PUTRI kelihatan sibuk menghadap komputer di hadapannya. Dalam tak sedar, waktu lunch sudah tiba. Anam dan Anita datang menghampiri Putri yang sedang leka membuat kerja. "Putri, kau tak nak keluar lunch ke?" soal Anita lalu duduk di hadapan Putri.
Mata Putri yang tidak lekang dari skrin komputer masih tidak beralih. "Hmm?" sahutnya.
Anam dan Anita sudah menjulingkan mata ke atas. Sah buat aci pekak ni! "Kau tak nak keluar makan ke girl?" soal Anam pula.
"Eh? La tak perasan dah masuk waktu lunch" kata Putri sambil melihat jam di skrin komputer nya. Haah lah, dah pukul 12 lebih dah.
"Mananya tak perasan, aku tengok kau kusyuk nau hadap komputer ni, kan Nam?" sindir Anita. Anam mengangguk mengiakan kata-kata Anita.
"Dah la girl, jom gi lunch. Perut aku dah buat orkestra dah ni" ajak Anam dengan nada gediknya.
Putri menjeling menyampah. Tahap gedik dia kalah perempuan! "Ha yelah, jom kita" katanya sambil kemas sedikit mejanya. Dia mencapai beg tangannya lalu keluar dari pejabat.
SESUDAH mereka memesan makanan, mereka berborak sementara menunggu pesanan tiba. "Weh, kau nak dengar gosip panas tak?" soal Anita.
Anam sudah terbeliak biji mata teruja. "Gosip? Gosip apa girl?!" soalnya teruja.
Putri malas mahu ambil tahu, dia lebih banyak menghadap telefonnya. Bukan boleh layan sangat diorang punya membawang ni.
"Korang ingat tak CEO Berjaya Holdings tu? Alah... Encik Ezrul Zakwan tu, yang hensem tu" soal Anita.
Putri yang sedang bermain telefon terhenti apabila mendengar nama tunangnya. Dia tidak memberikan sebarang reaksi. Dia diam sambil mendengar cerita Anita.
"Ohh! Abang CEO hensem and hot tu ke? Ha ingat-ingat! Kenapa dengan dia?" kata Anam teruja.
"Dengar cerita, dia dah bertunang gaisss!" kata Anita.
"What?! Seriously girl? Mana kau tau ni? Pandai-pandai je buat cerita!" kata Anam tidak percaya.
"Ish! Betul lah! Takkan aku nak tipu. Iye dia dah tunang, tapi dia rahsiakan pasal tunang dia tu" bersungguh-sungguh Anita meyakinkan Anam.
"Huwaa... Pujaan hati kanda aku dah tunang. Ish siapalah tunang dia tu? Berani dia ambil kanda aku!" marah Anam.
Putri yang mendengar sudah panas punggung. Sekejap saja mereka dapat tahu tentang pertunangan Ezrul.
Anita yang melihat Putri hanya diam mula bersuara. "Put, kau asal diam je ni? Berita panas macam karipap baru keluar dari microwave ni kau buat tak tau je?"
Putri mengangkat kepala dari menghadap telefonnya. Dia sedaya upaya cuba beriak tenang. "Dah tu? Nak suruh aku buat apa? Biar lah dia, life dia" jawabnya tenang.
"Kau macam tak terkejut je. Ke... Kau dah tau dia dah bertunang?" tebak Anita.
"Haah kan? Kau macam dah tau je girl? Ke... Kau ni tunang dia?" tebak Anam pula.
Ha sudah! Mampus aku! Dia cuba untuk tenangkan diri. "Ma.. Mana ada! Merepek la korang ni" dalihnya.
"Hah! Tengok tu! Siap tergagap-gagap lagi" sergah Anam.
Putri dah gelabah. "Tak lah! Mana mungkin aku yang jadi tunang dia. Kau tengok la aku dengan dia, macam kuli dengan bos je"
"Mana la tau.. Kau kan kawan dengan dia. Rapat pulak tu. Selalu jugak keluar lunch sekali" kata Anita.
"Tulah, takkan takde apa-apa kot" tambah Anam.
Putri mengeluh. "Takde lah..." jawabnya.
"Kalau takde, cincin kat jari kau tu. Mana datang? Setahu aku, kau ni bukan jenis suka pakai cincin gelang semua ni" soal Anita. Dia mengecilkan matanya dan merenung Putri tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/100839154-288-k913099.jpg)
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romans[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...