Bab 16

3.5K 153 0
                                    

     APABILA sampai di taman, Putri mencari meja yang masih kosong untuk diduduki oleh Putri, Nabilah dan Zarra. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu meja panjang yang masih kosong. Tanpa berlengah, Putri terus menuju ke arah meja tersebut. Dia duduk di situ lalu mengeluarkan tugasan yang diberi oleh prof daripada beg galasnya. Putri mula melakukan kerjanya sementara menunggu kedatangan Nabilah dan Zarra.

    Selepas beberapa minit menunggu, muncul wajah-wajah yang ditunggu oleh Putri.

   "Huii.." sapa Zarra lalu duduk di sebelah Putri.

    "Hmm.." sahut Putri tanpa menoleh ke arah Zarra. Matanya lebih fokus pada tugasan yang sedang disiapkan.

    Zarra dan Nabilah hanya mampu melihat Putri yang nampak agak sibuk.

  "Banyak ke kerja yang prof bagi?" soal Nabilah.

    "Hmm... Boleh tahanlah... Pening jugak kepala aku nak siapkan." kata Putri sambil memandang ke arah Nabilah yang berada di depannya.

"Huh! Sama lah kita..." sokong Zarra.

    Sedang mereka sibuk menyiapkan kerja, tiba-tiba ada satu suara menegur mereka. Bukan tegur, tapi lebih kepada menyindir!

"Haihh... Orang tu macam takde port lain nak duduk." sindir Ezrul.

"Eh, kau dengar tak bunyi langau?" soal Zarra kepada Nabilah.

"Ada! Ada! Mana datang erk bunyi tu?" sahut Nabilah dengan raut wajah yang pelik.

Putri pula hanya fokus dengan kerjanya, malas nak ambil peduli!

"Tak tau la, tapi aku rasa langau tu macam ada dekat area sini je." kata Zarra.

"Hoi!" jerkah Iqmal.

    Putri yang sedang fokus terhadap kerjanya terus mengangkat kepala.

   "Hello brader! Kau kalau datang sini sebab nak melalak, baik kau berambus la!" halau Putri. Buat semak je diorang ni!

   "Eh! Kau siapa nak halau kita orang?" soal Ezrul sambil menepuk meja dengan kuat.

    Putri yang sudah rasa ingin meletup terus bangun dan mencerlun ke arah Ezrul dan rakan-rakannya. Terundur mereka ke belakang.

    "Hoi! Kau dengar sini! Siapa pon aku, kau tak payah nak ambik peduli! Sekarang ni, aku nak mintak jasa baik korang, tolong blah dari sini." kata Putri sambil bercekak pinggang.

  "Eh, eh! Aku rasa kau dah silap ni. Sepatutnya, kita orang yang kena halau korang daripada sini." kata Ejaz.

   "Apahal pulak?!" jerkah Nabilah.

    "Sebab... ni... Tempat yang korang duduk ni... ialah tempat kita orang. So... You guys may leave now..." kata Iqmal dengan sinis.

   "Eh, eh Putri... Aku tak tau la pulak kolej ni boleh sewa meja... Ish! Kalau aku tau la kan, awal-awal aku dah sewa satu meja untuk kita. Kan wei?" sindir Zarra lalu memandang Putri dan Nabilah.

"Tu lah pasal!" sokong Nabilah.

    Selepas itu, mereka ketawa terbahak-bahak. Saja je tu, nak buat orang depan sakit hati!

    "Hoi! Korang main-main erk! Korang memang nak kena dengan aku ke?" kata Ezrul agak berang.

   "Hahaha... Haih... Kesian aku tengok kau ni Ezrul. Harap muka je elok, tapi perangai... Hmm... Maklum sudah lah!" kata Putri seraya menjeling ke arah Ezrul.

   "Kau ni memang nak kena!" jerkah Ezrul lalu ingin meluru ke arah Putri. Tetapi ditahan oleh Iqmal dan Ejaz.

   "Eh, Rul! Kau nak buat apa ni?" soal Ejaz.

    "Aku nak belasah perempuan ni!" kata Ezrul sambil cuba melepaskan diri.

     Putri pula hanya menayang muka selamba. Ingat aku takut ke? Sorry la... Aku bukan perempuan lemah!

    "Hmmm... Jomlah beb! Aku malas la nak layan orang gila. Karang aku pulak yang jadi gila dekat sini." kata Putri lalu mengemaskan barangnya. Nabilah dan Zarra turut sama mengemaskan barang mereka.

    Sebelum mereka berlalu, Nabilah ada berkata sesuatu kepada Iqmal.

   "Bro, nanti balik rumah, kau jangan lupa bagi kawan kau ni makan ubat tau! Dah teruk dah ni!" kata Nabilah lalu mengenyitkan katanya kepada Ezrul.

    Ezrul mendengus geram manakala Putri, Zarra dan Nabilah pula ketawa sakan!




<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

#To be continue...

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now