Bab 6

4K 155 4
                                    

    SELEPAS lima jam perjalanan kami, akhirnya mereka tiba di hadapan apartment yang cantik itu. Putri mengeluarkan bagasinya, lalu mereka masuk ke dalam apartment. Putri dan Nabilah menunggu Zarra yang sedang menguruskan tentang kunci apartment di lobi. Setelah selesai menguruskan apa yang patut, mereka mahu menuju ke arah lift tetapi, mereka disapa oleh seseorang.

    "Assalamualaikum." sapa lelaki itu sambil tersenyum.

    "Waalaikumsalam." jawab mereka bertiga.

    "Korang ni orang baru ke dekat sini?" soal lelaki itu.

    "Ha'ah, kami baru pindah dekat sini. Hmm... Encik ni siapa?" soal Zarra.

   "Ouh, lupa pulak nak kenalkan diri. By the way, nama saya Amar." kata Amar.

   "Ohh, saya Zarra Zahira. Boleh panggil Zarra." jawab Zarra.

    Amar mengangguk faham. "Awak pulak?" soalnya kepada Nabilah.

   "Saya Nabilah."

    "Awak?" soalnya kepada Putri.

   "Putri Sofea." katanya sambil membalas senyuman Amar.

     "So, semua ni asal mana?" soal Amar.

    "Saya dengan Putri asal Penang. Si Zarra ni asal Sabah, tapi dia stay Penang." terang Nabilah. Zarra dan Putri hanya mengangguk mengiakan kata-kata Nabilah.

    "Awak stay sini jugak ke?" soal Zarra kepada Amar.

    "Yup. Saya pun baru jugak la pindah dekat sini. Ermm... 3 bulan lepas..." terangnya.

"Oh."

    "Weh jom la... Aku dah letih ni. Dah la beg aku berat." rungut Putri.

    "Yelah, yelah... Jom. Okay Encik Amar, kami naik dulu ya. Kawan saya dah penat dah. Bye..." kata Zarra.

    "Berat ke beg tu Cik Putri? Nak saya tolong ke?" soal Amar ingin membantu.

   "Eh, tak apa. Saya boleh angkat sendiri. Beg saya tak banyak pun, 3 beg ja." tolak Putri.

    "Alah, takpe. Biar saya tolong, lagipun saya tengok beg awak dengan Cik Nabilah macam berat je." katanya.

    "Okay, kalau awak nak tolong. Nah, awak ambik beg saya satu, beg Nabilah satu." Putri menghulur begnya dan beg Nabilah kepada Amar. 'Nak sangat tolong orang kan? Ambik hang!'

    Kami sama-sama menuju ke pintu lift dan menekan butang lift. Semasa menunggu lift, Amar menyoal lagi.

    "Rumah korang tingkat berapa?"

    "Tingkat 16." jawab Zarra.

    "Eh, sama la dengan saya. Saya pun duduk di tingkat 16 jugak." kata Amar agak teruja.

    "Ouh, ya ka?" kata Nabilah. Amar hanya mengangguk. Putri hanya diam sambil mendengar lagu. Ketika itu, lift sudah tiba di tingkat lobi. Mereka masuk ke dalam dan masing-masing diam seketika. Selepas sampai di tingkat yang dituju, mereka keluar dan menuju ke arah rumah baru mereka.

    "Laa... Rumah kita selang satu rumah je..." kata Amar sambil tersenyum.

    "Ouh, really? So senang la kan kalau kita nak keluar lepak sama-sama ke." jawab Nabilah.

    "Boleh je kalau korang sudi." katanya.

    "Ermm... Encik Amar, boleh bagi saya punya beg tak? Rasanya dah lama sangat awak pegang beg saya dengan Nabilah." kata Putri mencelah perbualan mereka.

   "Oh ya! Terlupa pulak, nah." kata Amar.

   "Oh bye the way, tak perlu lah nak ber cik cik dengan kami. Panggil nama saja." pinta Putri. Janggal pulak rasa.

   "Oh okay. Kalau macam tu, tak payah ber encik jugak lah dengan saya. Panggil Amar je." balasnya sambil senyum.

   "Okay, saya masuk dulu lah." kata Putri meminta diri.

    "Tu la, kami pun nak masuk dulu lah. Esok-esok je lah kita jumpa ya. Assalamualaikum" kata Zarra.

   "Waalaikumsalam." jawabnya sambil tersenyum.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

#To be continue

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now