Bab 17

3.5K 151 6
                                    


"TAK guna punya perempuan! Asal korang halang aku tadi?!" marah Ezrul seraya menumbuk meja.

"Dah kau kata kau nak belasah dia, takkan kami nak buat dono je." jawab Ejaz.

"Ha'ah, agak-agak la kalau nak pukul anak orang pon! Dia tu perempuan kot!" kata Iqmal.

"Lantak dia la, dia perempuan ke, lelaki ke, pondan ke! Kau ingat aku kesah? Asalkan aku dapat lepaskan geram aku ni!" ujar Ezrul. Dia menggenggam erat tangannya.

"Ye.. Aku tau kau nak lepaskan geram kau, tapi janganlah dekat sini! Silap-silap, jatuh standard kau sebagai student hot dekat kolej ni! Nampak sangat kau ni dayus sebab pukul perempuan!" kata Iqmal sambil memandang tajam ke arah Ezrul. Nak kata bengap, tak jugak! Tapi, ada ke patut nak belasah orang dekat kolej ni? Perempuan pulak tu! Agak-agak la kawan!

"Dah tu kau nak suruh aku belasah dia dekat mana? Dekat toilet? Dekat belakang kolej? Ha?" soal Ezrul blur.

Iqmal dan Ejaz menepuk dahi. Memang sah la dia ni bengap+bengong!

"Eee!! Asal kau ni bangang sangat! Takkan tu pun nak kena ajar! Kau ajak la si Putri tu jumpa dekat mana-mana! Lepastu, kau nak balun dia ke, apa ke, kau buat lah!" marah Ejaz dengan muka yang sudah merah.

"Oohh... Cenggitu erk?" Ezrul membuat muka bendulnya.

Ejaz dan Iqmal sudah tergeleng-gelengkan kepala. Haihh... Apa nak jadi dengan member yang seorang ni...





SELEPAS tamat kelas terakhir, Putri keluar dari fakultinya dan menuju ke tempat letak motor. Dia memakai jaket kulitnya dan helmet. Kemudian, Putri naik atas motornya dan menghidupkan enjin. Dan dia terus berlalu pergi, tetapi belum sempat dia keluar dari perkarangan university, ada beberapa motor kuasa tinggi menghalangnya untuk meneruskan perjalanan.

Putri memberhentikan motornya secara mengejut. Isy! Siapa pulak yang dok buat jalan ni macam mak bapak diorang punya! Suka hati dia je berhenti tengah jalan!

"Oit, kau pehal ha? Berhenti tengah jalan, ingat ni jalan mak bapak kau ke?" serang Putri.

"Woo... Bahasa kau tu betul-betul buat hati aku panas! Huh!" kata lelaki yang berada di hadapan Putri.

'Uih! Macam kenal je suara tu...' desis hati Putri. Dia merenung tajam ke arah lelaki di hadapannya. Tiba-tiba lelaki itu menanggalkan helmetnya.

Bulat mata Putri apabila memandang lelaki di hadapannya. What the? Ezrul!

"Kenapa? Terkejut ke cik kak?" soal Ezrul dengan muka yang teramatlah annoying bagi Putri. Macam muka jantan sotong pon ada!

"Huh! Kau lagi, buat apa kau menyemak dekat sini?!" marah Putri sambil membulatkan matanya.

"Uihh.... Marahnya dia..." ejek Iqmal lalu dia ketawa mengekek.

Putri menjeling tajam ke arah Iqmal. Geramnya aku! Rasa macam nak terkam je mamat ni!

"Nih! Korang jangan nak buang masa aku boleh tak? Korang nak apa ni?!" desak Putri.

"Aku masih tak puas hati dengan kau! Berani kau malukan aku ea? Kau belum kenal lagi siapa aku!" herdik Ezrul. Wajahnya sudah kemerahan menahan marah.

"Huh! Aku pon tak teringinlah nak tau kau tu siapa! Oh, by the way... Kau cakap, kau tak puas hati dengan aku? Apa yang kau tak puas hati sangat tu, ha?" soal Putri dengan muka selamba.

"Ezrul nak ajak kau jumpa dengan dia. Ada benda yang nak di settlekan." jawab Ejaz bagi pihak Ezrul.

"Huh? Nak buat apa, ha?" soal Putri.

"Aku nak fight dengan kau."

"Kau nak fight apa, ha? Race? Bertumbuk?" soal Putri sambil senyum sinis.

"Aku nak bertumbuk dengan kau, seorang! Ada bran?!" cabarnya.

'Ooo... Kau cabar aku? Huh! Kau salah orang! Kau tak tau aku ni memang pantang dicabar! Siap kau!' kata Putri dalam hati.

"Kau cabar aku? Betul kau cabar aku?" soal Putri dengan penuh geram.

"Yup! Aku cabar kau!" jawab Ezrul bersama senyuman sinis.

"Okay! Bila? Now?" kata Putri memberi persetujuan.

Ezrul menggelengkan kepalanya. "Not now, but tonight... Boleh?" kata Ezrul dengan senyuman jahat. 'Kau tunggulah malam ni... Lunyai aku buat kau!'

"Okay! Deal!" kata Putri dengan berani. 'Hmm... Kau dah salah orang Ezrul... Kau dah cabar orang yang ada seni pertahanan diri. Siap la kau malam ni!' bisik hati Putri.






"EH? Asal Putri tak balik lagi ni? Dah nak senja kot." soal Nabilah agak hairan. 'Putri tak pernah balik selewat ni' desis hatinya.

"Ha'ah kan? Tak pernah-pernah dia balik lewat macam ni..." jawab Zarra.

Tiba-tiba mereka terdengar pintu rumah dikuak, muncul wajah Putri yang baru pulang.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, kau dari mana ni? Nak dekat senja baru nak balik." soal Nabilah agak risau.

"Err... Aku singgah kedai tadi." dalih Putri.

Nabilah seperti tidak puas hati dengan jawapan Putri.

"Yeke ni... Macam ada sesuatu je kau ni." ujar Nabilah sambil merenung ke dalam mata Putri.

Putri sudah seperti cacing kepanasan. "Err... Betullah! Takkan aku nak tipu kot!" kata Putri dengan kalut.

"Ish! Dah la, aku nak masuk bilik dulu." kata Putri lalu berlalu ke bilik.

Eh, eh! Aku dah masak ni, jomlah makan." ajak Nabilah.

"Oh yeke? Ermmm... Nanti aku makan. Aku nak mandi dulu."

"Hmm... Okay." jawab Nabilah.

"Oh ya! Err... Malam ni aku nak keluar jap." kata Putri.

"Kau mau pergi mana bah?" soal Zarra. Keluar dah longhat Sabah dia.

"Aku ada hal." jawabnya lalu masuk ke dalam bilik.

Nabilah dan Zarra hanya mampu mengangkat bahu.




<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Yaaa!! Selesai sudah Bab 19. Jenuh jugak sis nak perah otak😰

Okay, kalau ada typo, abaikan saja yaa....

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now