"WHAT?!" teriak Zarra dan Nabilah.Putri pula mengangguk. "Ya, aku serious la..."
"Macam mana boleh jadi macam tu weh? Hubungan kau dengan dia sebagai pekerja dengan bos je kot. Takkan dia tangkap cintan dengan kau macam tu je kot?" soal Zarra tidak puas hati.
"Ish! Mana la aku tau! Entah dia yang tetiba lamar aku semalam. Kau ingat aku tak terkejut ke? Aku lagi terkejut dari korang tau!" kata Putri.
Zarra dan Nabilah hanya diam. Putri pula tengah serabut. Apa aku nak buat ni? Perlu ke aku terima? Tapi masalahnya aku takde hati langsung dekat di Farad tu. Aduh! Pening la!
"Sekarang ni apa patut aku buat? Perlu ke aku terima dia? Tapi aku takde hati langsung kat dia beb. Macam mana ni?" soal Putri meminta pendapat sahabatnya.
"Macam ni lah... Aku memang tak tau nak cakap apa. Sekarang ni, aku nak kau ikut gerak hati kau. Kalau kau takde perasaan dekat dia, kau tak payah terima dia. Kalau kau rasa kesian dekat dia, kau terimalah dia. Tu keputusan kau. Apa-apa pun, kiteorang sentiasa sokong kau. Fikir betul-betul sebelum buat keputusan, okay?" cadang Nabilah.
Putri diam sejenak. Kemudian dia mengangguk. "Okay..."
PETANG Ahad itu, Putri hanya melepak di rumah. Zarra dan Nabilah keluar pergi membeli barang dapur. Putri tidak bercadang untuk ke mana-mana hari ini. Nak rehatkan badan katanya.
Dia menonton tv rancangan Animal Planet. Putri memang suka haiwan. Baginya, haiwan ini boleh membuatkan jiwanya tenang. Tiba-tiba Putri teringin mahu memelihara kucing di rumah ini. Memandangkan Zarra dan Nabilah tidak mempunyai alahan kucing, dia ingin membeli seekor kucing. Yes! Aku nak siap sekarang, nak pergi beli kucing!
Selepas bersiap ala kadar sahaja. Dia mendapat panggilan daripada Ezrul. Apa pulak la yang si mangkuk ni nak? Putri menjawab panggilan tersebut.
Ezrul
~Hello Assalamualaikum~Putri
~Waalaikumsalam, ha. Nak apa call aku ni?~Ezrul
~Uih! Garang aih... Takut abang!~Putri
~Kepala otak kau! Kau nak apa ni?~Ezrul
~Kau ada nak keluar ke mana-mana ke harini?~Putri
~Haah, aku nak keluar la ni. Nak pergi beli kucing. Kenapa?~Ezrul
~Oh ya? Ha tunggu kat rumah, aku datang jemput kau. Tunggu tau!~Putri
~Eh! Kau nak bua.. ~Tut.. Tut.. Tut..
Bedebah punya budak! Dia matikan macam tu je?! Haih... Kena tunggu dia la pulak.
SETIBANYA di sebuah kedai haiwan, Ezrul dan Putri masuk ke dalam. Terpegun sebentar Putri melihat kedai tersebut, besar betul! Terdapat banyak haiwan di kedai tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...