SUDAH hampir setahun Putri dan sahabatnya menetap di Kuala Lumpur, ini bermakna sudah hampir setahun juga mereka belajar di Kuala Lumpur. Hari ini (Sabtu) Putri mengajak Nabilah menemaninya ke TESCO untuk membeli barang dapur.
"Bella, jom teman aku pergi beli barang?" ajak Putri lalu duduk di sebelah Nabilah yang kusyuk menonton television.
"Tak nak la, aku malas la nak keluar. Harini kan hari minggu, so aku nak rehat kat rumah ja." tolak Nabilah. Dia menghirup air Milo panas yang dibuatnya tadi.
"Alaa... Jom la teman aku, aku nak beli barang dapur ni." pujuk Putri lagi. Kali ni dia buat muka sedih, drama queen sangat you!
"Kau pergi la ajak Zarra." kata Nabilah. Betul-betul tak nak ikut budak ni!
"Alaa... Zarra tak boleh ikut aku, dia kena siapkan assignment yang prof bagi. Jom la ikut aku, jom la..." kata Putri.
"Hmm... Yelah, yelah. Kacau la hang ni." akhirnya Nabilah mengalah juga. Susah jugak nak pujuk minah ni! Putri sudah senyum gembira, yes!
NABILAH sedang memilih barang untuk dibeli manakala Putri menolak troli dari belakang. Sedang asyik Nabilah membelek barang, Putri tiba-tiba bersuara.
"Weh, hang tunggu sini sat. Aku nak pergi cari barang aku jap." kata Putri.
"Hmm... Cepat sikit." kata Nabilah.
Putri terus berlalu pergi manakala Nabilah hanya menunggu. Sedang dia melihat barang-barang, tiba-tiba ada suara garau menyapanya dengan suara yang kuat dari belakang.
"Assalamualaikum!"
Nabilah terus berpaling menghadap ke belakang, apabila melihat empunya suara, dia tersenyum. "Waalaikumsalam." 'Terkejut aku!' desis hatinya.
"Tak sangka jumpa Nabilah dekat sini." kata Amar.
"Hmm... Tulah, awak buat apa dekat sini?" soal Nabilah.
"Saya beli barang keperluan rumah. Barang dapur nak habis. Tu yang datang TESCO ni." kata Amar sambil menunjukkan barang yang ingin dibeli.
"Oohh." Nabilah hanya mengangguk.
"Nabilah pulak buat apa dekat sini?" soal Amar pula.
"Sama la macam awak, beli barang dapur." jawab Nabilah.
"Datang sorang je?" soalnya lagi. Dia ni kalau tak tanya lebih, memang tak sah hidup dia agaknya!
"Ermm... Saya datang dengan Putri."
"Oh, mana dia?" soalnya sambil matanya melilau mencari kelibat Putri.
"Dia pergi cari barang dia jap, nanti dia datang balik." kata Nabilah sambil menggaru kepalanya yang ditutupi dengan tudung. Dah serabut dah tu!
"Oh, okay. Saya pergi dulu la ya, nak cari lagi sikit barang yang nak dibeli." kata Amar.
"Uh, okay. Pergilah cari apa yang patut." kata Nabilah sambil tersenyum.
"Ermm... Kirim salam saya dekat Putri ye." kata Amar lagi, sempat lagi tu!
"Ahaha, Insya-Allah..." jawab Nabilah. Amar hanya senyum lalu terus berlalu pergi. Nabilah menghembus nafas lega. Huh! Jenuh jugak nak jawab semua soalan dia tadi. Dah macam polis pencen!
"Hah, Nabilah. Jom lah pergi bayar." sergah Putri dari belakang. Nabilah pula secara refleks terus terpusing ke belakang. Dia mengurut dadanya yang hampir sesak. Hish! Satu-satu manusia bagi aku terkejut!
"Hish, kau ni kan! Jangan sergah aku macam tu boleh tak? Nak terkeluar jantung aku ni. Tadi Amar bagi aku terkejut, ni kau pulak!" marah Nabilah.
"Hah? Amar? Sejak bila pulak dia ada sini?" soal Putri.
"Tadi la, dia tegur aku. Tapi cara dia tegur aku, buat aku rasa macam nak hilang nyawa!"
"Hahaha!" Putri ketawa terbahak-bahak. 'Teruk betul dia ni, sampai nak hilang nyawa ye?' bisik Putri dalam hati.
"Dah, dah. Tak payah nak ketawa lebih-lebih pulak. Hah! Btw, Amar kirim salam dekat kau." kata Nabilah mahu menghentikan tawa Putri yang sudah melampau.
"Ouh, waalaikumsalam..." jawab Putri.
"Dah, jom lah pergi kaunter." ajak Nabilah.
<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>
#To be continue

YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...