EZRUL berjalan di sekitr kawasan taman permainan. Dia cuba menenangkan hatinya yang gusar. Putri masih belum ditemui. Pihak polis juga masih berusaha untuk menjejak isterinya. Ezrul meraup rambutnya yang kusut masai. Rambunya jadi panjang sejak kehilangan Putri. Memang sangat tidak terurus.
'Ya Allah... Aku tak kuat. Tolonglah hambamu ini ya Allah..' rintihnya dalam hati. Memang dia hampir putus asa. Hampir meraung. Matanya sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis. Mujur dia masih ada sahabat yang tidak jemu memberi semangat kepadanya. Tersalur sedikit kekuatan dalam dirinya.
Setelah agak lama dia duduk termenung di situ, dia mula bangun ingin beransur pulang. Dia berjalan melintas jalan kecil untuk menuju ke tapak meletak kereta yang terdapat di seberang jalan. Semasa dia melintas, tiba-tiba ada sebuah kereta memandu laju ke arahnya. Dia yang kelihatan terkejut menjadi kaku di tengah jalan. Matanya terpejam rapat.
Tiba-tiba ada satu tangan menarik bajunya ke belakang. Terlentang dia ke belakang.
"Rul! Kau okay tak?" soal Ejaz cemas. Hampir luluh jantungnya melihat sahabatnya hampir dilanggar. Nasib baik dia terdetik untuk mencari Ezrul di sini. Kerana dia tahu,tempat ini selalu dikunjungi lelaki itu.
Mata Ejaz mencari kelibat kereta yang hampir melanggar Ezrul. Kereta itu laju meninggalkan kawasan taman itu. Matanya kemudian beralih kepada Ezrul yang masih terkaku di atas tar jalan. Mukanya tak usah cakap lah, terkejut habis.
"Weh Rul! Kau okay tak ni?" soal Ejaz sekali lagi apabila melihat Ezrul masih diam tidak berkutik.
"Kau ada nampak macam aku okay ke sekarang ni?" soal Ezrul dengan nada geram. Apa punya soalan lah? Aku hampir kena langgar kot, mestilah TAK OKAY!
Ejaz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak mengamuk pulak pakcik ni. Orang risaukan dia kot!
"Alah, kau ni... Aku tanya je kot. Aku risaukan kau tahu tak? Cuba bersyukur sikit." ujar Ejaz membela diri.
Ezrul menjulingkan matanya ke atas. "Apa-apa je lah. Tolong aku bangun." kata Ezrul menghulurkan tangan. Ejaz menyambut huluran tersebut dan menarik Ezrul supaya berdiri. Kemudian mereka sama-sama melintas jalan menuju ke tapak parkir kereta.
"Eh, kejap. Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" soal Ezrul bertubi-tubi. Aneh pula rasa tiba-tiba sahaja Ejaz boleh berada di situ.
Ejaz memandang Ezrul dengan raut wajah tidak puas hati. "Aku cari kau lah mangkuk! Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati tadi. Aku teringatkan kau. Tu yang cari sampai ke sini tu." terangnya.
"Macam mana kau tahu aku dekat sini?"
Ejaz mengangkat bahu. "Entah. Aku cuma tergerak hati nak ke sini. Lagipun, aku tahu sini tempat kau melepak bila kau ada masalah."
Ezrul diam mendengar kata sahabatnya. Dia bersandar di keretnya sambil termenung. Kemudian bunyi keluhan berat.
Ejaz yang perasan Ezrul termenung mula bersuara. "Kau kenapa ni Rul, hm? Kau risaukan Putri?" soalnya.
"Tipu lah kalau aku kata aku tak risau. Isteri aku hilang Jaz. Kau ingat aku nak gelak ketawa macam dulu ke?" soal Ezrul lemah. Pening kepalanya apabila Ejaz asyik bertanya soalan yang mintak kena lempang. Urgh!
Tersengih malu Ejaz apabila menyedari soalanya agak kurang cerdik.
"Aku tak boleh duduk diam Jaz. Aku rasa Putri dalam bahaya. Aku risaukan dia. Dia tu tengah sarat mengandung. Macam-macam boleh jadi dekat dia." luahnya dengan perasaan sebak.
ANDA SEDANG MEMBACA
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...
