Bab 15

3.6K 140 2
                                    

SETELAH seminggu cuti, akhirnya Putri kembali belajar seperti biasa. Hari ni dia ada kelas awal, pukul 8:30 a.m. so... Tak sempat la nak breakfast....

Putri masuk ke bilik kuliah, dia duduk di tempat biasa, tempatnya terletak di belakang. Jauh kan?

Selepas dia duduk, Amy terus menerpa ke arahnya.

"Weh Putri! Asal seminggu kau tak datang?" soalnya kalut.

"Waalaikumsalam! Aku ambik MC, kaki terseliuh." jawab Putri diiringi dengan sindiran.

"Hehehe.... Assalamualaikum." kata Amy sambil tersengih.

"Waalaikumsalam."

"Kau cakap apa tadi? Kaki kau terseliur?" soalnya kembali.

"Ha'ah."

"Oh... Sekarang dah sembuh sepenuhnya ke?"

"Belum lagi, cuma dah boleh jalan la... Haritu tak boleh nak jalan." kata Putri.

"Oh..."

"Good morning everyone." kata pensyarah di depan. Sejak bila dia masuk pon tak tau la!








"RUL." panggil Ijaz.

"Hmm." sahut Ezrul yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbit.

"Aku nak tanya sikit boleh?" soal Ijaz.

"20 sen satu soalan." kata Ezrul sambil menahan tawa.

"Oi! Aku serious ni!" marah Ijaz.

"Okay, okay... Serious! Kau nak tanya apa?" soal Ezrul.

"Hmm... Kau gaduh dengan awek mana haritu?" soalnya.

"Awek? Yang mana erk?" soal Ezrul. Haa... Kan dah kata, dia ni playboy!

"Alaa... Awek yang kau gaduh dekat cafe tu lah!" kata Ijaz.

"Erk? Yang kau tanya pasal dia kenapa?" soal Ezrul.

"Takdelah... Aku just tanya je, siapa dia tu? Kau kenal ke awek tu? Ex girlfriend kau erk?" soal Ijaz bertubi-tubi.

"Entah. Aku tak kenal dia pon, and dia bukan ex girlfriend aku erk. Perempuan hati batu macam dia tu, tak layak lah jadi girlfriend aku! Kalau perempuan yang jenis hot tu, haaa... Yang tu layak!" kata Ezrul dengan angkuh.

"Huh! Kolot betul kau ni!" kutuk Ijaz.

"Kolot apa jadahnya! Semua lelaki mesti mau yang perfect punya pe...." kata Ezrul.

"Itu aku tau lah! Tapi taste kau tu, over sangat dah!" kata Ijaz.

"Huh! Lantak la over ke apa ke, yang penting! Aku takkan suka minah batu tu!" tekad Ezrul.

"Huh! Confident je lebih! Kau jangan... Nanti, awek yang kau benci tu jadi bini kau. Ha! Baru padan dengan muka kau!" kata Ijaz lalu ketawa dengan kuat.

Ezrul terdiam seketika... Putri? Jadi bini aku? Fuh! Mintak simpang... Aku lebih rela mati dari kena kahwin dengan kau!

"Hish! Tu mulalah tu nak merapu! Dah lah! Malas layan kau" kata Ezrul lalu bangun.

"Eh! Eh! Kau nak gi mana?" soal Ijaz.

"Jamban! Aku nak gi kelas la bongok!" kata Ezrul lalu berlalu pergi.

"Weh! Tunggu aku!" laung Ijaz lalu berlari ke arah Ezrul yang sudah jauh.









"HELLO assalamualikum" ucap Putri di talian.

"Ya, waalaikumsalam. Ha Putri, kau nak apa?" soal Nabilah.

"Kau ada kelas tak sekarang? Jom study dengan aku dekat taman?" ajak Putri.

"Alaa... Tak boleh lah... Aku ada kelas sekarang ni, kau ajak la Zarra." kata Nabilah.

"Laaa, yeke... Aku baru nak ajak kau... Zarra ada perbincangan dengan Prof dia." kata Putri.

"Pulak dah! Habis tu, kau nak study sorang-sorang ke?" soal Nabilah.

"Hmm... Nampak gayanya macam tu la..." jawab Putri sambil mengeluh.

"Ermm... Okay, macam ni! Kau pergi dulu dekat taman, nanti aku datang dengan Zarra. Kelas aku lagi 20 minit nak habis. So... Kau tunggu kita orang dekat sana, boleh?" cadang Nabilah.

"Ermm..." Putri terdiam sejenak, arh! Tunggu jelah! Bukan lama pon, 20 minit je. "Okay, aku tunggu korang dekat sana." jawab Putri.

"Okay, bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam."



<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sorry guys sbb lmbt update! Sis bz dngn exam haritu.😁 sorry sngt2

Fuh! Susah jgk nk perah otak sbb nk bwt chapter ni!😰 sampai beruban rambut, hahahha!😂

Bye! Truskn membaca!

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang