Bab 62

765 43 0
                                    

      EZRUL pantas memecut keretanya menuju ke Balai Polis apabila menerima panggilan tentang kes kehilangan isterinya. Hatinya mula berdebar hebat.

      Setibanya dia di sana, Ezrul terus melangkah masuk. Kelihatan Inspektor Hisyam sedang berbincang sesuatu bersama anak buahnya di satu sudut.

     "Inspektor Hisyam?" tegur Ezrul sebaik sahaja dia menghampiri mereka.

    "Oh Encik Ezrul." sapa Inspektor Hisyam lalu berjabat tangan dengan Ezrul.

    "Any update?" soal Ezrul dengan debaran di dada.

   "Yup. Pagi tadi kami ada terima panggilan dari orang awam. Encik Saiful. Dia kata, dia terdengar ada suara yang meminta bantuan di kawasan rumahnya. Katanya juga terdapat sebuah rumah kosong yang berada tidak jauh dari rumahnya. Jadi dia minta pihak berkuasa untuk periksa kawasan di situ." terangnya.

     Makin berdebar Ezrul mendengar kenyataan Inspektor Hisyam. "Ada tanda-tanda itu isteri saya?"

    "Kami belum pasti. Saya sudah menghantar beberapa orang saya untuk memeriksa kawasan tersebut. Insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita." balasnya tenang.

     Terdiam Ezrul mendengar kata-kata Inspektor Hisyam. Jika benar itu isterinya, dia lah orang yang paling gembira sekali.

   "Di mana lokasi tu?" soalnya.

    Inspektor menunjukkan alamat lokasi itu kepada Ezrul. Ezrul hanya meneliti laporan kes kehilangan isterinya.

   "Encik Ezrul jangan bimbang. Kalau ada apa-apa berita tentang Puan Putri, saya akan maklumkan kepada awak." ujar Inspektor Hisyam cuba menenangkan Ezrul yang kelihatan resah.

     Ezrul hanya mengeluh berat. Kemudian dia menganggukkan kepalanya. Selesai urusannya di Balai Polis, dia kemudian memandu pulang ke rumah.

     Dia berfikir sejenak. Patut kah dia sendiri yang pergi mencari isterinya? Siapa dalang di sebalik semua ini? Walaupun dia sudah syak Daniel adalah dalang di sebalik kes penculikan ini, tetapi dia tiada bukti yang kukuh.

     Tentang Daniel pula, dia masih menghilangkan diri. Tiada bayang-bayang lelaki itu dimana-mana. Malah Anisa sendiri berkata, selepas mereka bercerai, Daniel tidak pernah menunjukkan dirinya.

     Ezrul melepaskan keluhan buat sekian kalinya. Dia tidak boleh berdiam diri. Dia harus mencari juga Putri.








     WAKTU itu, Ezrul, Iqmal dan Ejaz sudah tiba di lokasi yang dituju. Kereta Ezrul diparkir jauh sedikit dari lokasi sebenar.

    "Kau sure ke sini tempatnya?" soal Iqmal sambil memerhati keadaan sekeliling yang makin gelap. Mereka masih berada di dalam kereta.

    "Daripada apa yang Inspektor tu kata, sini lah tempatnya." jawab Ezrul. Ya, Ezrul mengambil keputusan untuk pergi ke lokasi rumah terbiar itu. Dia ingin menyelamatkan isterinya.

     Mereka bertiga mengenakan hoodie hitam dan mask hitam, senang. Musuh susah nampak dalam gelap. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9:30 malam.

    "Betul ke tu rumahnya? Apahal creepy sangat rumah tu. Korang tak takut ke mana tahu ada hantu ke dekat dalam tu." tambah Iqmal lagi dengan mulut tiada insuran.

    Pantas tangan Ejaz meluku kepala Iqmal. "Kau ni mulut memang tak reti jaga ke?" soal Ejaz geram.

    Ezrul sudah menepuk dahi. Sabar jelah ada kawan macam ni.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now