EZRUL tersedar dari tidur apabila terdengar suara orang muntah di tandas. Dia mengerling jam di dinding. Pukul 6:25 pagi. Dengan pantas dia bangun dari barangan. Dia menjenguk ke dalam tandas, Putri berada di hadapan singki.
Putri yang hampir menangis kerana rasa perit di tekaknya. Dia tidak suka muntah. Kalau dia muntah, dia akan menangis. Tiba-tiba dia terasa belakangnya tengkuknya diusap. Tak perlu teka siapa gerangannya. Tekaknya masih loya dan memuntahkan lagi isi perutnya. Ya Allah.. Bila nak berhenti ni?
Selepas beberapa minit, barulah berhenti. Lega dia rasa. Dia mencuci mulut dan berpaling menghadap Ezrul. Wajahnya pucat sedikit.
"Dah okay dah?" soal Ezrul prihatin. Jatuh kasihan melihat isterinya.
Putri mengangguk lemah. Dia memaut pinggang Ezrul dan melentokkan kepalanya di dada bidang suaminya.
Sedar tak sedar, kandungan Putri sudah tiga bulan lebih. Perutnya mula kelihatan sedikit. Dia masih tidak mengkhabarkan kepada rakannya tentang kehamilannya. Biarlah mereka nampak sendiri. Tetapi keluarga Putri dan mertuanya sudah diberitahu awal-awal.
"Dah, pergi ambil air wudhu. Kita solat sama-sama." kata Ezrul sambil mengusap kepala isterinya.
Putri tidak membantah. Dia berjalan ke tempat mengambil air wudhu.
Selesai solat, mandi dan bersiap, Putri turun ke bawah untuk membuat sarapan. Ezrul sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
Menu hari ini, Putri ingin memasak roti sandwich tuna dan telur. Air pula air milo panas menjadi pilihan. Siap menghidang, dia memanggil Ezrul untuk bersarapan.
"Sayang, lusa abang ada meeting dekat Johor. Esok tengahari kena gerak dah. Sayang ikut abang ea?" kata Ezrul.
"Hah? Habis tu kerja saya macam mana?" soal Putri.
"Sayang ambil lah cuti. Abang risau lah nak tinggal sayang sorang-sorang dekat rumah ni." kata Ezrul dengan nada resah.
Putri menggeleng. "Tak nak lah... Nanti bos bising pulak dekat saya. Tak apa, saya okay je duduk sorang-sorang dekat rumah ni." tolak Putri.
"Tapi abang risaukan sayang... Sayang tu dah lah mengandung. Abang risau lah.." jawab Ezrul.
Putri mengukir senyuman. "Abang jangan risau. Insyaallah saya okay. Saya kuat lagi lah." jawabnya cuba meyakinkan suaminya yang risau tak tentu pasal.
Ezrul diam seketika. Berat hatinya ingin meninggalkan Putri sendirian. Lagipun dia tidak boleh apabila berjauhan dengan Putri.
Putri melihat wajah Ezrul seperti resah. Dia diam memikirkan cara untuk meyakinkan suaminya yang dia okay. Hermm... Ahah! "Hah, abang. Macam ni. Kalau abang risau sangat pasal saya, saya panggil Nabilah dan Zarra tidur dekat sini boleh? Sekurang-kurangnya ada peneman." cadang Putri.
Ezrul diam memikirkan cadangan isterinya. Ada betul jugak tu. Sekurang-kurangnya dia tidak lah risau jika kawan baik Putri menemani isterinya di rumah.
"Hmm, okay. Boleh. Tapi sayang kena ingat pesan abang ea? Jangan buat kerja berat. Jangan lasak sangat. Minum susu sentiasa. Jangan makan makanan yang abang larang tu. Lagi satu, jangan pergi atau balik kerja naik grab. Sayang pakai je kereta Myvi abang tu. Sayang ada lesen kereta kan? Lepas tu, jangan keluar sorang-sorang. Ajak lah Nabilah ke Zarra ke suruh teman, faham?" pesan Ezrul panjang lebar.
Putri hampir tergelak mendengar pesanan suaminya yang panjang lebar. Kalah Puan Athira membebel. "Yelah abang... Baiklah. Saya ikut cakap abang ya?" balas Putri.
"Bagus. That's my wife" kata Ezrul dengan senang hati. Barulah lega hati ini.
"By the way, abang pergi berapa hari?" soal Putri.

ANDA SEDANG MEMBACA
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...