Bab 50

2.7K 101 7
                                    

     PEJAM celik pejam celik, hari persandingan sebelah perempuan sudah tiba. Majlis mereka hanya dilakukan di rumah keluarga Putri sahaja. Empat khemah didirikan di hadapan rumah Putri. Majlis sebelah perempuan hanya dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

    Puan Athira sudah mengupah katering. Senang, tak perlu susah payah dan kelam-kabut nanti. Dia hanya menjemput saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Begitu juga dengan Putri, dia menjemput rakan-rakannya yang menetap di Penang.

   Ketika itu, Putri dan Ezrul sedang duduk di atas pelamin yang dihias cantik dengan kain putih dan bunga-bunga berwarna-warni. Sangat cantik! Bibir mereka tidak lekang dari mengukir senyuman. Rasa kebas dah pipi ni! Mulut mereka pula tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang berjumpa dengan mereka di pelamin.

    Dua pasangan itu hanya mengenakan pakaian pengantin yang simple tetapi tetap terserlah seri pengantin mereka.

   Baju Ezrul❤️

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

   Baju Ezrul❤️

   Baju Putri❤️

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

   Baju Putri❤️

    "Secocok betul hangpa berdua ni. Sama cantik sama padan. Beruntung kamu Sofea" puji seorang rakan Puan Athira iaitu Puan Rosnah.

    Putri dan Ezrul mengukir senyuman mendengar pujian Puan Rosnah. "Alhamdulillah, terima kasih sebab datang makcik Ros" ucap Putri.

    "Lain benar kamu ya sekarang? Dulu 'comel' sangat orangnya. Sekarang dah kurus, cantik pulak tu" kata seorang lagi rakan mamanya.

    Terlepas tawa Putri di situ. Ya, memang dulu dia boleh dikategorikan 'comel' orangnya. Bila teringat zaman sekolah dulu, hampir mahu terburai tawa Putri.

    Ezrul hanya mampu senyum memandangkan dia tidak tahu hujung pangkal cerita dan dia tidak faham 'lawak jenaka' wanita di hadapannya ini.

    Selepas selesai mereka berdua makan beradab, mereka memulakan sesi bersalam-salaman dengan tetamu. Ramai yang terkejut melihat perubahan diri Putri. Maklumlah, lama tidak bersua muka dengan saudara-mara. Putri hanya mampu senyum, senyum dan senyum! Hati tak payah cakap lah, dah berbunga-bunga cinta menerima pujian!

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang