Bab 37

3.5K 136 15
                                    

   "ACTUALLY... Err... I... Err..." teragak-agak Farad hendak meluahkan isi hatinya terhadap Putri. Tak tau kenapa gementar gila.

    Putri dah rasa lain macam. Apahal dengan bos aku ni? Teragak-agak semacam je... Haish! Suspen la pulak. "Kenapa ni bos?"

"Putri, boleh tak saya nak mintak tolong?" soal Farad.

Putri mengangkat kening. "Apa dia?"

"Boleh tak tolong jangan panggil I bos di luar ofis? Kan I dah cakap, panggil Farad je..." pintanya.

    "Err... Sorry la, saya tak biasa panggil bos.. eh! Maksud saya awak Farad. Kan saya dah biasa panggil awak 'bos', so susah sikit nak tukar." kata Putri. Memang dia susah nak tukar panggilan. Kena perlahan-lahan biasakan diri.

"It's okay... Take your time." Balas Farad sambil senyum.

Dia kemudian mencapai bunga ros yang berada di atas meja makan lalu diserahkan kepada Putri. "For you.."

Erk? Untuk aku? Tapi untuk apa? Aih, pelik benar bos aku ni... Putri menyambut huluran bunga ros itu kemudian dicium bau ros tersebut, wangi!

"Thanks! Tapi, untuk apa semua ni?" soal Putri ingin tahu.

Farad masih senyum. "Kita makan dulu? Nanti baru I cakap dekat you, okay?"

Putri diam sejenak. Kemudian dia mengangguk. Mereka menjamu makanan yang terhidang di atas meja. Memang sedap giler weyh! Hahaha...

Selepas selesai makan, mereka diam seketika. Suasana menjadi sunyi. Putri rasa awkward manakala Farad rasa gelisah. Haih... Jenuh jugak nak confess dekat anak orang nih!

"Putri...." seru Farad. Matanya tajam merenung muka Putri.

Meremang bulu roma Putri mendengarnya. Asal rasa lain macam ni? "Err.. Ya?"

"Can I ask you something?"

"Sure..." Balas Putri.

"You ada boyfriend?" soal Farad dengan berhati-hati.

Putri menggeleng. "Takde..."

Farad mendiamkan diri seketika. Dia cuba menyusun ayat supaya tidak tersalah cakap.
"Putri, kalau apa yang I nak cakap ni, you jangan marah ea?"

Putri mengerutkan dahinya sedikit. Kemudian dia mengangguk.

    Farad menarik nafas cuba menenangkan diri. Okay, you can do this! "Putri, sebenarnya sejak dari mula you masuk kerja dekat company I, I dah mula rasa selesa dengan you. Sebelum ni, I tak pernah rasa macam ni dekat staf-staf I yang lain. Tapi, bila you datang, I rasa macam you ada satu aura yang buatkan I tertarik pada you. I know it sound funny but, i think i should tell you that....i have fall in love with you Putri. I tak pernah rasa perasaan macam ni. Tapi bila dengan you, I rasa you lain sangat. You berbeza dengan perempuan lain yang dekat luar tu. You're special to me Putri..." luah Farad.

    Putri terpaku di situ. Entah apa yang dia rasa sekarang, terkejut, gembira, terkelu, rasa nak pengsan, semua ada. Sumpah, dia tak sangka bahawa Farad akan confess dekat dia malam ni. Betul-betul tak terkata apa dah sekarang ni!

    Farad bangun dari duduk dan menuju ke sebelah Putri yang masih duduk. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah hati. Kemudian dia melutut di hadapan Putri. Dia membuka penutup kotak tersebut. Terdapat seutas gelang emas yang ditempah khas untuk Putri.

     Putri tergamam. Matanya terbeliak dan tangannya menekup mulutnya. Memang tak terkata apa dah! Apa dia buat ni?

    "Putri, will you be my wife? I janji, I akan happykan you. I takkan kecewakan you, sebab I sayang you, and I love you." ucap Farad. Mukanya penuh dengan harapan.

      Putri masih mendiamkan diri, mulutnya seakan terkunci rapat. Apa aku nak jawab ni? Aku anggap dia tak lebih dari seorang bos . Aduh! Parah!

Farad masih menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Putri. "Putri?"

    Putri merenung wajah kacak Farad. Farad ni bukannya tak kacak, dah terlebih sebenarnya. Lelaki itu cukup sempurna baginya. Tetapi, Putri tidak mempunyai perasaan terhadap Farad.

