Bab 41

2K 87 8
                                    

HUJUNG minggu ini Putri bermalas-malasan di atas katil sahaja. Yelah cuti kan? Memang jadi 'ular sawa' la atas katil.

Zarra dan Nabilah tiada di rumah. Katanya mahu beli barang dapur. Jadi tinggallah Putri seorang diri di rumah. Nasib dia dah mandi pagi, takde lah nanti orang cop dia sebagai anak dara pemalas.

Dia mencapai telefon bimbitnya dah membuka aplikasi WhatsApp. Tiada apa-apa pesanan. Kemudian dia pula Instagram. Tangannya laju men scroll post di Instagram. Tiba-tiba matanya tertangkap dengan satu post, matanya terbeliak melihat gambar itu. Bila masanya dia ambik gambar aku ni? Ni gambar masa aku keluar makan dengan dia haritu.

Mata Putri pula membaca caption "My Sweetheart 💞. Bibir Putri tidak mampu untuk menahan diri dari senyum. Apesal mamat ni sweet sangat? Kemudian aku ke ruang komen, tersenyum aku membaca komen dari netizen.

"Wahh, sejak bila ni Rul?"

"Huwaa my crush dah berpunya, frust nonggeng aku!"

"Gf ke tu?"

Dan banyak lagi komen. Kebanyakan dari wanita. Biasa lah, lelaki sekacak Ezrul... Siapa je tak suka kan? Kira aku ni beruntung jugak lah ehekk! Kemudian Putri type sesuatu di ruang komen, butang send ditekan.

Me: wah wahh... Bila masa dia 'curik' ambik gambar kita pun tak tau lah

Dalam beberapa minit, Ezrul reply komen Putri. Ehh? Cepatnya dia reply?

Ezrul: well.... Boyfriend awak ni kan hebat orangnya😆

Me: eiii perasan gila!

Ezrul: Hahaha! I love you♥️

Tiba-tiba rasa bahang pulak wajah Putri. Apa benda la mamat ni, nak sweet pun dekat komen. Malu aku! Tapi disebabkan tidak mahu kecewakan lelaki itu, Putri cuma membalas "♥️" sahaja. Nak balas lebih segan pulak!

Sedang dia leka bermain telefon, tiba-tiba Puan Athira menghubungi nya. Dia menekan butang jawab panggilan.

Me
Hello, Assalamualaikum mama!

Mama
Waalaikumussalam... Angah tengah buat apa tu? Ganggu ka?

Me
Ehh dak aihh... Harini cuti, so duduk rumah jelah kot. Mama sihat?

Mama
Sihat alhamdulillah.. semua sihat. Ni angah, minggu depan mai balik Penang nah

Me
Aik? Awat pulak? Ada masalah ka? Semua ok ja kan?

Mama
Semua ok ja. Cuma ada hal sikit mama nak bincang dengan hang. Balik tau. Ok bye assalamualaikum.

Me
Eh eh! Mama! Waalaikumussalam..

Tutt! Talian dimatikan. Ceyh! Cepat je dia end call. Putri cuma mahu bertanya hal apa yang penting sangat sampai nak kena balik minggu depan? Rasa macam tergesa-gesa pulak. Haishh! Tiba-tiba rasa seram pulak nak balik.

Akibat malas mahu memikir tentang hal itu, Putri terus bangun dari katil dan menuju ke almari. Rasa bosan pulak terperuk dalam rumah ni. Nak pergi mall lah. Tak ada la bosan sangat. Dia kemudian tukar baju dan bersiap-siap untuk keluar.





PUTRI memilih untuk berjalan di One Utama mall sahaja. Sejujurnya dia tidak tahu hendak buat apa di situ. Nak shopping baju? Hmm tiada mood pula mahu shopping. Lagipun dia ni bukannya kaki shopping. Bila dia rasa perlu sahaja dia akan shopping sakan. Makan? Yesss!

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now