Bab 67

1.3K 48 7
                                    

4 Tahun Kemudian

     "UMI!"

     Laung suara kanak-kanak kecil. Dia berlari laju menuju ke uminya yang baru keluar dari sliding door rumah.

     "Maira, jangan lari. Nanti jatuh sayang..." larang Putri sambil bercekak pinggang.

     Maira tidak mengendahkan nasihat uminya. Dengan pantas dia merangkul kaki Putri.

     "Hey kenapa lari-lari ni?" soalnya sambil mengusap rambut anaknya yang lurus.

     "Abang Fahmi nak tangkap Maira." adu Maira.

    Maira sekarang sudah berusia empat tahun. Si kecil itu sangat petah berkata-kata walaupun kadangkala ada pelat sedikit.

    "Mairaa!" tiba-tiba Fahmi berpura-pura bersuara garau ingin menakutkan Humaira.

    Aaaaa! Umi! Tolong Mai!" dia berlari menyorok di belakang Putri.

    "Haaaa mana Mai nak lari? Mari sini abang Fahmi nak makan dia!" Fahmi berpura-pura ingin menangkap tangan Humaira yang merangkul kaki uminya.

     "Eiii abang Fahmi ni! Janganlah tangkap Maira! Maira agitahu ayah!" ugutnya dengan muka masam ditayangkan.

     Putri ketawa melihat gelagat adik dengan anaknya. Fahmi juga tidak jemu melayan Humaira. Fahmi kini sudah berusia 13 tahun. Setiap kali pulang dari sekolah, pasti dia akan datang ke rumah untuk meluangkan masa bersama Humaira.

     Fahmi tidak lagi mahu mengusik Humaira. Dia duduk di kerusi kecil yang berada di situ. Putri juga melakukan hal yang sama.

   "Kak Putri, abang Wan tak balik lagi ke?" soal Fahmi.

   "Belum, kejap lagi dia balik lah tu. Ni Fahmi nak tidur sini ke?" soal Putri. Dia meletakkan anaknya di atas riba.

    "Boleh ke?"

    Berkerut dahi Putri. "Kenapa tak boleh pulak? Mesti lah boleh. Biasa tidur sini tak ada pun tanya macam tu."

    Fahmi tersengih.

   "Yelah, mana tahu nanti takut Fahmi ganggu abang dengan akak pulak."

    "Tak ada ganggu nya. Ni rumah abang Fahmi jugak tau." balasnya.

     Fahmi menggaru kepalanya. "Hehe... Err tak apa lah kak. Lain kali je Fahmi tidur sini. Fahmi tak bawak baju."

    "Pakai lah baju abang Wan."

    "Eii akak ni... Mana muat!" balas Fahmi. Mukanya berkerut tidak puas hati.

    Putri meletuskan tawanya. Alahai adik...

    "Umi, ayah ane? Maira rindu ayah." soal si cilik itu.

    Terangkat sebelah kening Putri. Aik? Rindu?

    "Oh, Maira rindu ayah je lah? Umi ni Mai tak rindu? Tak sayang umi ke?" soalnya cuba menduga.

     Terkebil-kebil Humaira merenung uminya. Kemudian tersengih comel. Dia merangkul leher Putri.

    "Mestilah Maira sayang umi. Maira tak rindu umi lah sebab umi ada ekat sini. Ayah tak ada!" laju dia berkata. Amboii pandainya dia!

    "Hah siapa yang sebut-sebut nama ayah ni?"

    Tiba-tiba wajah Ezrul muncul disebalik pintu sliding. Dia tersenyum mengusik.

     "Ayahh!!"

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now