Bab 59

808 47 4
                                    

"WEH berhenti situ!" kata Zarra. Dia memandang ke hadapan apabila terlihat kereta yang sangat dikenali.

"Apahal kau ni?" soal Nabilah hairan. Tiba-tiba suruh berhenti. Sudahlah jalan ketika ini sunyi sepi. Gelap pula tu.

"Tu! Tuuu! Tu bukan kereta Putri ke?" soal Zarra sambil jarinya menunjuk ke arah kenderaan tersebut.

"Mana?" soal Nabilah. Mereka bertiga meoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Zarra. Terpandang kereta milik Putri yang tersadai di tepi jalan yang agak gelap. Mereka bertiga bergegas keluar dari kereta dan berlari menuju ke arah kereta Putri yang kelihatan gelap sahaja.

Ezrul pantas membuka pintu kereta milik isterinya. "Sayang?"

Kosong.

"Weh, dia tak ada dalam ni lah." kata Nabilah dengan nada gelisah.

Ezrul sudah meraup kasar rambutnya ke belakang. Sudah buntu kemana isterinya menghilang. Hatinya usah dikata lah. Risau yang amat.

"Ya Allah... Mana sayang pergi ni..." rintih Ezrul. Dia sudah bercangkung di tepi kereta Putri.

Nabilah dan Zarra turut rasa risau terhadap kawan baik mereka. Sudahlah Putri sedang arat mengandung.

"Rul, aku rasa elok kita pergi buat report polis dulu. Biar pihak polis yang selesaikan." cadang Zarra. Nabilah angguk mengiakan kata-kata Zarra.

Ezrul masih diam menundukkan pandangan.

"Rul, kita orang pun risaukan dia Rul. Kita orang pun tak nak apa-apa perkara buruk jadi dekat dia. Sabar... Kita semua doa supaya dia selamat,ya?" pujuk Nabilah.

Ezul pula masih tidak berganjak dari posisinya. Dia mengeluh berat dan bangun perlahan-lahan. Mereka bertiga berjalan menuju ke kereta Ezrul.

"Biar aku drive. Kau duduk dekat belakang." kata Zarra. Ezrul hanya menurut. Mereka menuju ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan kehilangan Putri terlebih dahulu. Mereka hanya mampu berserah kepada Allah. Semoga keadaan Putri selamat.








PUTRI tersedar dari lena apabila terdengar pintu bilik dibuka oleh seseorang. Dia terus membetulkan posisinya agar duduk dengan betul. Dia merenung tajam ke arah gerangan yang muncul di sebalik pintu.

"Eh, I kacau you tidur ke sweetheart?" soal Daniel sambil melemparkan senyuman yang tidak bersalah.

"Sampai bila kau nak kurung aku dekat sini hah?" soal Putri dengan nada kasar.

Daniel cuma senyum. Tidak dapat dibaca raut wajah misteri nya itu. Daniel mempunyai banyak rancangan di sebalik wajah nya yang tenang itu.

"Sampai semuanya dah selesai sayang... Tunggu mamat tak guna tu lenyap dulu, lepas tu kita kahwin okay? Kita boleh hidup bahagia tanpa ada gangguan orang-orang yang dengki dengan kita." balas Daniel dengan senyuman yang menggerunkan.

"Hei, bila masa aku cakap aku nak kahwin dengan kau hah? Lepas jelah aku Daniel... Aku nak balik dekat suami aku, tolonglah..." rayu Putri. Dia sudah buntu. Dia sudah penat, dia mahu pulang.

"Oh no, no sweetheart... I won't let you go. You will be mine soon." katanya disertakan dengan ketawa.

Putri memandang muka Daniel dengan penuh perasaan benci. "Kau dah gila! Aku nak keluar dari sini!"

Putri mula bangun dan ingin berlari ke arah pintu. Tapi sempat ditangkap oleh Daniel. Tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki.

"Lepas lah bodoh! Lepas!" jerit Putri sambil meronta. Tetapi apalah sangat kudrat yang dia ada nak dibandingkan dengan kudrat lelaki itu.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now