Bab 2

6.1K 234 1
                                    

    

Hey guys! Jangan lupa vote okay!

    SETIBANYA mereka di perpustakaan. Mata Putri melilau mencari tempat duduk kosong. Perpustakaan sekolahnya ini tidaklah besar mana. Disebabkan hari ini ada dua kelas bergabung, jadi agak ramai pelajar di dalam perpustakaan ini.
 

    "Weh dah penuh la, kita nak duduk mana ni?" soal Zarra. Dia dan Nabilah menghampiri Putri selepas sesudah memilih buku untuk dibuat nilam.

    Putri diam sejenak sambil matanya melilau mencari tempat kosong untuk di duduk. Matanya tertangkap pada tiga buah kerusi yang masih kosong. Di situ ada Shira yang sedang membaca buku.

   "Tu, ada kerusi kosong depan Shira. Jom join dia" ajak Putri kepada Nabilah dan Zarra. Mereka menghampiri Shira yang sedang kusyuk membaca buku.

  "Hai Shira!" Zarra menyapa Shira dengan mesra. Shira mengangkat muka lalu senyum.

   "Hai." balasnya.

   "Ada orang duduk tak dekat sini?" soal Putri.

   "Tak ada siapa pun. Eh, korang duduk lah." pelawanya.

   "Okay, thanks." kata Putri sambil senyum kepada Shira.

   Sedang kami asyik menyiapkan kerja nilam, tiba-tiba Shira bersuara.

   "Putri." panggil Shira.

    Putri yang sedang tunduk kusyuk menulis terus mendongak sedikit kepalanya. Dia mengangkat keningnya.

    "Ya?"

    "Hm hari tu aku ada nampak hang berbual dengan Daniel. Hangpa rapat ka?" soalnya sedikit perlahan suaranya. Itu pun cukup untuk aku mendengar seorang.

     Terangkat sebelah kening Putri. Uikss... Biar betul dia kenal Daniel?

    "You know him?" soal Putri hairan. Shira mengangguk.

    "Ohh.."

    "Hangpa rapat ka?" soalnya sekali lagi.

    Putri diam sejenak. Dia merenung wajah putih Shira. Lain macam je dia ni...

    "Boleh lah... Aku kenal dia dari kecil." jawab Putri. Shira angguk perlahan.

   "Kenapa tanya?" soal Putri pula.

     Shira menggelengkan kepalanya."Saja ja tanya..." Shira mengetap bibir sambil menundukan kepalanya.

     Uish... Lain macam benar dia ni. Macam sorokkan sesuatu.

     "Hang suka dia ka?" tebak Putri. Entah kenapa soalan itu yang keluar dari mulutnya.

     Terus merah muka Shira apabila Putri melontarkan soalan itu kepadanya. Dia masih diam tidak menjawab. Putri pula yang rasa berdebar.

   
     "Just be honest. You like him?" soalnya lagi.  Dia menunggu jawapan dengan penuh debaran.

      Lama Shira diam. Sebelum dia mengangguk tanda mengiakan.

     Putri, Nabilah dan Zarra terkedu seketika. Yang paling  terkejut semestinya Putri. Tidak tahu apa yang ingin diungkapkan ketika itu. Tetapi, Putri cuba buat muka beku walaupun dalam hanya ALLAH sahaja yang tahu.

    "Tapi aku tahu yang aku ni tak layak untuk dia." tambahnya lagi. Ada nada sedih di situ.

    Mendengar nada suara Shira begitu membuatkan Putri jatuh kasihan kepada Shira.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now