Bab 39

2.2K 110 9
                                    

    PAGI itu, Putri kembali bekerja seperti biasa. Dia melakukan tugas hariannya seperti biasa. Selepas selesai membuat air untuk Farad, Putri kembali ke mejanya untuk menyambung kerjanya.

   Sedang dia menghadap komputer, dia disapa oleh Farad. "Morning Putri."

  Putri mendongak memandang empunya suara "Morning.." balasnya sambil tersenyum.

  Tiba-tiba dia teringat akan lamaran Farad. Dia ingin menolaknya secara lembut. Tapi bagaimana? Dia buntu. Kalau tersalah cakap, takut menyakitkan hati Farad pula. Ya Allah.. Tolonglah aku..

   Sedang dia berfikir, telefon intercom di mejanya berbunyi. Terkejut Putri dibuatnya. Kedengaran suara Farad di talian. "Putri, masuk bilik I kejap." katanya.

   Ha, dia mai dahh... Mampos aku! Mesti dia nak jawapan dari aku. Aduh, mati la nakk... "Err okay."

  Dia bangun dan mencapai pen dan bukunya. Kemudian dia berjalan menuju ke bilik Farad. Sebelum dia mengetuk pintu, dia berdoa terlebih dahulu. Kemudian barulah dia mengetuk pintu bilik Farad.

   "Masuk!" sahut Farad dari dalam.

   Putri memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Dia menuju ke meja kerja Farad dan duduk di kerusi. "Ye? Ada apa bos panggil saya?"

  Farad tersenyum. "Cantik you hari ni" puji Farad.

  Allahuakhbar... Jangan cair Put jangan cair...

   "Err... Terima kasih."

  "Hari ni I ada appointment apa?" soalnya.

   Putri membelek bukunya. "Ermm.. Hari ni bos ada appointment dengan Dato' Kasim untuk bincang pasal projek pembangunan tu" jawab Putri.

   "Pukul berapa?" soal Farad.

  "Pukul 9:00 pagi bos"

  "Hurmm... Lagi?" soalnya.

  "Ermm... Kejap lagi bos ada lunch dengan Datin Melisa. Tu je setakat ni." jawab Putri sambil menutup bukunya.

   Farad mengangguk faham. Dia kemudian merenung wajah Putri agak lama. "Kenapa bos pandang saya macam tu?" soal Putri. Lain macam siaa..

   "Awak dah fikirkan lamaran saya haritu?" soalan maut dilontarkan.

  Putri menelan air liurnya perlahan. "Err... Dah. Saya dah fikir masak-masak"

   "So?" soal Farad dengan serious.

   Putri menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Come on! You can do this! "Err... Ja..jawapan saya... Err maaf bos, saya tak boleh nak terima lamaran bos." jawabnya dengan gagap.

   Air muka Farad berubah serta merta. "But why?"

   "Sebab, ada orang lain yang tunggu saya sejak zaman kolej lagi. Dan... Dia lamar saya jugak.. And... Saya terima dia sebab saya dah lama kenal dia... Saya minta maaf sangat-sangat sebab buat hati awak terluka. Saya tak bermaksud nak buat awak macam tu. I'm so sorry Farad..." kata Putri dengan rasa serba salah.

     Farad mengeluh. "Awak tau tak Putri? Sebelum ni, saya tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Sampailah saya jumpa awak, dah saya tertarik dengan awak, dengan sikap awak. Tapi, mungkin awak bukan jodoh yang ditakdirkan untuk saya.. Jadi, nak tak nak.. Saya kena terima jugak hakikatnya.." katanya dengan senyuman hambar.

   Putri di situ semakin rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana? Dah Putri memang tak ada perasaan terhadap Farad. Jadi dia terpaksa menolak.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now