PEJAM celik, kini kandungan Putri sudah berusia sembilan bulan. Hanya tunggu masa untuk anak mereka melihat dunia. Putri memang sudah tidak mampu nak berjalan lama-lama. Kakinya akan membengkak dan itu sangat memeritkan.
Namun dia rasa amat bertuah kerana ada sang suami di sisi. Orang yang tidak pernah meninggalkan Putri sendirian. Orang yang tidak pernah jemu melayannya. Apabila Ezrul terlihat kaki Putri membengkak, dia akan menawarkan diri untuk mengurut walaupun acapkali Putri membantah.Dan Putri juga sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Itu pun, atas desakan Ezrul apabila melihatnya sudah sarat mengandung. Mahu atau tidak, dia harus turutkan. Apabila difikirkan balik, ada bagusnya dia berhenti kerja. Putri ingin menjaga anak mereka. Menjadi suri rumah sepenuh masa.
Sewaktu hari terakhir nya di tempat kerja, rakan-rakan sekerja Putri membuat kejutan sempena hari terakhir dia bekerja di situ. Farad juga turut menyertai rancangan gila pekerjanya. Putri rasa sebak dan terharu. Iyalah, dia sayang pekerjaannya.
Yang paling terlebih sedih waktu itu, tak lain tak bukan mestilah Anita dan Anam. Beria-ia menangis sampai meleleh hingus! Memang dah tak ada perasaan malu dah waktu itu. Tergelak kecil Putri apabila teringatkan peristiwa itu.
Ezrul pula kini mengambil cuti yang panjang. Apabila ditanya kenapa, dia ingin menemani Putri di rumah sehingga waktu bersalin dan waktu berpantang. Risau katanya biarkan Putri keseorangan. Takut terberanak di rumah!
Terhibur Putri dengan telatah suaminya. Ezrul yang dulunya budak nakal yang teramat, kini menjadi seorang lelaki yang penyayang dan bakal menjadi seorang bapa.
Putri kini sedang duduk berteleku di atas sejadah sambil membaca al-Quran. Memang inilah rutin hariannya sejak mula mengandung.
Dia berhenti membaca dan tangannya mengurut pinggang yang terasa sakit. Beberapa hari ini dia kerap terasa sakit di bahagian pinggang. Ya, normal lah untuk ibu mengandung. Tapi entah lah. Mungkin kerana lama sangat duduk di bawah.
Selesai membaca al-Quran, Putri mula bangun dan meletakkan al-Quran di atas meja. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan ke arah sejadah sambil tangannya memegang pinggang. Dia tunduk dan melipat kain sejadah tersebut.
Tiba-tiba dia terasa bawah perutnya sakit menyengat. Terus tertunduk dia dan pegangan sejadah tadi terlepas. Tangan Putri memegang bawah perutnya. Dia cuba menarik nafas dan hembus. Perkara itu diulang berkali-kali sehingga rasa sakit itu hilang.
Apabila sakit itu mula hilang. Putri mengutip kembali sejadah tersebut dan digantung di tempat penyidai. Telekung dan kainnya ditanggalkan dan di sangkut di situ juga.
Oh ya. Ezrul awal-awal pagi sudah tiada di rumah. Pergi jogging katanya. Katanya sudah lama dia tidak berjogging. Takut berat badannya naik punya pasal, bersemangat dia keluar bersenam.
Tiba-tiba sakit itu datang semula. Bahagian bawah terasa berdenyut. Perutnya dipegang. Arh kenapa pulak ni?
Dia berusaha untuk bertenang. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. Beberapa potongan ayat dibaca. Cuba menenangkan diri.
"Takkan dah nak bersalin kot?" soalnya sendirian.
Dahinya mula mengeluarkan peluh. Dia duduk di atas katil perlahan-lahan. Sumpah bahagian bawah perutnya terasa sakit sekarang ni. Dia sentuh baju di bahagian bawah perut.
Eh? Basah?
Dia pantas tunduk melihat baju mengandungnya. Basah! Takkan lah?
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...