Bab 55

1.5K 61 3
                                    

    "YOU nak pergi mana malam-malam macam ni?" soal Anisa yang baru keluar dari bilik air. Dia merenung ke arah Daniel yang sedang bersiap.

   "None of your business." jawab Daniel dingin. Dia menyemburkan sedikit perfume di baju.

    "Excuse me? I'm still your wife okay? What is wrong with you? Susah sangat ke nak jawab apa yang i tanya?" soal Anisa bengang. Daniel sudah banyak berubah. Daniel bukan lagi Daniel yang dulu. Yang penyayang dan romantik.

    Daniel mendengus kasar. Dia menjeling ke arah Anisa yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya.

    "Keluar dengan kawan." jawabnya tanpa memandang wajah isterinya.

    "Siapa kawan you?" soal Anisa lagi membuatkan Daniel berang.

    "Boleh tak kau jangan nak sibuk sangat hal aku? Suka hati aku lah nak keluar dengan siapa pun!" tengking Daniel dengan nafasnya yang naik turun.

    Terhinjut bahu Anisa ditengking sebegitu. Matanya mula berkaca. Hatinya sayu mengenangkan sikap Daniel berubah sekelip mata. Tanpa tahu apa sebab puncanya.

   Begini lah kehidupan mereka suami isteri sekarang. Dingin. Daniel selalu meninggikan suara terhadap Anisa. Kadang-kadang sampai naik tangan. Anisa amat sedih dengan apa yang terjadi terhadap rumahtangganya.

    Anisa terdiam seribu bahasa. Air matanya mengalir di pipi membuatkan Daniel mendengus kasar. Sudah penat mahu melayan soalan Anisa yang selalu menyakitkan hatinya.

    Sebelum dia berlalu pergi, sempat dia berkata sesuatu kepada Anisa. "Kau tu cuma isteri atas kertas je! Bila-bila masa je aku boleh buang kau dari hidup aku!" hamburnya.

     Dia terus berlalu keluar dari bilik tanpa memandang Anisa yang sudah tersedu sedan menangis.

     Anisa memegang dadanya. Sakit rasa di hati masih belum pulih sepenuhnya. Hatinya bagaikan retak seribu mengenangkan sikap Daniel yang berubah.

    Dia perasan sejak Putri sudah berkahwin, sikap suaminya seperti orang hilang akal. Bukannya Anisa tidak mahu pergi semasa majlis perkahwinan Putri, tetapi ia dirahsiakan oleh Daniel sendiri. Selepas beberapa hari, barulah dia terima berita gembira itu daripada mertuanya sendiri. Sedih apabila suaminya sanggup merahsiakan perihal itu. Dia tidak pasti apa punca Daniel merahsiakan. Yang pasti, Daniel seperti orang lain selepas Putri berkahwin. Bukan Daniel yang dahulu.









     PADA pagi Isnin, Putri sedang mengemas rumah dengan bantuan Zarra dan Nabilah. Itu pun kemas sikit-sikit sahaja. Dua sahabat itu tidak membenarkan Putri melakukan kerja-kerja berat. Putri sudah mula naik bosan apabila semua yang dia mahu buat, dihalang oleh mereka berdua. Asalehe halehe betul!

    Sudahnya, dia berlalu ke luar halaman rumah untuk menyiram pokok bunga. Dia membuka pili air itu dan dihalakan ke arah tumbuhan tersebut. Dia tiba-tiba tersenyum sendiri apabila terlihat pokok bunga mawar putih yang terletak di dalam pasu bunga. Bunga itu ditanam oleh Ezrul sendiri selepas Putri tiba-tiba meraung sebab nakkan bunga itu di halaman rumah mereka. Menggelabah juga Ezrul cuba mencari benih bunga itu untuk ditanam. Yelah, korang rasa mana dia nak cari biji benih bunga tu? Susah nak jumpa kot!

    Tapi entah lah. Putri beria-ia sangat nakkan bunga mawar putih itu. Terpaksalah Ezrul tunaikan walaupun memakan masa beberapa hari untuk mencari. Pening kepala Ezrul mahu melayan Putri punya mengidam. Pelik-pelik betul! Nasib baik sayang je!

     "Oii mak buyung! Lama benor kau tenung bunga tu! Sudah-sudah lah tu, kang mati juga pokok-pokok tu sbb kau siram lama sangat. Dah, masuk dalam." arah Nabilah sambil memerhati tingkah laku Putri.

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang