefon pintar miliknya dan mencari gambar Shira kalau-kalau ada. Sebaik dia temuinya, dia menunjukkan ke arah Daniel.

    "Ohh! Yang putih melepak ni..." balas Daniel bersahaja. Kemudian dia hanya mendiamkan diri dan sambung makan.

    Terangkat sebelah kening Putri. "Tak dak apa-apa yang nak di cakap ka?"

    "I nak cakap apa?" soal Daniel kembali.

   "Dude, she likes you." beritahunya lagi sekali.

   "Ya jadi i nak buat apa? I tak suka dia." balasnya ringkas.

    Wow... Okay agak direct ya. Dan kenyataan itu sedikit sebanyak melegakan hati Putri.

   "But i love someone else." tambah Daniel.

    Terus terhenti pergerakan Putri. Hatinya berdebar kuat ingin mengetahui siapa wanita yang disukai oleh Daniel.

    "Siapa?" soal Putri penuh debar.

   
    "Anisa."



<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Whow... Siapa Anisa? Jeng jeng jeng!
Jangan lupa vote okay!

  #To be continue...

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now