Bab 47

2.2K 94 3
                                    

PUTRI menyibukkan diri di dapur membantu Mak Eton, pembantu rumah keluarga Ezrul. Tetamu masih ramai. Di tubuhnya masih tersarung baju nikahnya dari pagi tadi hingga ke petang ini. Memang dia rasa penat, tapi takkan nak goyang kaki sahaja dekat ruang tamu kan? Dah jadi isteri, kenalah pandai buat kerja dekat dapur ni.

Sedang dia leka memcuci pinggan mangkuk, tiba-tiba dia terasa ada tangan yang memeluk kakinya. Dia memandang ke pemilik tangan tersebut. Kemudian dia menghadiahkan senyuman manis.

"Kenapa ni Fahmi?" soal Putri sambil tangannya lincah membasuh pinggan.

Fahmi di situ cuma tersengih comel. "Lama tak jumpa kak Putri. Fahmi rindu!" katanya semakin mengeratkan pelukan.

Putri cuma ketawa mendengar celoteh adik Ezrul itu. Comel sungguh! Dia menyudahkan kerjanya dan lap tangannya menggunakan kain kering yang tersedia di situ. Dia kemudian melutut menghadap Fahmi.

"Kak Putri pun rindu sangat dengan Fahmi." balas Putri sambil tangannya menggengam erat tangan si kecil itu. Tiba-tiba Fahmi meluru memeluknya. Putri pada mulanya terkejut, kemudian dia terus membalas pelukan Fahmi.

"Kak Putri, Fahmi lapar..." adunya.

"Laa.. Fahmi tak makan lagi ke?" soal Putri sambil mengusap pipi Fahmi. Fahmi menggeleng mengatakan dia belum menjamah makan.

"Alolo kesiannya adik akak ni ye? Hmm, jomlah kita ke depan. Akak pun belum makan lagi ni. Akak suapkan Fahmi ye?" Fahmi angguk.

Kemudian Putri bawa Fahmi ke bawah khemah untuk mengambil makanan. Selesai mengambil makanan, mereka duduk di satu meja kosong.

"Okay now... Fahmi baca doa dulu" kata Putri lalu menadah tangan. Fahmi turut melakukan hal yang sama. Selesai membaca doa, Putri mula menyuapkan nasi ke dalam mulut Fahmi. Putri juga turut suapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Haih... Dah ada isteri pun, dah lupa dekat suami. Apalah nasib abang ni..." keluh satu suara.

Putri menoleh ke arah suara itu. Sang suami sudah membuat muncung sedepa. Putri ketawa melihat muka Ezrul dah macam tapai basi. Masam je muka.

Ezrul melabuhkan punggungnya di sebelah Putri. Dia memandang kelakuan Putri terhadap adiknya. Dah macam ibu dan anak. 'Haih... Ciri-ciri keibuan' puji Ezrul dalam hati.

"Sorry... Saya terlupa dekat awak. Yelah sibuk melayan adik awak yang comel ni. Hmm, awak dah makan?" soal Putri.

Ezrul diam. Matanya tajam merenung Putri seperti mahu telan hidup-hidup! Putri jadi aneh melihat tingkah laku suaminya. Apa ke halnya laki aku ni? Kena sampuk ke?

"Kenapa?" soal Putri.

"Sayang panggil abang apa tadi?" soalnya pula masih lagi merenung wajah isterinya.

Putri sudah menepuk dahinya. Patutlah tengok aku macam nak telan, rupanya dia tak puas hati bila aku panggil dia 'awak' rupanya.

Putri tersengih "Hehe... Sorry, tersilap pulak."

Ezrul yang geram terus mencubit perlahan pipi isterinya. "Eiii... Nasib comel isteri abang ni." kata Ezrul sambil ketawa.

Tangan Putri masih menyuapkan Fahmi nasi. "Abang dah makan?"

Ezrul menggeleng dan membuat mimik muka sedih. "Tunggu sayang lah tadi. Ingat nak makan sekali. Rupanya dia dah bantai dulu kat sini" katanya dengan nada sedih.

Putri cuma tersenyum memandang Ezrul yang seakan keanak-anakan itu. Haih... Macam-macam perangai.

"Saya ambilkan abang makan ya?" soal Putri. Waktu itu Fahmi sudah selesai makan. Dia sudah berlalu masuk ke dalam bermain bersama sepupunya yang lain.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now