Bab 57

1.2K 57 2
                                    

PEJAM celik pejam celik, kini kandungan Putri sudah berusia 7 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu. Tak lama lagi dia bakal menjadi seorang ibu. Macam tak percaya, wanita brutal seperti Putri kini bakal menimang cahaya mata!

Apabila kandungan sudah semakin membesar, maklum sahaja lah. Macam-macam yang dia rasai. Kadang-kadang sakit di bahagian pinggang, kaki pula mudah bengkak apabila banyak berjalan.

Yang membuatkan Putri teruja, dia dapat rasakan gerakkan bayinya di dalam perut. Aktif sangat sampai asyik menendang perut Putri. Kadang-kadang terkejut Putri apabila dia sedang tidur, anaknya tiba-tiba menendang kuat dari dalam. Tetapi apabila Putri dan Ezrul membaca ayat suci al-Quran, anak mereka akan bergerak secara normal. Tenang sahaja. Seperti dia juga turut menghayati ayat-ayat suci al-Quran. Kuasa Allah.

Hari ini hari hujung minggu. Hari di mana semua pekerja ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Begitu juga dengan Putri dan Ezrul.

Putri hanya melepak di ruang tamu menonton televisyen. Kepalanya di lentok di bahu suaminya. Ezrul pula sibuk dengan laptopnya yang berada di atas riba. Cuti pun kena buat kerja dari rumah, ish ish ish...

"Sayang..." seru Ezrul. Namun matanya masih fokus kepada screen laptop nya.

"Hmm..." sahut Putri perlahan.

"Esok sayang ikut abang ea?" pinta Ezrul.

Berkerut dahi Putri. Dia mendongak memandang wajah kacak milik suaminya. Kacak ke? Eh mesti lah!

"Nak ke mana?"

Ezrul tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Ikut abang pergi office esok. Abang nak settle kan kerja abang sekejap. Sayang teman abang tau esok." kata Ezrul dengan riak muka yang sengaja dibuat reaksi comel.

Putri sudah muncung mulutnya. "Alaa tak nak lah... Tak larat..." tolak Putri perlahan.

"Alaa... Sekejap je. Please? Abang janji sekejap je. Lagi pun tak kan abang nak tinggal sayang sorang-sorang dekat rumah kan?" pujuk Ezrul.

"Apa salahnya? Bukannya saya tak biasa tinggal sorang-sorang." jawab Putri hairan.

Ezrul menggeleng tanda tidak membenarkan. "Tak boleh. Sayang tu tengah sarat. Kalau jadi apa-apa masa abang tak ada macam mana? Abang juga yang susah nanti."

Putri sudah membuat muka. "Alah, tak apa. Saya boleh jaga diri. Abang jangan la risau." tolaknya lagi mencuba nasib.

Pantas Ezrul menggeleng laju. "No. Sayang kena ikut abang juga esok. No excuse!"

Putri sudah buat muka hampa. Terpaksa ikut juga! Sobs...

Kasihan pula melihat wajah cemberut isterinya. Monyok je. Dia diam sebentar mencari jalan untuk menceriakan semula buah hatinya itu. Hmm... Aha!

"Okay, macam ni. Lepas je abang habis kerja, kita pergi mall cari barang baby. Nak tak?" soal Ezrul memberi cadangan.

Terdiam Putri mendengar cadangan Ezrul. Hah? Beli barang baby?

Dia memandang wajah Ezrul di sebelah yang turut sedang memandangnya. Matanya mula bercahaya teruja. Mukanya spontan berubah menjadi ceria.

"Nak! Mesti lah nak! Eii tak sabarnya nak tunggu esok!" kata Putri teruja yang amat. Tubuh suaminya dirangkul erat. Sayang abang!

Terhembus lega nafas Ezrul apabila Putri mahu mengikutinya esok. Nasib baik idea bernasnya mampu membuatkan Putri gembira. Fuh!

"Okay. Esok kita pergi sama-sama ya." kata Ezrul seraya mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih.

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang