[COMPLETED✔]
WARNING!
[Ini first story so maybe banyak kekurangan.]
Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...
"Yeah, boleh tahan laa.. Kebanyakkannya budak-budak je.. Kita bukan nk gi mandi kolam cetek tu, kita mandi kolam yg dalam tu kan? Kau nk risau ramai orang pahal?" soal Putri pelik.
"Eh? Ha'ah la.. Lupa pulak" kata Zarra sambil menggaru kepalanya.
Putri dan Nabilah sama² menepuk dahi. Itu lah jadinya bila perangai dungu Zarra datang.
"Eh, dah la. Jom mandi, aku tak sabar dah ni!" kata Putri teruja. Mereka terus menuju ke kolam orang dewasa dan terjun ke dalam kolam.
"Arh, bestnya... Lama gila aku tak berendam dalam kolam ni." Nabilah mengapungkan dirinya di atas air. Putri dan Zarra juga melakukan perkara yang sama. Puas mengapungkan diri, Nabilah mengajak mereka untuk lumba berenang memandangkan kolam org dewasa ini tidak ramai orang sangat.
"Kau serious ke nak lumba dengan aku? Kau bukan tak tau aku ni jaguh berenang!" kata Putri angkuh.
"Eleh kau! Jangan nk ckp besar eah! Kau tu dah lama tak swimming, belum tentu jaguh lagi ke tak!" sangkal Nabilah. Mukanya dicebikkan. Menyampah!
"Baik! Kau cabar aku kan? Jom kita lumba. Kalau kalah, jangan nangis tau!" kata Putri.
"Baik! Jom Zarra ambik tempat." ajak Nabilah dan mereka bertiga berlalu ke hujung kolam.
Putri di tengah, manakala Nabilah sebelah kiri dan Zarra sebelah kanan. "Okay, sedia?" soal Zarra. "Satu.. Dua... Tiga!" Dan kami terus mula berenang.
Putri lihat Nabilah sudah maju ke depan. 'Ish! Tak leh jdi ni!' desis hati Putri. Dia kemudian berenang menuju ke arah Nabilah dan pinggangnya digeletek. Serta merta Nabilah berhenti berenang. Terkejut punya pasal! Zarra sudah ketinggalan di belakang. Putri mengambil peluang ini untuk terus berenang sehingga ke garisan penamat.