Bab 4

4.5K 150 0
                                    

"WEH, nanti lepas kita habis tingkatan 5... Jom sambung belajar nak?" cadang Zarra. Waktu itu Putri dan sahabatnya berada di dalam kelas.

"Ish! Hang ni... Kita pun baru tingkatan empat, yang dok cerita pasal sambung belajar tu buat apa?" kata Nabilah.

"Aku cuma bagi cadangan untuk masa depan la ngok!" balas Zarra. Nabilah hanya mencebik.

Putri yang sedang duduk di antara mereka tidak pedulikan soalan Zarra. Sebaliknya fikirannya melayang ke kejadian malam semalam.


Flashback

"Anisa." jawab Daniel sambil tersengih.

Terkedu Putri mendengar pengakuan Daniel. Sungguh dia tidak sangka nama itu yang keluar dari mulut lelaki itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Rasa sebak bertandang di hati.

Anisa. Pelajar perempuan di sekolahnya. Sebaya dengannya. Orangnya lembut, peramah dan mempunyai raut wajah yang cantik. Siapa saja yang tidak jatuh hati melihat gadis itu?

"Ohh..." balas Putri pendek.

"You kenal dia?" soal Daniel.

Putri diam sejenak, kemudian dia mengangguk. "Kenal."

Terus bersinar mata Daniel. "You ada number telefon dia tak?"

Putri menggeleng. "Tak ada."

Daniel diam sebentar. Dia kemudian merenung wajah Putri sambil buat muka comel.

"Boleh tolong i tak?" pintanya. Putri mengangkat kening.

"Tolong minta number telefon dia." pintanya dengan penuh harap.

Bulat mata Putri mendengar kata-kata Daniel. Dengan pantas dia menggeleng.

"Alaaa please... Tolong lah i, i nak sangat number dia. You tak kesian dekat i ka?" soalnya dengan nada sedih.

Kelu lidah Putri jadinya. 'Habis tu, aku ni siapa nak kesian? Dia tak tahu ka yang aku tengah sedih sangat sekarang ni? Huhu...' bentak hatinya. Rasa nak nangis sekarang.

"Nope. Hang nak, hang mintak sendiri. Aku tak mau masuk campur." balasnya. Dia cuba mengawal ton suaranya supaya tidak bergetar suaranya menahan sebak.

"Alaa please Sofea... Tolong lah i.. I malu lah nak mintak number dia." pujuk Daniel lagi.

Tetapi keputusan Putri tetap sama. Dia menggeleng kepalanya laju. Siapa saja hendak setuju apabila orang yang di cintai meminta pertolongan sebegitu? Sakit jiwa raga.

"Sorry but aku tak boleh tolong. Hang nak, hang usaha sendiri. Aku balik dulu. Assalamualaikum." pamit Putri terus bangun menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran dan terus berjalan pulang ke rumah.

BAM!

Tersentak Putri apabila mejanya ditampar kuat. Habis hilang bayangan kejadian malam semalam.

"Apa benda hang ni main tampar meja aku? Kang ada yang kena tampaq satgi." marah Putri. Terkejut tahu tak?

"Kau tu lah! Aku tanya kau buat dekk je. Panggil pun tak menyahut. Roh kau hilang kemana tadi?" bebel Zarra dengan geram. Kita pulak dimarahnya.

"Entah. Hang okay ka tak ni Putri? Termenung sampai tak sedar langsung kami panggil. Fikir apa? Share lah." soal Nabilah.

Aneh Nabilah rasa apabila Putri hari ini tidak banyak cakap. Biasa mulutnya asyik bising sahaja. Hari ini lain pula.

Putri diam sebaik sahaja Nabilah berkata begitu. Itu lah sahabat Putri. Sentiasa tahu apabila dia ada masalah. Tak bagitahu pun dah tahu.

"He loves someone else." kata Putri.

Berkerut dahi dua sahabat itu. Siapa yang dimaksudkan? "Who?"

"Daniel."

Terkedu kedua-duanya. Mereka pandang sesama sendiri.

"Siapa perempuan tu?" soal Zarra.

Putri memandang Zarra dan Nabilah bersilih ganti. "Anisa."

Okay kali ini mereka berdua terkejut beruk. Beruk pun kalah tengok mereka punya riak terkejut. Nabilah menekup mulutnya.

"Serius lah?" soal Nabilah tidak percaya.

"Biar betik?" soal Zarra pula.

Putri hanya tersenyum hambar dan mengangguk. "Dia bagi tahu aku semalam."

Terdiam mereka berdua. Tidak tahu apa yang ingin diungkapkan. Nabilah dan Zarra merenung wajah Putri yang suram. Mereka tahu apa yang dirasakan Putri ketika itu.

Nabilah yang duduk di sebelah Putri pantas mengusap lembut belakang badan Putri. Cuba memujuk gadis itu.

"Sabar eh Putri. Aku tahu hang kuat. Mungkin dia bukan tertulis untuk hang. Ingat, Allah dah susun cantik dah perjalan hidup masing-masing. Cepat atau lambat, hang akan berjumpa dengan insan yang ditakdirkan Allah untuk hang." nasihat Nabilah lembut.

"Betul apa yang Nabilah cakap tu. Kau kena berdoa, semoga Allah temukan kau dengan seseorang yang mampu jaga kau nanti. Yang mampu sayang kau. Lupakan yang lama. Doakan dia bahagia. Kita muda lagi Putri. Masih jauh perjalanan." ujar Zarra pula.

Putri yang mendengar nasihat kedua-dua sahabatnya mula terasa sebak. Matanya mula berkaca. Rasa terharu ada sahabat begini. Itulah mereka. Dalam bergurau kasar, ada lembutnya. Walaupun perangai gila-gila, tetapi mereka tetap ada di sisi ketika susah mahupun senang.

"Thanks kawan. Sebab ni lah aku sayang korang." ucap Putri lalu memeluk kedua² belah bahu Nabilah dan Zarra.

"So... Nak tak sambung belajar?" soalnya lagi.

"Hmm... Nak tu memang la nak, tapi kita ni tak tau macam mana result SPM kita nanti." kata Putri.

"Betul tu!" sokong Nabilah.

"Alaa... Kita kena la belajar rajin-rajin, baru dapat hasilnya." kata Zarra.

"Hmm... Betul jugak tu." sokong Nabilah lagi, kali ni dia sokong Zarra pula. Zarra dan Putri memandang pelik ke arah Nabilah.

"Kau semua betul! Apa yang tak betul pun tak tau la." sindir Zarra. Nabilah menjelir lidah ke arah Zarra.

Putri hanya ketawa. "Insyaallah kalau ada rezeki, kita sambung sama-sama." kata Putri.

"Aamiin..." kata Nabilah dan Zarra hampir serentak.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

#To be continue

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now