Bab 34

3.7K 153 2
                                    


    KEESOKAN harinya, Putri pergi ke Bukit Bendera seorang diri. Mahu tenangkan fikiran... Dah lama tak naik bukit tu tetiba rasa gayat sikit.

    Putri melepak di salah sebuah kerusi di situ

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

    Putri melepak di salah sebuah kerusi di situ. Pagi² datang di puncak ini memang sangat sejuk. Putri terlupa untuk membawa jaketnya. Kena tahan ja rasa sejuk tu. Dia melihat tidak ramai yang datang mengunjung di Bukit Bendera ini. Mungkin masih pagi.. Semua masih tidur di ulit mimpi.

    Putri termenung seorang diri di situ. Fikirannya masih tidak boleh terima bahawa Daniel dan Anisa sudah berkahwin. Kenapa aku jadi macam ni? Bukan ke aku dah move on? Ya, memang Putri sudah move on, tetapi rasa sayang terhadap Daniel masih bersisa di dalam hati. Putri mengeluh berat.




   "WAH! Sejuknya dekat atas ni! " kata Iqmal girang. Mereka berada di Bukit Bendera ketika itu.

  "Kan? Rasa tenang je dekat atas ni. " sahut Ejaz.

    Ezrul mengangguk. "Hilang serabut yang dekat KL tu. " sokong Ezrul. Mereka tidak melepaskan peluang ini untuk menangkap gambar pemandangan dan gambar mereka.

    "Ini first time aku naik sini. Kadang gi Penang tak singgah pun dekat sini. Haih, tenangnya.." kata Iqmal.

    Ezrul hanya diam sambil tersenyum. Dia mengangkat camera Canon nya dan di arahkan ke hadapan. Klik! Memang cantik pemandangan dekat sini. Ezrul mengalihkan pandangannya ke arah kanan.

    Kelihatan seorang wanita sedang duduk di kerusi sambil termenung. Ezrul tersenyum apabila menjumpai orang yang dicari sejak dia datang ke Penang.

    Ejaz dan Iqmal yang perasan akan kebisuan Ezrul terus memalingkan kepala mereka ke arah Ezrul. Kening mereka berkerut apabila melihat rakannya itu senyum sendiri apabila melihat satu arah. Ejaz dan Iqmal turut melihat ke arah itu. Bulat mata mereka apabila mereka menjumpai Putri di situ.

   "Rul, tu bukan ke..." belum sempat Ejaz habis cakap. Ezrul sudah bangun dan menuju ke arah Putri yang sedang termenung.

   "Bahhh!!! " sergah Ezrul.

   "Oh aku sayang kau sorang! " latah Putri. Pantas dia menekup mulutnya. Apa yang aku cakap ni?

    Ezrul ketawa dengan kuat. Kelakar gila muka Putri apabila terkejut. Putri sudah buat muka cemberut. Geram betul la aku!

    "Kau ni apehal! Jangan lah sergah aku macam tu! Terkejut aku kau tak tak? " marah Putri sambil mengurut dadanya.

    Ejaz dan Iqmal sudah membuat muka pelik. Apakah yang sedang berlaku?

    "Hahaha... Aku gurau je.. Kau latah ape tadi? Sayang aku sorang? Aww! So sweet! Aku pun sayang kau jugak! " kata Ezrul dengan gedik.

    Putri menjulingkan matanya ke atas. Malas nak layan! Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Eh! Macam mana kau boleh sesat kat sini? " soal Putri.

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang