Bab 7 (PERTEMUAN)

4.6K 162 0
                                        

       "IBU! Rul pergi kolej dulu tau!" kata Ezrul sambil mengikat tali kasutnya.

       "Okay sayang, hati-hati bawak motor tu!" laung Datin Raihana dari dapur.

       "Okay bu! Bye, assalamualaikum." katanya lalu manaiki motor kuasa tingginya.





    SEBAIK tiba di hadapan kolej, dia memberhentikan motornya dan turun dari motornya. Rata-rata pelajar perempuan menumpukan perhatian terhadap Ezrul. Maklum saja lah, perempuan mana yang tak terpegun apabila melihat lelaki sekacak Ezrul, muka dia ala-ala James Reid gitu.  Bawa motor Kawasaki pulak tu. Cair beb! Hahaha

    "Weh, handsomenya mamat tu! Student baru agaknya." kata salah seorang pelajar perempuan di situ.

    "Tu lah, handsomenya! Agak-agak kalau aku mintak nombor telefon, dia nak kasi tak?" kata seorang lagi pelajar perempuan.

      Ezrul hanya tersenyum bangga mendengar kata-kata para gadis di situ. Terasa bangga kerana dia mendapat perhatian daripada kaum wanita. Dia kemudiannya duduk di salah satu bangku di kolej itu lalu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Dia mendail nombor seseorang.

    "Hello bro! Kau kat mana ni?" soal Ezrul.

    "Ha hello, aku baru on the way dari rumah ni." jawab Iqmal.

    "Okay, cepat sikit tau. Aku dah sampai ni, tunggu kau je."

   "Okay, okay kau tunggu kejap. Dalam 10 minit aku sampai."

   "Hmm!" Ezrul mematikan panggilan itu. Dia hanya menunggu kedatangan rakannya di bangku yang didudukinya itu.



  "WEH kat mana tempat pendaftaran ni, aku dah penat ni... Asyik tawaf satu kolej ja, tak jumpa-jumpa jugak!" rungut Nabilah.

    "Sabar la kejap, aku pun penat jugak." kata Putri. Dia dan Nabilah duduk di salah sebuah bangku di kolej itu.

   "Weh, kita tanya orang je lah." kata Zarra yang sedang berdiri di hadapan Putri dan Nabilah. Matanya melilau mencari seseorang untuk ditanya, tiba-tiba matanya tertacap pada seorang lelaki yang sedang duduk di salah satu bangku.

   "Hah! Tu, tu! Cer kau pergi tanya mamat tu. Mana la tau kot-kot dia tau." kata Zarra sambil menunjukkan ke arah lelaki itu.

   "Mamat jugak yang hang pilih noh." sindir Putri. Mereka terus pergi ke arah lelaki yang Zarra katakan tadi.

  "Err... Assalamualaikum." tegur Putri. Lelaki yang sedang melihat telefon bimbitnya terus menoleh ke arah Putri.

   "Waalaikumsalam." jawabnya.

   "Ermm... Saya nak tanya ni, dekat mana tempat pendaftaran?" soal Putri.

   "Awak student baru ke?" soal lelaki itu.

   "Ha'ah, kami student baru." jawab Zarra.

    "Ouh."

   "Err... Awak tak jawab lagi soalan kawan saya tadi." kata Nabilah.

   "Oh! Sorry, err... Apa awak tanya tadi?" soalnya. Lelaki itu seperti baru tersedar dari mimpi.

  "Tempat pendaftaran dekat mana?" kata Putri sambil membetulkan tudungnya.

   "Oh yah, okay. Korang pergi naik tangga ni, lepastu korang belok kanan. Dekat situ la tempat pendaftaran." terang lelaki itu.

   "Okay, thanks err..." kata-kata Putri berhenti di situ.

   "Zakwan. Panggil saya Zakwan." kata lelaki yang bernama Zakwan itu.

  "Oh, thanks Zakwan." kata Putri sambil tersenyum. Mereka bertiga terus berlalu ke tingkat atas. Zakwan hanya tersenyum memandang mereka.

   "Ezrul! Sorry aku lambat." sergah seseorang dari belakang. Ezrul berpaling ke belakang untuk melihat manusia mana yang menyergahnya tadi.

   "Hish kau ni Iqmal! Terkejut aku! Asal kau lambat?" marah Ezrul.

   "Sorry la bro, aku ada emergency tadi." kata Iqmal sambil tersengih.

    "Huh! Alasan!" kata Ezrul.

     "Hehehe... Tiba-tiba nk membuang tadi. Jangan marah..." usik Iqmal.

   "Tu jelah kerja kau. Berak berak berak" sindir Ezrul.

   "Eh mesti lah. Cuba kau cakap dengan aku manusia mana yang tak membuang?" Ezrul sudah menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan!

  "Hah! Tadi aku nampak kau borak dengan tiga orang awek. Siapa tu?" soal Iqmal.

   "Entah, katanya student baru." kata Ezrul sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

  "Ooo... Student baru... Tapi, tadi aku dengar kau kata nama kau Zakwan, asal kau tak kata nama kau Ezrul hah?" soal Iqmal lagi.

   "Eh, suka hati aku la. Kan Zakwan tu nama aku jugak. Takkan kau dah lupa kot?" kata Ezrul.

   "Yelah, tu aku tau la. Tapi kenapa kau tak bagitau nama glamour kau. Kan senang kalau awek-awek tu nak cari kau nanti, sebut aje Ezrul, semua tau." kata Iqmal.

  "Ala... Kau ni kan, dah macam polis pencen dah aku tengok. Tak boleh ke kau tutup mulut kau tu kejap?" kata Ezrul.

  "Yelah, yelah aku tak tanya lagi. Baru tanya sikit dah kecoh." kutuk Iqmal.

  "Banyak la kau punya sikit. Dah la, jom pergi daftar. Nanti lambat pulak." kata Ezrul mahu menutup bicara.


<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

  #To be continue

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang