3 tahun kemudian...
"ISH! Mana si Zarra ni... Lambat betul!" rungut Putri.
Hari ini Putri Sofea, Nurul Nabilah dan Zarra Zahira akan bertolak ke Kuala Lumpur. Mereka mendapat tawaran untuk sambung belajar di sana. Okay, berbalik kepada cerita si Zarra lambat tadi.
"Nanti hang!" kata Putri dengan nada yang geram. Dia mencari-cari telefon bimbitnya di dalam beg galasnya. Dia men-dail nombor Zarra, tut...tut...tut...tut... talian bersambung...
"Hah! Assalamualaikum! Hang ada dekat mana ni? Dah berjam-jam aku tunggu tau! Dah naik lenguh kaki aku ni berdiri dok tunggu hang!" Putri terus menyembur kemarahannya kepada Zarra.
"Uish! Belum sempat aku nak jawab salam, kau dah sembur. Waalaikumsalam... Sorry la beb, aku terbangun lewat harini... Ni pun aku baru on the way nak gi rumah kau. Kau tunggu situ lagi 10 minit, aku nak datang ni. Bye, assalamualaikum." kata Zarra lalu mematikan talian.
"Waalaikumsalam." jawab Putri.
SELEPAS beberapa minit menunggu kehadiran Zarra, akhirnya muncul juga. Putri membuka pintu penumpang di hadapan, dia menjenguk ke dalam.
"Awal sampai cik Zarra, asal tak sampai besok ja."sindir Putri.
"Alaa... Sorry la." kata Zarra. Putri hanya buat tidak peduli, dia membuka pintu belakang untuk meletakkan beg pakaiannya. Tiba-tiba muncul sekujur tubuh yang baru bangun dari tidur. Apa lagi, cik Putri pun melatah la!
"Oi, mak hang hantu!" latahnya. 'Kus semangat... Terkejut aku, hish Nabilah ni! Selamat aku ni tak ada lemah jantung...' hamunnya dalam hati.
"Hang ni! Bagi terkejut aku ja. Macam mana hang boleh ada dekat belakang ni? Bukan Zarra belum jemput hang lagi ka?" soal Putri.
"Dia ambik aku dulu la sebelum hang. Ni awat hangpa dok bising ni? Tau dak hangpa dah kacau aku tengah tidoq, baru nak masuk mimpi indah." bebel Nabilah.
"Mimpi apa kejadahnya siang-siang hari ni? Apa punya jenis anak dara la hang ni..." kata Putri. Nabilah yang baru ingin membalas kata-kata Putri terus terbantut apabila Zarra menghalang.
"Eh dah, dah, dah! Apa benda la korang ni, kata dah lambat... Tapi dok bergaduh hal kecik ni kenapa? Dah, Putri kau gi simpan beg kau dekat bonet tu." arah Zarra.
"Okay bah!" jawab Putri sebelum berlalu ke belakang kereta untuk menyimpan beg pakaiannya. Selepas menyimpan beg, dia terus masuk ke dalam kereta.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
#To be continue
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...