[COMPLETED✔]
WARNING!
[Ini first story so maybe banyak kekurangan.]
Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...
MAJLIS resepsi akan bermula pada pukul 5:00 petang. Pengantin pula akan tiba pada pukul 6:00 petang.
Putri dan Ezrul kini sedang bersiap di dalam bilik hotel. Mereka di bilik yang berasingan. Putri sedang disiapkan oleh mak andam yang sama iaitu Sally. Nabilah dan Zarra turut membantu menyiapkan Putri.
Wajah Putri sudah disolek cantik. Solekannya tidak lebih, tidak kurang. Suam-suam sahaja. Terserlah keanggunannya.
"Haaaaa, dah siap pun make-up. Okay now pergi pakai baju kat dalam tempat persalinan tu cepat! Kita dah tak banyak masa ni princess!" kata Sally sambil tepuk tangan.
"Tulah, cepat pergi tukar baju kau Putri" kata Nabilah pula.
Putri tidak banyak bunyi. Dia mencapai bajunya yang tersangkut di dalam almari itu dan masuk ke dalam tempat persalinan baju.
"Nabil, masuk jap. Tolong pakaikan tudung untuk aku." panggil Putri dari dalam.
Nabilah terus bangun dan masuk ke dalam bilik persalinan. Sesaat... Dua saat.... Dan....
"Ya Allah! Putri! Cantiknya kau!!!" jerit Nabilah kuat. Zarra dan Sally yang mendengar terus bangun dari duduk.
"Mana? Nak tengok, nak tengok!" kata Zarra teruja.
"Aip! Sabar! Bagi aku pakaikan tudung dekat dia. Baru korang boleh tengok." halang Nabilah. Dia kemudian tutup pintu bilik persalinan itu.
Setelah beberapa minit, Nabilah keluar dari situ. "Okay korang ready? Tuan Puteri nak keluar ni. Aku kira sampai tiga"
"Satu..."
"Dua..."
"Tiga! "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tadaaaa!" jerit Nabilah teruja apabila Putri melangkah keluar.
"Omg!!! You look so gorgeous princess!" puji Sally dengan gaya gediknya.
Putri hanya mampu tersenyum. Malu pula dipuji sebegitu. Dia kemudian jalan menuju ke cermin. Ditilik dirinya di hadapan cermin. Eh? Siapa tu? Bidadari ke? Ehehehe...
"Jap, meh sini aku nak pakaikan kau veil and crown ni" kata Nabilah lalu memakaikan veil di sanggul Putri. "Done! Perfect!"
Makin teruja Sally dan Zarra melihat kecantikan yang dimiliki Putri.
Sally menepuk tangannya tanda suka. "Cantik u sis! Meletops gitu!" pujinya lagi.