Bab 46 [FINALLY!💍❤️]

2.4K 111 11
                                    

KINI hari yang dinantikan sudah tiba. Hari di mana Putri dan Ezrul akan bernikah. Hari bahagia mereka berdua.

Wajah Putri kini sudah disolek cantik oleh seorang mak andam. Wajah Putri hanya disolek tipis sahaja. Terserlah keanggunan nya.

"Haaa, dah siap... So gorgeous princess! Meletops gitu!" kata lelaki lembut itu dengan teruja.

Putri memandang wajahnya di cermin. Memang cantik. Dia jarang bersolek, ini kali pertama dia disolek secantik ini. Cantik jugak aku! Eh eh, terperasan!

"Okay, kerja I dh settle. You duduk sini diam-diam tau. I nak balik dulu. By the way, congratulation princess!" ucapnya.

Putri mengukir senyuman kepada Sally. "Thanks Sally. Thanks jugak sebab tolong make-up kan i"

Sally buat gaya gedik sedikit. "My pleasure.... Small matter princess. Okay lah, i balik dulu, bye bye!" pamit Sally lalu keluar dari bilik Putri.

Putri duduk di atas katilnya. Dia termenung seketika. Sekejap lagi dia bakal bertukar status sebagai seorang isteri. Dia juga harus memikul tanggungjawabnya sebagai isteri. Sudah bersediakah dia? Insyaallah...

"Wahh! Cantiknya kau Put!" teriak Nabilah tiba-tiba apabila dia melangkah ke dalam bilik. Zarra turut masuk bersama.

Terkejut Putri dibuatnya. Hish! Tak habis-habis kena sergah macam tu. Aku lepuk dua ekor ni kang naya je.

"Terkejut aku weyh... Lain kali bagi lah salam" kata Putri.

"Hehehe... Sorry beb" kata Nabilah lalu melabuhkan punggung di atas katil. Dia duduk di sebelah kiri Putri manakala Zarra di sebelah kanan.

"Serious weyh kau cantik gila! Macam bidadari dari kayangan gitu!" puji Zarra pula.

Putri cuma senyum mendengar pujian mereka berdua. "Merepek jelah korang ni"

"Betul weyh, memang kau cantik sangat harini" bersungguh-sungguh Nabilah meyakinkan Putri.

"Oh? Selama ni aku tak cantik lah?" soal Putri ingin berjenaka.

"Haah, kau memang tak cantik pun sebelum ni" jawab Nabilah selamba.

Bulat mata Putri mendengar. Kepala Nabilah ditolaknya kuat. Biar bengong sikit.

"Aduh! Sakit la ngok! Kasar betul kau ni" marah Nabilah sambil membetulkan tudungnya yang senget.

"Hahaha padan muka kau!" ejek Zarra sambil ketawa.

"Hish, dengan aku pun dah kasar macam ni. Macam mana la dengan laki kau nanti agaknya? Mau terperosok bawah katil gamaknya kau buat" ejek Nabilah. Memang tak serik perempuan ni!

Dan sekali lagi, Putri menolak kepala Nabilah lagi. Kali ini berserta dengan cubitan.

"Weyh! Weyh! Dah lah... Sakit siot! Aku gurau je alah kau ni" kata Nabilah sambil mengusap lengannya yang pedih. Bisa woo!

"Haa... Lain kali mulut tu kasi insuran sikit ye cik kak... " kata Putri mendatar suaranya sambil sengih jahat.

Nabilah menjelirkan lidahnya. Memang nak mampus budak ni! Putri menjeling tajam Nabilah.

"Hmm... Kau dah ready ke ni?" soal Zarra setelah mereka diam seketika.

Putri diam sekejap, dia kemudian angguk. "Insyaallah... " jawabnya yakin.

Tiba-tiba Zarra memeluk Putri. "Dah nak kahwin dah kawan aku ni"

Nabilah juga turun memeluk Putri. "Tulah, dah nak kahwin dah kau.. Sunyi la nanti rumah ni" kata Nabilah.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now