Bab 51

1.4K 53 1
                                    

KINI sudah hampir empat bulan Putri dan Ezrul menjadi sepasang suami isteri. Kehidupan mereka berdua sangat bahagia. Bulan lepas mereka pergi bercuti ke Maldives. Berbulan madu lah senang cerita. Putri sangat teruja kerana ini kali pertama dia ke luar negara. Ezrul juga gembira kerana dapat membahagiakan isterinya yang tercinta.

Pada pagi ini macam hari-hari sebelum ini, Putri dah Ezrul sudah bersiap-siap untuk pergi kerja. Putri sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Roti Bakar telur menjadi menu pilihannya. Senang dan simple.

"Good morning sweetheart" ucap Ezrul apabila melangkah ke dapur.

Putri yang sedang sibuk di dapur menoleh ke arah suaminya. "Morning abang" balasnya. "Duduklah. Saya dah buat sarapan ni" kata Putri.

Ezrul duduk di salah sebuah kerusi. Dia memerhati isterinya yang sedang ligat buat sarapan. "Sayang pergi kerja dengan abang ek harini?"

"Tak apa lah. Saya boleh pergi sendiri. Kan dah biasa." tolak Putri. Dia meletakkan pinggan roti bakar di hadapan suaminya.

"Alah.. Abang hantarkan lah. Kan motor sayang masih dalam bengkel? Tak payah lah naik grab, bahaya." pujuk Ezrul.

"Saya dah biasa lah naik grab. Abang jangan la risau ea?" tolaknya lagi.

Ezrul menunjukkan wajah tidak puas hati. Dia diam tidak bercakap. Tangannya menyuap roti bakar ke dalam mulut. Tunjuk protes lah tu!

Putri yang perasan Ezrul diam terus memandang wajah suaminya. Haih.. Merajuk pulak dah..

"Haih... Yelah, yelah... Abang hantar saya harini" akhirnya Putri mengalah. Kalau dibantah lagi, mau mogok sebulan rasanya.

Automatik wajah Ezrul kembali ceria apabila Putri bersetuju untuk dia menghantar Putri ke tempat kerja.

"Suka lah tu." kata Putri.

Ezrul tersengih. "Mestilah. Macam tu lah isteri abang.. Dengar kata suami." jawabnya.

Putri sudah tidak terkata apa. Tahu dah perangai suaminya yang suka merajuk!







SETIBANYA di hadapan bangunan Garuda Holdings, kereta Ezrul berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan.

"Okay, terima kasih hantar saya. " ucap Putri sambil mengukir senyuman. Dia mencapai tangan Ezrul untuk salam. Ezrul membalas dengan mengucup dahi isterinya. "Saya masuk dulu tau." belum sempat Putri ingin buka pintu kereta, Ezrul memanggilnya.

"Kenapa?" soal Putri.

Ezrul tidak menjawab, sebaliknya jarinya menunjuk ke arah dahi dan pipi sambil sengih.

Putri sudah tepuk dahi. Ingatkan dia tertinggal apa lah tadi. Rupanya cik abang ni nak mengada-ngada. Putri terus merapatkan dirinya. Dia memegang kedua-dua belah pipi suaminya. Dikucup dahi dan pipi. "Dah!"

Ezrul ketawa sendiri. Mesti Putri fikir perangainya pelik hari ini. Sengaja nak mengada-ngada dengan isteri sendiri. Tak salahkan?

"Saya masuk dulu ea? Bye, assalamualikum." kata Putri lalu membukan pintu kereta.

"Waalaikumsalam, bye sayang. Petang nanti abang jemput sayang okay?" Putri mengangguk. Dia kemudian berlalu masuk ke dalam bangunan.








"WAHH, berseri-seri betul muka pengantin baru kita ni kan Nita?" kata Anam apabila nampak kelibat Putri di mejanya.

Putri yang perasan dirinya dijadikan bualan rakannya terus menoleh ke arah Anam dan Anita. "Pengantin baru apanya? Dah 4 bulan aku dah jadi bini orang. Korang ni merepek lah"

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang