Bab 58

1.6K 67 22
                                    

     Putri menolak troli yang berisi barang-barang yang dibelinya perlahan-lahan. Matanya ligat memerhati paket-paket rempah yang tersusun di rak. Hari ini Putri hanya keseorangan membeli barang dapur kerana Ezrul terpaksa menghadiri mesyuarat penting di pejabatnya.

   Lagipun bukan banyak barang keperluan yang dibelinya. Hanya serba sedikit sahaja.

    Putri menuju ke tempat sayur-sayuran. Dia kemudian memilih beberapa jenis sayur di situ. Sedang dia berjalan ingin menuju ke tempat menimbang, dirinya dirempuh kuat oleh seseorang menyebabkan dia tidak mampu mengimbangkan badannya.

    Namun tanpa disangka, ada tangan yang sempat menyambut Putri dari jatuh terlentang ke belakang. Tangan itu memaut kuat bahu Putri.

    Putri pula sudah terkebil-kebil matanya memandang tuan empunya badan yang menyelamatkannya dari terjatuh. Terkedu dia seketika.

"Daniel?"

    Daniel tersenyum manis ke arah Putri. Dia melepaskan pegangannya apabila Putri sudah dapat mengimbangkan badannya.

   "Kau buat apa dekat sini?" soal Putri.

    Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err beli barang sikit..."

    Berkerut dahi Putri sambil memandang tangan kosong Daniel. "Mana barangnya?"

    Daniel kelihatan resah. "Err... Tadi I cari barang yang I nak tadi but.. Err barang tu tak ada."

   "Oh..." angguk Putri.

   "Hm okay lah. Aku pergi dulu. Terima kasih tolong aku tadi." kata Putri ingin berlalu pergi.

   "Ehh, wait!" halang Daniel.

   Putri berpaling menghadap Daniel. "Apahal?"

   Daniel diam sejenak. "Err... I nak cakap something dengan you kejap, boleh?"

  "Cakap lah."

   Daniel memandang sekeliling. "Err.. bukan dekat sini. Jom ikut I? Kita pergi minum-minum." ajaknya.

   Putri diam seketika. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kata-kata Zarra.

    "Aku bukan apa, cuma... Aku rasa tak sedap hati dengan si Daniel ni. Macam ada yang tak kena."

   "Kalau kau nak keluar ke apa, mesti berteman. Dan kalau boleh, jangan lah rapat atau percaya sangat dengan si Daniel tu. Aku risau dia ada niat tak baik. Aku boleh rasa..."

  
     Putri tersedar dari lamunan apabila terasa seperti orang mencuit hidungnya. Terkejut Putri dibuatnya. Dia merenung tajam ke arah Daniel. Suka hati lembu dia je sentuh aku!

    "Sorry, tadi i panggil you banyak kali but you tak menyahut." kata Daniel sambil tersengih.

    Putri terdiam mendengar kata-kata Daniel. Dia memutarkan matanya ke atas.

   "So boleh tak? Kita keluar minum-minum sekejap?" soal Daniel kembali.

    Pantas Putri menggeleng. "Cakap kat sini pun boleh. Tak perlu kot sampai nak kena lepak minum."

    Daniel sudah gelisah. "Why? Please Sofea... Sekejap je.." pujuk Daniel.

    Berkerut kening Putri. "Apa yang susah sangat? Cakap dekat sini jelah."

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now