Bab 45

1.8K 96 4
                                    

KINI hanya tinggal lagi seminggu sebelum tarikh pernikahan Putri dan Ezrul. Mereka begitu sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan mereka. Pada mulanya, mereka hanya mahu membuat majlis kecil-kecilan sahaja. Tetapi keluarga Ezrul membantah. Mereka mahu buat majlis secara besar-besaran. Kata mereka "apa salahnya buat majlis besar-besaran. Kahwin sekali seumur hidup je tau." Tergelak mereka mendengarnya. Oleh kerana tidak mahu memusingkan kepala, mereka bersetuju dengan cadangan keluarga Ezrul.

Majlis persandingan sebelah perempuan juga dibuat secara kecil-kecilan. Kata Puan Atira, mahu menjemput saudara-mara yang tidak boleh datang ke majlis sebelah lelaki. Putri ikut sahaja cadangan mamanya. Asalkan mamanya gembira, dia turut berasa gembira.

Hari ini Putri agak lambat pulang dari kerja. Dia harus siapkan kerja yang Farad beri padanya. Katanya esok dia mahukan kertas kerja itu. Jadi Putri tidak mahu tangguhkan kerjanya.

Putri kerling jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir masuk pukul 6:30. Lama jugak aku bertapa kat sini. Sedang dia leka menghadap kertas kerja, tanpa sedar ada seseorang berdiri di belakangnya.

"Tak balik lagi?" tegur suara itu.

"Oh mak kau hantu!" latahnya. Dia mengurut dadanya. Astagfirullah al-azim... Bos dia ni dah jadi kafir ke? Tak reti nak bagi salam?! Kalau aku ada heart attack macam mana?

Farad ketawa mendengar latah Putri. "Lah awak melatah ke?" soalnya masih dengan ketawanya.

"Ya Allah bos.... Terkejut saya bos. Lain kali bagi la salam dulu. Jangan sergah macam tu bos, boleh mati terkejut saya dekat sini. Saya tak kahwin lagi bos oitt" bebel Putri. Apalah kau mengarut sampai ke kahwin kau sebut ni?

Makin kuat tawa Farad mendengar leteran Putri. Lawak ke?

"Hahaha... Okay sorry. Saya just tanya, kenapa tak balik lagi ni? Dah lewat sangat dah ni" soalnya sambil melihat jam tangannya.

"Err... Saya nak siapkan kerja yang bos suruh hantar esok lah. Kang bos marah saya pulak" kata Putri.

Farad menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. "Memang saya suruh awak hantar esok, tapi waktu petang saya nak. Bukan pagi. Kan ke saya dah cakap tadi?"

"Saya tahu bos. Tapi kan lagi bagus kalau saya siapkan harini? Senang kerja saya, esok pagi saya hantar terus dekat bos" jawab Putri.

"Ya saya tahu awak seorang pekerja yang tak suka lengahkan kerja awak. Tapi, ni soal keselamatan awak Putri... Awak sorang-sorang dekat sini. Semua orang dah balik. Nanti kalau ada orang ada niat jahat dekat awak macam mana? Takde siapa nak tolong awak dekat sini nanti.. " kata Farad prihatin. Sesungguhnya dia amat pentingkan keselamatan Putri.

Putri diam seketika. Ada benar kata Farad. Walaupun Putri ni berperwatakan kasar dan dia tahu seni mempertahankan diri, dia jadi gerun bila mendengar kata-kata Farad tadi. Otaknya mula berfikir lain, mana tahu ada perogol bersiri ke, penyangak ke, eiii seram!

Putri mula mengemas barangnya yang bersepah di atas meja kerjanya. Selesai mengemas, dia mencapai beg tangannya. Farad masih setia menunggu Putri di situ.

"Okay lah, jom." ajak Putri. Mereka sama-sama menuju ke lift.

"Awak balik dengan apa ni?" soal Farad.

"Saya balik dengan grab" jawabnya.

Pintu lift terbuka, mereka masuk ke dalam lift. Hanya mereka berdua di dalam lift itu. Maklumlah, ramai pekerja sudah beransur pulang.

"Mari lah saya hantarkan" pelawa Farad.

Putri menggelengkan kepalanya menolak pelawaan Farad. "It's okay. Saya naik grab je"

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now