Bab 56

1.5K 63 4
                                    

KINI Putri, Anam dan Anita berada di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari Garuda Holdings. Perut masing-masing sudah berbunyi bagai orkestra.

Seusai memesan makanan masing-masing, mereka berbual kosong sementara menunggu pesanan tiba. Ada sahaja topik yang ingin dibualkan. Yang pasti, semua topik tentang anak teruna orang!

"Nam, aku nak ke tandas jap. Jaga handbag aku tau." kata Putri.

Anam mengangguk. Dia memegang handbag milik Putri dan sambung berbual dengan Anita.

Selesai melepaskan hajat, Putri membelek mukanya dihadapkan cermin. Mukanya agak pucat sedikit. Dia mengeluarkan pelembab bibir dari kocek seluarnya dan di pakaikan di bibir untuk menghilangkan pucat di muka. Nasib baik dia sempat membawa bersamanya tadi.

Sejak berbadan dua ini, pipinya semakin naik dan berat badannya jugak sudah meningkat. Tiba-tiba dia teringatkan dirinya sewaktu di zaman sekolah menengah. Dia yang berbadan gempal dahulu sering diejek oleh rakan sekolahnya. Tidak ramai yang mahu berkawan dengannya dek kerana dia bertubuh gempal. Tetapi Putri langsung tidak kisah. Yang penting, dia tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Selesai membelek mukanya, dia keluar dari tandas wanita tersebut. Dan tanpa disangka, seseorang telah merempuh bahunya dengan kuat membuatkan Putri tidak mampu mengimbangkan badannya dan terjatuh. Putri memejamkan matanya serapat mungkin.

Tiba-tiba dia rasa tidak ada apa-apa yang berlaku terhadapnya. Dia terasa ada tangan yang memeluk bahunya, mengelakkan dirinya daripada jatuh macam nangka busuk. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Terbuntang matanya apabila mendapati gerangan yang selamatkannya daripada terjatuh. Daniel!

"Are you okay?" soal Daniel dengan muka cemas.

Terkebil-kebil Putri memandang Daniel yang masih tidak lepaskan pautan di bahunya. Seperti baru tersedar dari lamunan, dia terus berdiri dengan betul. Pautan Daniel perlahan-lahan terlerai dari bahunya. Ish! Kau boleh nak buat drama pulak dekat sini Putri?

"You okay tak ni? I'm so sorry. I tak sengaja terlanggar you tadi." soal Daniel lagi sekali. Wajahnya tampak begitu risau sekali.

Putri mengangguk laju. "Okay! Aku okay. Nasib baik kau tolong aku, kalau tak, tak tahu lah apa jadi." kata Putri sambil mengusap perutnya perlahan.

Daniel tersenyum lega mendengar kata-kata Putri. Dia memerhati Putri yang sedang mengusap perutnya. Di dalam kepala, macam-macam yang difikirnya sekarang.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Putri hairan.

"I lunch dekat sini. Dengan kawan I. You pulak?" soal Daniel pula.

"Same. Lunch jugak dekat sini." jawab Putri ringkas.

Daniel mengangguk faham. Dia diam sejenak. Merenung wajah bersih di hadapannya ini. Beberapa hari tidak bersua muka membuatkan dia begitu rindukan wanita itu.

"You makin cantik lah Sofea. Kenapa lah I tak pernah perasan selama kita berkawan ni? Kalau tak, mesti kita dah kahwin dah sekarang." puji Daniel membuatkan Putri berasa seram sejuk.

Putri sudah keluh kesah. Amaran yang Zarra katakan tempoh hari tiba-tiba berlegar-legar di mindanya. Betul. Daniel dah lain sekarang. Perangainya makin aneh pada pandangan Putri. Dia dah ada Anisa kut? Kenapa dia boleh berkata sebegitu?

Putri berdehem untuk menghilangkan resah di hati. "Erm.. Okay lah. Aku pergi dulu. Rasanya makanan aku dah sampai tu. Bye, assalamualikum."

Putri terus berlalu meninggalkan Daniel di belakang. Tak sanggup hadap dia lama-lama. Mata Daniel seperti tidak lekang dari melihatnya. Seram!

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang