Bab 60

808 45 0
                                    

ZARRA dan Nabilah tiba di rumah Ezrul pada petang itu. Mereka terlihat ada sebiji kereta yang asing bagi mereka.

"Ada tetamu ke?" soal Zarra.

Nabilah menjongketkan bahunya. "Entah. Mana aku tahu."

"Kau rasa kenapa Ezrul suruh kita datang sini tergesa-gesa macam ni?" soal Zarra lagi.

"Mana aku tahu."

Zarra membuat mimik muka tidak puas hati. "Kau ni semua benda kau tak tahu!" marah Zarra. Menyakitkan hati betul bila tanya minah sebelah ni.

"Dah kau tanya aku benda yang aku tak tahu. Kau nak suruh aku jawab apa?" kata Nabilah selamba.

Zarra buat muka menyampah. Malas nak bertekak dengan Nabilah ni. Bazir air liur sahaja.

"Dah, jom masuk." ajak Nabilah.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Setelah tiba di ruang tamu, kelihatan tiga wajah di situ.

"Oh! Korang rupanya. Aku ingat kereta siapa lah kat luar tu." kata Zarra. Mereka duduk di sofa bertentangan dengan tiga sahabat itu.

Dua jejaka itu tersengih ke arah Zarra dan Nabilah. "Korang apa cerita? Sihat?" soal Iqmal.

"Alhamdulillah sihat." jawab mereka serentak. "Korang?"

"Kita orang pun sihat. Korang tak nampak ke aku makin handsome dan sado?" soal Iqmal dengan riak.

Zarra dan Nabilah membuat mimik muka mahu muntah. "Uwerk! Nak muntah dengar." kata Zarra. Iqmal membuat muka masam. Sampai hati cakap macam tu dekat kita huhu...

"Eh, korang ni... Main-main pulak. Orang tengah serious sekarang ni." marah Ejaz. Kita tengah ada masalah besar dekat sini, diorang boleh bertekak pulak.

Iqmal menggaru kepalanya. Rasa serba salah pula bergurau tak kena masa ni. "Sorry..."

"Ha Rul, kenapa kau panggil kita orang datang sini?" soal Nabilah.

Ezrul yang dari tadi hanya menjadi jadi pemerhati mula bersuara. "Aku ada benda nak tanya korang ni. Benda ni pasal kes kehilangan isteri aku."

Berkerut dahi dua sahabat itu. "Tanya apa?" tanya mereka serentak.

"Korang kenal tak... Daniel?" soal Ezrul.

Zarra dan Nabilah diam sebentar. Kemudian mereka berdua menganggukkan kepala. "Kenal, dia kawan Putri sejak kecil lagi. Kenapa?"

Ezrul terdiam sebentar. Serba salah mahu berkata bahawa hatinya kuat mengatakan Daniel penyebab Putri hilang.

"Err... Aku bukan nak tuduh, tapi... Aku tak tahu lah kenapa hati aku rasa dia yang culik Putri..." luah Ezrul.

Terdiam dua sahabat itu. Mereka berfikir, ada betul juga. Kalau difikirkan secara logik, Daniel memang nampak macam sukakan Putri. Tetapi Putri pula tidak melayannya. Dan mereka baru teringat waktu mereka bertiga keluar bersama,Putri ada bercerita tentang Daniel cuba berlaku kasar terhadapnya.

"Hmm... Kalau kita fikir secara logik, ada betulnya jugak. Aku pun rasa benda yang sama. Sebab kau pun tahu kan? Mamat tu sukakan Putri." kata Nabilah.

"Haah betul tu. And lagi satu, Putri ada cerita dekat kita orang yang Daniel ada berkasar dengan dia masa dia pergi beli barang sorang-sorang. Dia cakap, Daniel paksa Putri ikut dia. Tapi Putri tak nak ikut. Tu yang Daniel marah tu."kata Zarra pula.

Terbuntang biji mata Ezrul mendengarnya. "Hah? Kau biar betul? Kenapa Putri tak cerita dekat aku?" soalnya dengan nada risau.

"Dia tak nak kau risau. Sebab tu dia tak bagitahu kau. Kita orang dah suruh dia bagitahu kau, tapi kau kenal kan isteri kau macam mana? Dia punya keras kepala tu." kata Nabilah.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now