Hi! Jangan lupa vote!
"ANGAH! bangun, nanti lambat nak pi sekolah!" laung Puan Athira, ibu Putri Sofea. Putri masih tidur tanpa mendengar laungan ibunya. Apabila Puan Athira tidak mendengar sebarang respon daripada anaknya itu, dia menjenguk ke dalam bilik Putri.
"Ya Allah budak ni, tidoq mati ka apa ni? Oi! Angah bangunlah... dah lambat ni." Puan Athira menggoncang tubuh Putri dengan kuat membuatkan dia terjaga daripada tidur.
"Sat la, orang ngantuk ni..." kata Putri dengan matanya masih terpejam.
"Banyak la hang punya sat. Nak mama simbah air sejuk baru nak bangun ka?" ujar Puan Athira dengan geram.
Automatik mata Putri celik perlahan-lahan. Kata-kata mamanya bukan boleh dibuat main. Nanti tahu-tahu basah katil.
"Pukul berapa dah ni?" soal Putri yang masih mamai. Matanya digosok perlahan cuba menghilangkan rasa mengantuk.
"Sekarang ni dah nak masuk pukul tujuh pagi dah!" kata Puan Athira sambil berlalu ke dapur.
"Hmm, nak masuk pukul tujuh... Ha? Pukul tujuh!" Matanya yang terpejam jadi segar. 'Argh, aku lambat lagi! Mama pun satu, bukan nak kejut aku awal.' Bentak Putri sambil bangun.
"Awat tak kejut awal?" soalnya.
"Mama dah kejut hang bangun dah, hang yang tidoq mati." sahut Puan Athira.
"Lain kali kejut la kuat sikit," jawab Putri.
"Heh! Banyak pula menjawab dia, pi mandi lekaih!" Marah Puan Athira.
"Yelah, yelah.. Nak mandi la ni." Putri menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu menuju ke bilik air.
"WEH, exam pertengahan tahun bila erk?" soal Nabilah kepada Putri. Dia menyuap makanan ke dalam mulut dengan selamba.
"Weh?" Dia memanggil Putri lagi apabila soalannya tidak terjawab. Putri hanya buat bodoh saja, 'Huh! Nama aku sikit punya sedap, dia panggil 'WEH' ja?" kutuknya dalam hati.
Apabila Nabilah melihat Putri buat bodoh saja, dia mencuit pinggang sahabatnya itu. Terus termelatah Putri dibuatnya.
"Oi, mak hang exam!" latah Putri. Diorang pun apa lagi, bantai gelak la. Putri merenung tajam ke arah Nabilah yang sedang ketawa sampai tak ingat dunia tu. Kembang kempis hidungnya menahan geram, gaya macam lembu nak sodok mangsanya pun ada. 'Seronok ketawa ya? Siap hang!' katanya dalam hati.
Kaki Nabilah yang berada di bawah meja makan itu ditendang.
"Aduh!" dia mengaduh kesakitan, berkerut mukanya menahan perit di kakinya. 'Haha, puas hati aku!' Putri gelak jahat di dalam hati.
"Huh, kasarnya hang, sakit kaki aku tahu!" marah Nabilah yang sedang mengusap kakinya perlahan-lahann.
"Siapa suruh hang cuit aku?" soal Putri kedenagran agak sinis.
"Dah aku tanya hang, tapi hang buat tak tahu ja." katanya tidak puas hati.
"Lain kali, kalau nak tanya... Panggil la nama cik Nabilah oii.. Bukan panggil orang 'WEH'. Kan perkataan tu untuk sesiapa ja, so lain kali please panggil nama ya. Ada faham ka adik manis?" kata Putri panjang lebar.
"Hmm, dah keluar dah ceramah dia. Haa.. Nabilah, kau yang pandai-pandai cari pasal kan? Ha, kau tadah la telinga ye..." sindir Zarra.
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romantizm[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...