Bab 33

3.7K 132 5
                                    

    BUNYI deruman motor Putri menarik perhatian pelanggan yang sedang makan di deretan kedai yang terletak di hadapan rumah pangsapuri Putri. Putri meletakkan motornya di hadapan stor Puan Athira yang sedang berniaga di situ. Nampak sibuk benar mamanya kerana ramai pelanggan yang ingin membeli nasi. Dia turun dari motor tanpa menanggalkan helmet. Dia tidak mahu orang di situ perasan akan kehadirannya.

    Putri pergi ke stor mamanya, dan ketika itulah Putri menanggalkan helmetnya. "Assalamualaikum mama. " sapa Putri sambil senyum.

    "Waalaikumsalam. Laa.. Angah ka? Ingatkan sapa la tadi. " kata mamanya gembira. Putri bersalam dengan mama dan memeluknya erat. Rindu!

    Pelanggan yang sedang mengambil lauk hanya memerhati kelakuan kami berdua. Putri kenal sesetengah pelanggan tetap mamanya. Muka mereka seperti ingin tahu siapakah Putri.

"Mama sihat? " soal Putri.

    Mama mengangguk "Sihat... Ha, hang duduk la dulu. Mama nak layan depa ni sat" kata mama merujuk kepada pelanggan.

   Putri mengangguk. Dia duduk di meja yang berada di belakang stor sambil memerhati pelanggan. "Angah, tolong ambik duit dekat abang tu. Dia nak bayar." kata mama.

     Putri tidak membantah malah terus mengambil duit dari tangan lelaki itu. Putri kenal lelaki itu, dia juga menjadi pelanggan tetap mamanya. Putri memulangkan bakinya kepada lelaki itu.

"Kak, ni anak kak yang selalu dok tolong dulu ka? " soal lelaki itu yang bernama Arif.

    Puan Athira mengalihkan pandangannya seketika. "Ha.. Dia la, awat?"

    "Laa... Tak perasan saya, dah lain dah dia. " kata Abang Arif sambil senyum ke arah Putri. Putri hanya diam. Kalau korang nak tau, Arif ni muda lagi. Hensem pulak tu, sado lagi! Dulu Putri ada juga menaruh hati terhadap Abang Arif ni. Ala... Biasa la, masa tu kan hingus meleleh lagi. Mana tau sangat bab² cinta ni. Sekarang ni Putri hanya menganggap Abang Arif sebagai abang sahaja.

   "Tak dak yang lain aih... Sama ja macam dulu. " kata Putri.

    "Eh, lain la... Makin cantik dah lani... " puji Abang Arif.

     Putri tersenyum malu. Aish abang Arif ni, nak goda aku ke apa? Hahaha...

   "Mana ada... Merepek la abang ni. " sangkal Putri walaupun dalam hati ada taman. Hahhaha...

     Abang Arif cuma senyum. Haish, handsome sangat ni kenapa? Gatal jugak kau ni Putri!

    Ramai jugak la pelanggan tetap Puan Athira yang menegur Putri. Ada yang nak jadikannya sebagai menantu mereka pun ada. Haish! Mau sakit jantung aku kalau macam ni!

   "Mama.. " seruku apabila pelanggan mula beransur.

   "Hmm?" jawab Puan Athira.

   "Mama berhenti la berniaga ni. Rehat dekat rumah. Mama tu umur dah meningkat, makin tak larat la nanti" pujuk Putri. Sudah banyak kali dia pujuk ibunya untuk berhenti bekerja. Tetapi langsung tak diendah.

   Puan Athira mengeluh. "Kan mama dah cakap, mama masih larat. Angah tak payah lah risau"

    "Mana kita tak risau. Mama dari dulu lagi berniaga. Sekarang masa mama untuk rehat." pujuknya lagi.

    Puan Athira menggeleng. "Kalau mama tak kerja, siapa nak tanggung adik-adik hang yang tengah belajar tu"

    "Angah dengan Along kan ada? Kami boleh sara mama dengan adik-adik.. Mama jangan risau pasal tu" kata Putri.

    Puan Athira terdiam. Cuba mencari alasan yang lain. Anaknya ini sangat degil orangnya. Bila dia cakap A, A lah jawabnya.

    "Tengok lah macam mana nanti." kata Puan Athira mendatar. Putri pula sudah diam. Biarlah mamanya fikir masak-masak terlebih dahulu.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now