Bab 54

1.5K 48 6
                                    

"ABANG pergi dulu ea?" soal Ezrul sambil menarik beg bajunya ke muka pintu.

Putri mencapai tangan suaminya dan di salam. Ezrul membalas dengan mencium lama dahi isterinya. Berat hatinya ingin meninggalkan Putri walaupun Zarra dan Nabilah ada untuk menemani.

"Jaga diri tau. Abang tak ada ni. Ingat apa yang abang pesan haritu?" soal Ezrul.

Putri mengangguk. "Jangan buat kerja berat, jangan lupa mengaji, jangan lupa solat, bagitahu abang kalau saya nak kemana-mana, jangan lupa makan... "

"Dan...?" soal Ezrul lagi.

"Jangan lupa minum susu." jawab Putri sambil tersenyum manis.

Ezrul membalas senyuman isterinya sambil mengusap kepala isterinya. "Good girl. That's my wife." pujinya.

Putri ketawa lalu memeluk erat Ezrul. Haih.. Rindu lah dia nanti. Tak dapat nak peluk bantal dia yang tersayang ni. Lama juga dia memeluk suaminya. Macam tak nak lepas pun ada hahaha.

Selepas beberapa minit Ezrul membiarkan Putri memeluknya, akhirnya dia melepaskan juga pelukkan. Habis renyuk sedikit baju suaminya. Putri mengemaskan pakaian suaminya.

"Abang pun jaga diri tau. Jangan sibuk sangat sampai tak ingat nak makan. Bawak kereta tu hati-hati. Biar lambat asalkan selamat. Dah sampai sana, bagitahu saya okay?" pesan Putri pula.

"Okay sweetheart..." jawab Ezrul sambil senyum. "Abang pergi dulu okay?"

Putri mengangguk. Dia menghantar Ezrul sehingga ke keretanya. Beg pakaian dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dia menuju ke arah Putri dan mecium dahinya buat kali ke dua. Putri juga turut melakukan perkara yang sama. Dia melambaikan tangan apabila kereta Ezrul sudah mula bergerak pergi meninggalkan kawasan rumah. Kemudian dia masuk ke dalam rumah semula.





"BILA suami kau bertolak?" soal Zarra yang sedang menemani Putri di dapur. Putri sedang memasak makanan petang untuk mereka bertiga.

"Tengah hari tadi." jawab Putri ringkas. Tangannya lincah membuat kerja.

Zarra hanya membalas dengan anggukkan kepala. "Kau nak aku tolong apa-apa tak?"

Putri menggeleng. "Tak apa. Aku dah nak habis masak dah pun."

"Hai geng" sapa Nabilah yang baru masuk ke dapur. "Wahh sedapnya bau... Puan Putri masak apa ni?" soal Nabilah sambil mendekati Putri yang sedang sibuk.

"Hari ni aku masak untuk korang ikan masak asam pedas, sayur campur dan ayam masak lemak. Sedap tau aku masak..." kata Putri. Sempat puji diri sendiri tu!

Mereka berdua sudah menjulingkan mata ke atas. Putri ni memang tak sah kalau tak perasan!

"Poyo je dia ni..." kutuk Nabilah.

Putri buat muka selamba. Dia menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan. Zarra dan Nabilah turut membantu. Sewaktu Putri kembali semula dari dapur sambil memegang jag air, Zarra menegur.

"Put?" panggilnya.

"Hmm?" jawab Putri.

"Kenapa aku nampak macam perut kau buncit sikit? Kau dah gemuk balik ke?" soal Zarra hairan. Sekali tengok macam dah gemuk. Tapi yang peliknya tang perut je yang buncit. Kaki Putri tak berisi pun.

Putri sudah tersenyum sendirian. Kalau lah diorang tahu, mesti jerit macam orang kena sampuk! Dia duduk di meja makan dan menceduk nasi ke dalam pinggan. Perut dah lapar gais!

Nabilah pula turut memandang Putri dari atas sampai ke bawah. "Hmm... Haah lah. Aku baru perasan. Perut kau buncit sikit. Kau suka telan ketul ais ke sekarang?" soal Nabilah pula.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now