Bab 42

1.9K 94 7
                                    

     SEPERTI yang dirancang, Putri mula berkemas baju untuk pulang ke Pulau Pinang Jumaat ini selepas pulang dari kerja. Dia memilih untuk menaiki kapal terbang sahaja memandangkan dia letih untuk memandu. Lagipun Putri tidak boleh meminjam kereta Zarra kerana keretanya masuk bengkel.

     Putri tiba di lapangan terbang tepat pukul 7:00 malam. Flight nya akan berlepas pada pukul 7:40 malam. Masih sempat untuk Putri berehat sebentar ni restoran McDonald. Seperti biasa, dia memesan makanan kegemarannya iaitu filet-o-fish. Selepas mengambil pesanan, dia duduk di tempat kosong. Sambil makan dia terfikir akan sesuatu. Dia rasa tidak sedap hati untuk pulang ke Pulau Pinang. Entah kenapa... Hmm mungkin perasaan aku je kot.

     Putri kemudian mencapai telefon di atas meja. Dia membuka aplikasi whatsapp. Ada banyak pesanan dari Ezrul. Mungkin Putri tidak membuka telefonnya dari tadi. Jadi, mamat tu spam bagai nak rak! Belum sempat dia mahu membalas, telefonnya berbunyi menandakan ada call masuk.

Ezrul❤️ is calling...

BbbbPutri mula senyum melihat nama itu. Dia pantas menjawab panggilan tersebut.

Putri
Assalamu'alaikum


Ezrul
Waalaikumsalam.. Sayang ada dekat mana tu? Bising je dengar?


Allahu... Sabar Putri sabar... Jangan tumbang dekat sini...


Putri
Hmm, dekat airport ni

Ezrul
Airport? Buat apa? Where are you going?


Putri
Penang. Mama saya suruh balik. Ada hal penting katanya..


Ezrul
Oh.. Hmm.. Awak pergi airport naik apa?


Putri
Grab

Ezrul
What?!


    Putri jauhkan telefonnya dari telinga. Apesal mamat ni nak kena jerit?!


Putri
Tak, apesal nak kena jerit? Pekak lah telinga saya nanti!


Ezrul
Sorry.. Kenapa awak naik grab? Bahaya lah naik sorang-sorang. Awak tu perempuan sayang.. Kalau driver grab tu ada niat tak baik dekat awak macam mana? Saya jugak la yang susah hati kat sini nanti.. Haish! Awak ni...


    Putri dah julingkan matanya ke atas. Bebel dah mamat ni.. Naik grab je pun!


Putri
Ya Allah... Saya dah biasa lah naik grab. Awak tak payah risau lah.. Asalkan saya dah sampai airport kira bersyukur dah tu. Lagipun kalau saya tak naik grab, saya nak naik apa? Takkan nak naik kereta lembu pulak?


Ezrul
Hahaha... Naik kereta lembu takpe. Sekurang-kurangnya lembu tu tak ambil kesempatan kat awak! Hahaha

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now