Bab 10

4.3K 166 0
                                    

    PUTRI meluru masuk ke dalam rumah dengan wajah yang masam mencuka. Sakit di hatinya tidak habis lagi tentang insiden petang tadi. Selepas pulang ke rumah, dia terus masuk ke dalam biliknya lalu menguncinya.

    Kedegang!!! Bunyi pintu dihempas!

     Zarra hanya menggelengkan kepalanya ketika melihat Putri masuk ke dalam biliknya. Haih... Dia ni kalau tengah marah, jangan sesiapa pun ganggu dia. Siapa yang kacau dia time dia tengah hangin ni... Memang tempah maut la gamaknya...

    "Apahal tu?" Nabilah menyoal Zarra yang berada di ruang tamu. Nabilah baru selesai mencuci bajunya tadi, apabila mendengar pintu dihempas kuat. Terus dia menyudahkan kerjanya.

    "Hmm... Dia tengah angin..." jawab Zarra lalu mengambil remote control dan menghidupkan television.

   "Pasal apa?"

     Zarra terus menceritakan insiden petang tadi. Nabilah pula asyik gelak saja... Apa yang lawak sangat pon tak tau la😒

    "Yang kau dok gelak dari tadi tu kenapa?"

    "Macam mana aku tak gelak, benda kena langgar sikit je. Yang Putri nak emotional sangat tu kenapa?" Nabilah menyambung tawanya.

    "Sikit kau cakap? Mamat tu langgar Putri sampai tergolek macam nangka busuk kot. Sikit apa macam tu." ujar Zarra. Sempat lagi kutuk tu!

     "Aku dengar!" laung Putri dari dalam bilik.

     Zarra pantas menekup mulutnya. Terkejut punya pasal. Nabilah sudah bantai gelak.

    "Tapi kan, aku macam pernah nampak lah muka mamat tu." kata Zarra tiba-tiba.

   "Mamat mana?" soal Nabilah bendul. Zarra sudah menepuk dahi. Mai dah penyakit bendul dia.

   "Oh really? Dekat mana?" soal Nabilah ingin tahu.

   "Itu lah masalah dia sekarang ni, aku tak ingat dekat mana..."

    "Hmm... Okaylah, aku nak  masak sat." Nabilah terus ke dapur untuk memasak.

   "Aku dengan Putri dah kenyang la, tak payah masak lah."

    "Bukan untuk korang lah!" laung Nabilah dari dapur.

   "Habistu, untuk siapa?"

   "Aku lah!"

    "Ops! Terperasan pulak." kata Zarra sambil tersengih. Nabilah mencebik di dapur.






    PUTRI baru keluar dari bilik kuliah. Dia ingin menuju ke kafeteria, apabila dia sedang berjalan dia terlanggar seseorang di hadapannya. Buku-buku yang dipegang oleh Putri terjatuh di lantai kafe itu.

   "Oh! Sorry saya tak sengaja." ucap lelaki itu.

    "Err... Tak apa, saya yang tak pandang depan tadi." kata Putri.

     Dia menunduk lalu mengutip bukunya yang terjatuh. Lelaki itu turut membantunya untuk mengutip buku tersebut. Putri masih sibuk mengutip buku tanpa memandang tuan empunya suara. Apabila Putri mendongak, dia terkesima. Lelaki itu turut terkejut.

    "Kau?!" kedua-dua nya berkata serentak. Putri terus bangun dari cangkungan.

    "Haih, apa lah nasib aku ni... Balik-balik muka hang, tak ada orang lain ke dalam dunia ni nak langgar aku. Asyik hang je,meluat aku! And hang ni ada masalah mata ka? Hang buta eh?" kutuk Putri.

    Terbuntang mata Ezrul mendengar kutukkan Putri. "Eh, sorry sikit eh, siapa yang langgar siapa sekarang ni. Aku yang buta ke, kau yang juling!" Ezrul membalas dengan kata-kata yang pedas.

    "Memang kau yang langgar aku tadi okay!"

    "Bila masa? Kau sendiri yang mengaku kau salah tadi, lepastu dah nampak muka aku yang boleh dikatakan handsome ni, terus kau salah kan aku pulak!" Ezrul dah masuk bakul dah!

    "Heee!! Perasannya kau ni! Rumah kau takde cermin ke? Kalau rumah kau ada cermin, please cermin diri kau tu dulu sebelum mengaku kau tu handsome!" hambur Putri sambil mencebik menyampah!

   "Eh, kau ingat aku ni sengket sangat ke? Sampai dekat rumah pun tak ada cermin? Cermin dekat rumah aku tu, 10 kali ganda lagi besar dari cermin dekat rumah kau lah!" kata Ezrul, sakit hati kita.

    "Eh? Macam mana kau boleh tau cermin kau lebih besar dari cermin aku ek? Kau stalker ea? Ke kau ni jenis suka mengendap perempuan?" kata-kata Putri kedengaran pedas di telinga Ezrul.

    "Kau jangan nak melebih sangat ea perempuan... Kau belum kenal lagi aku siapa..." Ezrul memberi amaran kepada Putri.

    "Oh my! Takutnya! Kau fikir aku kisah? Eh, aku tak heranlah... Aku pun tak hingin nak tau kau tu siapa!" Putri berkata sambil membuat aksi sedang takut yang teramat.

     Ezrul merenung tajam ke arah Putri. Dia sudah naik geram dengan sikap Putri seperti tidak takut padanya. Rasa macam nak hempuk je perempuan ni! Tak takut langsung dengan orang.

    Putri membuat muka 'batunya'. Dia tersenyum sinis kepada Ezrul yang kelihatan sedang berang. Bengang lah tu! 

    Belum sempat Ezrul membalas, Nabilah datang dan menegur Putri.

   "Beb, asal ni?" soal Nabilah yang baru berdiri di sisi Putri.

   "Tak ada apalah beb. Jom blah, panas la dekat sini. Bising pulak tu, macam ada langau pulak dekat kafe ni." sindir Putri, pada masa yang sama dia menjeling tajam ke arah Ezrul.

   Bulat mata Ezrul mendengar sindiran Putri. Budak ni memang nak kena debik dengan aku!

   "Woi, kau jaga sikit mulut kau! Jangan nak kurang ajar sangat, mak bapak kau tak ajar kau cara nak beradap dengan orang ke? Biadap!"

    Kali ini mata Putri pula menjadi bulat. Mamat ni dah lebih ni! Main mak bapak pulak!

   "Hoi! Mak bapak jangan main erk, jangan nak biadap sangat, BIADAP!"

      Ezrul tersenyum sinis apabila dapat menaikkan amarah Putri. Nabilah yang tadi hanya berdiam diri menjadi kalut semacam. Dia harus meleraikan pergaduhan ini sebelum ianya menjadi bertambah teruk.

   "Eh Putri, dah la tu... Malu orang tengok ni... Tadi kau ckp lapar, jom aku teman kau makan eh." Nabilah berkata dalam nada memujuk.

   "Tak apa lah, aku tak ada selera dah nak makan. Kalau kau lapar, kau makan lah dengan si Zarra tu. Aku nak gi buat assignment, apa-apa nanti roger okay." kata Putri.

  "Hah, kau pergi lah buat kerja kau! Tak payah nak menyemak dekat sini, asyik cari gaduh je kerja." halau Ezrul. Dia sengaja ingin menambahkan minyak di dalam marah Putri.

   "Diamlah kau! Buat semak kepala je dengar suara kau!" marah Putri lalu berlalu pergi.

    Ezrul ketawa dalam hati, haih.. Putri, Putri... Nama tak seindah orangnya!





<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

   #To be continue...

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now