Bab 19

3.6K 156 0
                                    


  Jangan lupa vote!

    SEJAK kejadian tempoh hari, Ezrul dan Putri sudah jarang bertembung. Kalau mereka terserempak pun, Putri akan buat mimik muka menyampah.

~skip~

    Selepas beberapa minggu Ezrul berdiam diri, akhirnya dia muncul semula dan mengganggu hidup Putri. Tetapi, gangguan Ezrul ni bukan dari segi pergaduhan, tetapi dia menggangu Putri untuk memohon maaf atas perbuatannya.

    Putri pula sudah naik lemas dengan Ezrul. Gila tak lemas! Ke mana je Putri pergi, mesti Ezrul juga turut berada di situ. Bila Putri kata "jangan ganggu aku lagi" Ezrul akan membalas "aku takkan berhenti ganggu kau kalau kau tak maafkan aku" dan jawapan itu sangat menyakitkan hati Putri! Lantak kau lah!

    Selepas tamat kelas pada waktu tengah hari, Putri menghabiskan masanya di perpustakaan. Dia ingin mengulang kaji memandangkan peperiksaan akan tiba tak lama lagi.

     Sebaik Putri masuk ke dalam perpustakaan, dia terus menuju ke tak buku untuk mencari bahan rujukan.

    Sedang dia membelek buku-buku di rak tersebut, dia terdengar ada suara yang menyeru namanya.

    "Putri..." bisik suara itu.

    Membulat mata Putri mendengar seruan itu. Ada hantu ke dalam ni? Bulu roma sudah menegak, seram sejuk dirasakan. Putri memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa yang berada di situ. Dah la dekat library ni tak ramai orang, bilangan pelajar di situ boleh dikira pakai tangan.

    "Putri..." bisik suara itu lagi.

    Putri sudah mengeraskan badannya, rasa lemah lututnya. Putri rasa ingin menjerit saja. 'Mama! Jembalang mana pulak yang kacau Sofea ni!' raungku dalam hati.

    Putri tidak bertangguh lagi, dia mengambil buku yang dipilihnya tadi dan ingin berlalu pergi. Tidak betah dia berlama-lama di situ, karang ada yang terkucil dekat sini kang!

     "Wargh!!!"

    "Arghh!!! Jangan kacau aku!!!" jerit Putri sambil menghempuk lembaga itu dengan buku yang dipegangnya. Matanya tertutup rapat kerana tidak mahu melihat lembaga itu.

    "Argh! Adoi! Sakitlah!" mengaduh lembaga itu.

    Putri berhenti menghempuk, Aik? Hantu pun tau sakit ke? Berkerut dahi Putri, sudahnya dia membuka mata perlahan-lahan.

   Apabila terpandang lembaga di hadapannya itu, terus terbeliak mata Putri. 'Huh! Ni bukan hantu! Ni jembalang tanah!'

   Ezrul tersengih seperti kerang busuk. Dia mengangkat tangan lalu membuat simbol peace yow!

    "Kau lagi! Apa kau buat ni? Kau takde kerja ke?" marah Putri.

    "Shuu... Jangan buat bising." ujar pengawas perpustakaan.

    Putri merenung tajam ke arah Ezrul. Ezrul cuma tersengih.

    "Apa kau buat dekat sini?" bisik Putri.

    "Tak buat apa. Saja, ikut kau." kata Ezrul dengan selamba.

    "Eee!!! Gila! Pergilah kau sana! Tak payah nak menyibuk dekat sini." kata Putri seraya berjalan ke meja kosong.

    Ezrul turut mengekori dari belakang dan duduk di hadapan Putri. Putri pula hanya mengulang kaji tanpa menghiraukan kehadiran Ezrul.

    "Ermm... Kau buat apa tu?" soal Ezrul sambil mengintai buku yang dibaca oleh Putri.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now