Bab 21

3.6K 154 3
                                    


"HI awak!" sapa Hariz.

"Eh! Hi Hariz!" sambut Putri sambil memberi senyuman kepada Hariz.

"Boleh saya duduk?"

"Yea, sure. Have a sit." kata Putri. Hariz pula terus duduk di depan Putri.

"Hmm... Lama tak nampak awak. Awak sorok dekat mana selama ni?" soal Hariz.

"Saya sorok dalam hati awak lah!" usik Putri. Sememangnya Hariz ni seorang pemalu. Sebab itulah Putri suka mengusik.

Dan seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, sebaik saja Putri menghabiskan ayat pickup line nya, muka Hariz sudah bertukar menjadi merah padam. Hahaha... Malulah tu!

"Hahaha... Hariz, Hariz... Awak ni cute la! Baru bagi ayat sikit, dah malu." usiknya lagi.

"Ish, awak ni... Suka usik saya macam tu..." kata Hariz sambil menundukkan kepalanya. Malu nak pandang muka Putri.

Putri pula sudah tersenyum manis. "Eh, awak nak makan apa? Meh saya oderkan." soal Putri.

"Eh! Tak payah la.. Tak payah susah-susah. Kan awak tengah buat assignment tu." tolaknya dengan pantas.

"Ish! Mana ada susahnya. Awak tunggu kejap, saya pergi oderkan air untuk awak. Ais lemon tea okay?" kata Putri lalu bangun.

"Okay je, saya tak kisah pon air apa yang awak nak oder." kata Hariz sambil senyum.

"Okay! Wait a minute, I'll be right back." kata Putri lalu berlalu ke kaunter.

Hariz tersenyum senang. Sejujurnya Hariz amat selesa apabila berkawan dengan Putri. Putri ni seorang yang baik, cantik tapi tak gedik macam perempuan lain di kolej ni. Dia peramah, tak sombong dan macam-macam lagi lah! Kerana itulah dia selesa berkawan dengan Putri.

Selepas beberapa minit, Putri muncul bersama air yang dipesannya tadi.

"Nah air awak! Oh, awak nak makan apa?" soal Putri lagi.

Hariz menggelengkan kepalanya "Thanks. Hmm... Saya tak nak makan. Minum pon dh cukup."

"Betul ni tak nak makan?"

"Betul..." ujar Hariz bersungguh-sungguh.

"Hmm, okay." kata Putri lalu duduk di tempatnya tadi.

"Awak ni baik sangat la Putri. Siap belanja saya lagi, naik segan saya. Sepatutnya saya yang belanja awak." kata Hariz.

Putri pula mengeluh "Haih... Ni la orang zaman sekarang. Baik salah, jahat salah. Apa la yang tak salah? Lagipun, apa la sangat yang saya belanja tu. Air je pon."

"Iyalah... Memang la air je, tapi saya tetap rasa segan. Selama ni awak dah banyak tolong saya, so saya patut balas balik jasa awak."

Putri merenung ke dalam mata Hariz, dia menghadiahkan senyuman "Tak payah lah nak balas jasa bagai. Saya ikhlas tolong awak. Lagipun, apalah sangat setakat tolong awak daripada kena tengking dengan mamat tu. It's small matter. Dah, dah! Saya tak nak dengar lagi awak kata segan la, malu la, nak balas jasa lah apa lah! Bila saya cakap ikhlas, maknanya saya betul-betul ikhlas. Okay?" terang Putri panjang lebar.

"Okay... Thanks Putri sebab sudi jadi kawan saya. I really appreciate." ucap Hariz sambil senyum manis. Fuh! Cair doo... Hariz ni sebenarnya boleh dikategorikan hensem jugak orangnya. Tapi tulah! Kehensemannya tersembunyi disebalik kaca mata besarnya dan rambut nerdnya. Derr!

"Naaa.... It's okay. Awak tak perlu nak ucapkan terima kasih pon. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Lagipun, saya tak kisah pon nak berkawan dengan sesiapa." kata Putri sambil membalas senyuman Hariz.

"Oh, so aku boleh jadi kawan kau lah?" soal seseorang.

Bunyi suara itu datang dari arah belakang Putri. Putri terus memalingkan badannya ke belakang. And... Eh? Mamat ni lagi!

"Ezrul? Kau buat apa dekat sini?"

"Dah datang cafe, mestilah nak makan. Takkan nak basuh baju pulak!" sindir Ezrul. Kemudian, dia terus duduk di sebelah Putri.

Membulat mata Putri dan Hariz melihat perlakuan Ezrul yang agak selamba itu. Putri memandang jarak antara dia dan Ezrul. Dekat! Putri mengesot ke kiri sedikit kerana ingin menjauhkan diri dari mamat buaya ni!

"Kau takde port lain ke nak duduk? Punya banyak tempat kosong yang ada dalam cafe ni, dekat tempat aku melepak jugak kau nak duduk, asal?" kata Putri kurang senang.

"Ish kau ni! Asyik membebel je kerja. Suka hati aku la nak duduk mana pon." kata Ezrul dengan selamba.

"Wow, kau sekarang dah berkawan dengan budak nerd ni ek. Hmm... Aku kesian dekat kau, punya ramai lelaki dekat kolej ni yang kau boleh buat kawan, dengan mamat nerd ni jugak kau nak berkawan. Haish!" ujar Ezrul sambil menjeling tajam ke arah Hariz yang berada di depan Putri.

"Eh hello! Kau tau tak, bagi aku, berkawan dengan si Hariz ni, it's much better daripada aku berkawan dengan orang macam kau! Dah la poyo, playboy, berlagak dengan kekayaan pulak tu. Eh, kau ingat sikit ek, harta yang kau ada sekarang ni takkan boleh bawak sampai mati lah. Kau cuma pinjam harta Allah je, dan Dia bila-bila masa je boleh tarik harta kau balik!" marah Putri bersama tazkirahnya.

Ezrul terus terdiam mendengar tazkirah daripada Putri. Begitu juga dengan Hariz, sungguh dia tidak menyangka bahawa Putri seberani ini. Terkelu terus lidah dia!

"Dah la Hariz, jom kita pergi dari sini." ajak Putri serentak bangun dari duduknya.

"Okay, jom." sahut Hariz lalu bangun. Kemudian mereka keluar dari kafe tersebut.

Ezrul masih terkaku di tempat duduknya. Dia sebenarnya terkejut dengan kejadian tadi. Kejadian yang tak pernah berlaku dalam hidupnya. Seorang wanita memberi nasihat dengan cara kasar sehingga menyebabkan Ezrul tersedar akan sesuatu.

Ya Allah! Ampunkan aku kerana menjadi bongkak selama ini. Aku insaf ya Allah!






<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wooo Ezrul dah insaf😂 sbb Putri bagi ceramah kaw punya!

Wa tabik sama lu beb! Hahaha😆

Sorry lmbt update sbb sis bz😭
Maafkan daku...

And sorry kalau ada typo😅 abaikn jhaa😝

tbc...

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now