    "Err... Aw.. awak.. Ap..apa semua ni? Ma..macam mana boleh jadi sampai macam ni? Saya anggap awak tak lebih dari seorang bos dan kawan. Saya tak tahu nak cakap apa.. Tapi, saya mintak awak beri saya masa? Sebab saya rasa semua ni terlalu cepat bagi saya. Boleh awak bagi saya masa? Saya perlu fikir masak-masak. Boleh ye?" pinta Putri. Dia tak nak lukakan hati Farad. Sesungguhnya Farad adalah lelaki yang baik budi pekerti.

   Farad terdiam sejenak. Betul juga kata Putri, semua ni terlalu cepat. Mungkin dia masih terkejut. "Baiklah kalau itu yang you mahu." kata Farad sambil senyum.

    Putri juga turut senyum. Aku kena fikir betul-betul. "Dah lah, awak bangun lah. Sakit lutut awak tu kalau melutut lama-lama." kata Putri.

    "Untuk you, lama mana pun I sanggup melutut." kata Farad romantik. Dia kemudian berdiri.

    Aduh! Nak luruh jantung den! Putri mengurut dadanya perlahan. Sabar jantung, jangan tergolek lagi.

      "Oh! Before I forget, this is for you. I tempah gelang ni khas untuk you. Kalau ditakdirkan kita tak ada jodoh, you pakai je gelang ni. Buat kenangan..." kata Farad sambil mengeluarkan gelang tersebut. "May I?" pintanya. Dia menarik lengan Putri yg berlapik lalu dipakaikan gelang itu di pergelangan tangan Putri.

"Kenapa awak buang duit buat gelang ni? Mahal tau tak? Lebih baik awak simpan je duit awak tu untuk masa depan. Jangan membazir..." nasihat Putri. Dia membelek gelang yang sudah dipakaikan di pergelangan tangannya. Memang cantik. Harganya mesti mahal giler!

Farad tersenyum manis. "You terlalu berbeza dengan wanita lain di luar sana Putri. Sebab tu I boleh jatuh cinta dengan you. Pasal gelang ni, I tak kisah. Bukan selalu I keluarkan duit untuk orang yang I sayang."

Muka Putri merah menahan malu. Dia cuma tunduk memandang gelang itu. "Terima kasih sebab buat semua ni untuk saya. Saya hargai sangat." luah Putri. Terharu beb!

"Most welcome dear..." balas Farad. Dia merenung wajah Putri. 'Ya Allah... Kalau ditakdirkan gadis ini bukan jodohku, kau bukakanlah pintu hatiku untuk terima kenyataan. Sesungguhnya aku seorang insan yang lemah.' Doa Farad dalam hati. Dia berharap dia mampu menerima kenyataan apabila Putri tidak boleh menerimanya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Putri. Dia merasa kurang selesa apabila direnung begitu oleh Farad.

Farad cuma mengukir senyuman manis, lalu menggelengkan kepalanya. "Nothing dear..." balas Farad. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Sudah menginjak pukul 9:50. Dia harus menghantar Putri pulang. Tak elok jika seorang perempuan pulang pada malam. "Eh, jomlah I hantar you balik. Dah lewat malam ni..." ajaknya lalu berdiri. Diikuti oleh Putri.







    TIBA di apartment Putri, Putri membuka tali pinggang keledar. "Terima kasih sebab hantar saya balik, dan terima kasih sebab belanja dinner tadi." kata Putri sambil senyum.

     Farad turut membalas senyuman Putri. "Sama-sama kasih. My pleasure... Ni you nak nak naik ke rumah tu hati-hati. Lepastu kunci pintu rumah tu betul-betul. Takut ada orang pecah masuk pulak rumah you tu. Nanti I jugak yang susah..." pesan Farad.

Putri mengangguk faham. "Okay, awak pun take care tau. Bawak kereta elok-elok. Bye, good night, Assalamualaikum." pesan Putri juga.

"Okay... Good night, sweet dream. Waalaikumsalam." balas Farad.

     Putri keluar dari kereta lalu masuk ke dalam bangunan apartment. Selepas kelibat Putri hilang disebalik pintu lif, Farad turut berlalu pergi.

    Tanpa disedari mereka, ada sepasang mata sedang memerhati dari jauh dengan perasaan cemburu!



<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

 #To be continue

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now