TANGAN Putri lincah menggerakkan tetikus di atas meja. Kerjanya masih belum siap walaupun waktu kerja sudah tamat 10 minit lepas. Dia perlu menghabiskan secepat yang mungkin kerana besok dia harus menghantar e-mel kerja ini kepada Farad."Girl, aku dengan Nita balik dulu tau. Kau jangan balik lambat pulak. " pesan Anam.
"Hmm" balas Putri. Takde masa nak layan si Anam ni. Baik aku siapkan cepat.
Setelah hampir 30 minit berteleku di hadapan komputer, kerja Putri sudah siap. Dia kemudian menutup suis komputer dan kemas mejanya yang bersepah. Semua dah balik dah, tinggal dia sorang je. Seram pulak duduk lama-lama dekat sini!
Apabila sampai di lobi, dia yang berkira-kira mahu berjalan keluar terhenti di tengah lobi apabila ditahan oleh Faiz. Putri sudah buat muka menyampah. Lagi-lagi muka si mangkuk ni!
"Hai cik Putri... " sapa Faiz dengan nada yang sengaja dilunakkan.
Putri malas hendak membalas panjang "Hmm"
"Baru nak balik ke? Lewat benar nak baliknya. Meh saya hantarkan" tawar Faiz sambil senyum miang.
"Eh, takpelah Encik Faiz. Saya boleh balik sendiri. Lagipun saya ada motor, uish cantik pulak tu motor saya! So apa kata Encik Faiz pergi balik, dan saya juga akan pulang ke rumah saya. Okay? " kata Putri penuh dengan sindiran. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Faiz.
Setelah tiba di rumah, dia terus menghenyakkan punggungnya di sofa. Fuh! Penat gila! Dia memejamkan mata seketika untuk merehatkan minda.
Tiba-tiba iPhone nya berbunyi menandakan ada chat masuk. Dia melihat nama pengirimnya, 'Ezrul Mamat Poyo'
Today
Ezrul Mamat Poyo👊
OnlineAssalamualaikum Putri...
Waalaikumsalam
Kau tengah buat apa?
Aku tengah rehat, baru balik kerja. Asal?
Lambat kau balik? Bz sngt ke?
Haah. Harini banyk kerja dkt ofis...
Kesian kau..
Asal lak?
Yelah, penat buat kerja.
Kau ni pehal? Kena sampuk ke?

ANDA SEDANG MEMBACA
EH? MAMAT NI LAGI!
Roman d'amour[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...