Bab 49

2.2K 93 4
                                    

TIDUR Putri rasa terganggu apabila dia merasa ada benda yang merayap pipinya. Dengan penuh payahnya dia mencelik mata. Terbuka luas matanya apabila jarak wajahnya dengan Ezrul sangat dekat! Ezrul sedang membelai rambutnya, kemudian turun ke pipi. Putri kaku tidak bergerak.

"Good morning sweetheart" ucap Ezrul menghadiahkan senyuman manis buat isteri tercinta.

Putri dengan teragak-agak membalas senyuman suaminya. Rasa gementar tiba-tiba.

"Dah bangun pun sayang abang ni. Sedap tidur ya sampai tak sedar?" kata Ezrul separuh berbisik. Tangannya mula merayap mengusap bahu isterinya. Kemudian mendarat di pinggang. Dipaut erat pinggang isterinya.

Putri dah rasa semacam. Aiyoyo! Apa suami aku nak buat ni? Aku dah mula rasa nak pengsan dah ni! Mama! Tolong cek!

Ezrul merapatkan lagi wajahnya sehingga Putri dapat merasakan hembusan nafasnya. Putri sudah memejam matanya rapat! Dia dapat mengagak apa yang bakal suaminya lakukan.

Ezrul mengucup dahi Putri lama. Seperti tidak mahu berenggang dari isterinya. Sayang sangat!

Erk? Putri jadi termalu sendiri. 'Ceyh! Aku ingat dia nak buat apa tadi. Apa kau fikir ni Putri? Otak jingga betul kau ni ek! Fuhh! Nasib baik jantung ada lagi!' kata hatinya.

"Dah lah. Jom bangun, solat subuh. Sayang pergi mandi dulu ek?" kata Ezrul lalu meleraikan pelukan.

Putri hanya mengangguk. Dia pantas turun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air. Dia bersandar pada pintu bilik air sambil memegang dadanya. Fuh! Kalau hari-hari macam ni, boleh masuk ICU aku! Kenapa la si Ezrul ni terlampau romantik sangat? Putri pula jadi tak selesa dengan perangai dia yang dah serupa kucing jantan miang tu! Ada je idea nakalnya nak kenakan Putri.

"Putri sayang! Mandi cepat sebelum abang rempuh pintu bilik air tu!" laung Ezrul dari luar. Ezrul tersengih nakal. Saja mahu sakat isterinya.

Bulat mata Putri mendengar kata-kata Ezrul. Dengan pantas dia terus mandi. Bukan boleh percaya sangat dengan suaminya ini!





SELESAI solat subuh berjemaah, Putri turun ke bawah. Dia ingin membantu Mak Eton di dapur. Ezrul tidak turut bersama. Katanya mahu berbaring sebentar.

Sesudah tiba di dapur, kelihatan Mak Eton sedang sibuk menyiapkan sarapan.

"Assalamualikum, selamat pagi Mak Eton" sapa Putri riang.

"Waalaikumsalam, selamat pagi Putri. Awal bangun? Tak penat ke? Semalam kan sibuk dengan majlis persandingan kamu berdua" sambut Mak Eton mesra. Walaupun mereka baru berkenalan, namun Mak Eton merasakan anak muda ini seorang baik dan peramah.

"Saya dah cukup rehat dah Mak Eton. Lagipun saya nak jugak tolong Mak Eton siapkan sarapan" kata Putri lembut. Dia berdiri di sebelah Mak Eton.

"Ish! Tak payah lah tolong Mak Eton ni. Mak Eton boleh buat sendiri. Dah biasa dah. Dah, kamu pergi naik atas rehat" halau Mak Eton. Amboii! Halau kita nampak? Huhuhu sedih!

"Alaaa.... Mak Eton ni kedekut lah. Orang nak tolong pun tak kasi. Dah tu, halau orang pulak. Sampai hati.. " kata Putri dengan nada rajuknya. Dia berpeluk tubuh. Tak mau kawan!

Mak Eton tersenyum melihat gelagat Putri yang seakan kanak-kanak tak dapat gula-gula.

"Mak Eton bukan halau kamu, Mak Eton cuma nak kamu berehat. Mak Eton tahu kamu penat" pujuk Mak Eton.

"Alaaa... Orang tak penat la. Orang dah cukup rehat dah" bantah Putri.

Mak Eton tidak mampu berkata apa. "Hmm yelah. Kalau kamu nak tolong sangat, kamu tolong Mak Eton ceduk kan bihun goreng ni dalam mangkuk kaca yang dekat dalam kabinet tu" kata Mak Eton sambil menunjukkan kabinet yang dimaksudkannya.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now