Bab 52

1.3K 47 0
                                    

PUTRI sedang sibuk memasak makanan tengah hari di dapur. Ezrul pula menonton televisyen di ruang tamu. Menu untuk makanan tengah hari ini ialah nasi ayam.

Nasi dan ayam sudah siap dimasak. Kini Putri sedang membuat supnya pula. Sedang Putri sibuk memasak, kepalanya tiba-tiba pening semula. Dia memegang kepalanya. Ya Allah... Kenapa asyik pening kepala ni? Sudah lah pagi tadi tiba-tiba dia muntah. Salah makan ke? Nasib baik suaminya tidak tahu tentang pagi tadi. Kalau tidak, kena paksa lah pergi klinik!Dia meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan sakit di kepalanya.

Ezrul di ruang tamu sedang sibuk berbual di telefon.

"Dah lama kita tak keluar lepak Rul. Jom lah hari ni lepak?" ajak Ejaz di talian.

"Hari ni tak boleh lah bro... Orang rumah aku dah masak. Esok jelah boleh?" tolak Ezrul.

"Oh ye eh? Hmm... Untung lah dah ada bini. Aku ni entah bila lah. Makan sorang, tidur sorang, mandi pon sorang-sorang" kata Ejaz dengan nada sedih.

Ezrul sudah tergelak. "Alah relax lah... Nanti sampai lah jodoh kau tu. Kau pun, cari lah sama. Kalau tak cari macam mana nak jumpa?"

"Aku tak ada masa lah nak cari ni. Biarlah dia datang sendiri." kata Ejaz sambil garu kepala.

"Kau ingat kau tu anak dara ke nak tunggu jodoh datang?" soal Ezrul sambil ketawa.

"Ehh, kau jangan main-main. Zaman sekarang ni pun ada je tau perempuan pinang lelaki." kata Ejaz dengan muka menyampah.

Lagi kuat tawa Ezrul. Aduh dia ni... "Yelah... Apa-apa jelah. Kalau tak sampai jugak jodoh kau, ha kau tidur lah dengan kucing kau tu!" ejek Ezrul.

"Tak guna kau Rul! Kau tunggu lah nanti. Aku akan pastikan bini aku lagi lawa dari bini kau. Kau tengok lah nanti!" marah Ejaz.

Ezrul masih tidak berhenti ketawa. Seronok mengusik kawan baiknya itu. Ejaz ni dia sensitif sikit orangnya. Kena usik sikit nak marah sahaja kerjanya.

PRANGG!

Terus berhenti ketawa Ezrul. Bunyi kaca pecah. Dia mematikan panggilan dan pergi ke dapur.

"Ya Allah! Sayang!" jerit Ezrul. Kini di hadapannya, Putri sudah jatuh dan tidak sedarkan diri.

Dia pantas memangku kepala isterinya. Dia menepuk-nepuk pipi isterinya perlahan. "Sayang? Sayang? Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni.. " katanya dengan suara hampir menangis.

Dia pantas mengendong isterinya dan dibawa masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke klinik!






"TAHNIAH! Encik Ezrul akan menjadi seorang ayah tak lama lagi." ucap Dr. Fauziah dengan gembira.

Ezrul sudah menekup mulutnya. Matanya terbuka luas. Dia tersenyum gembira. "Ya Allah! Alhamdulillah..." ucapnya dengan nada gembira yang tak terkata.

Putri masih tercengang. Dia? Mengandung? Macam tidak percaya dia bakal menimang cahaya mata. Dia tersenyum gembira.

Ezrul memeluk isterinya dengan erat. "Alhamdulillah sayang... Terima kasih sangat-sangat" ucap Ezrul sambil mengucup ubun-ubun isterinya.

Putri membalas pelukan sambil mengangguk. Mereka gembira tak terkata.

"Ini anak pertama ya?" soal Dr. fauziah.

Ezrul mengangguk. "Ya, anak pertama." jawabnya.

"Okay kalau macam tu, macam biasalah. Awak kena jaga pemakanan Puan Putri. Jangan bagi dia stress, dan jangan biarkan dia buat kerja berat." pesan Dr. Fauziah.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now