Bab 65

719 42 1
                                    

      "HARI ni awak dah boleh discharge." kata doktor yang merawat Putri.

     Sebaik sahaja mendengar ayat tersebut, Putri rasa macam ingin buat sujud syukur! Tak betah untuk dia berlama di hospital. Dia tidak suka bau bilik wad nya. Dan yang paling dia tidak suka apabila kena cucuk!

    
     Ezrul yang sedang mengemas barang-barang nya dipandang Putri. Lelaki ini, lelaki yang sanggup susah senang bersamanya. Lelaki yang sentiasa berada di sisinya. Lelaki yang tidak pernah kenal erti penat. Lelaki yang tidak pernah jemu melayan kerenahnya.

     Ezrul yang rasa seperti diperhatikan terhenti kerjanya. Dia memandang isterinya yang sedang duduk di birai katil.

   "Kenapa pandang abang macam tu?"

     Putri menggeleng lalu mengukir senyuman manis buat sang suami.

    "Saje, nak tengok muka abang yang handsome tu."

    Tergelak kecil dia mendengar jawapan Putri. Telinganya terasa panas sedikit. Arh! Mesti nampak merah. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi malu bila Putri memujinya.

    Putri yang terperasan telinga Ezrul kelihatan merah tersengih nakal.

   "Eeee abang malu eh?"

    Ezrul berdehem perlahan. "Mana ada."

    Putri mencebik mengejek. "Eleh iya la tu. Tu yang telinga tiba-tiba merah tu kenapa?"

    Arh dia dah agak dah! Mesti merah punya telinga. Haih...

    "Nyamuk gigit kot." balasnya mencipta alasan.

    Putri ketawa mengejek. Dah malu pun nak sorok-sorok lagi. Eeii nasib sayang!

    "Abang..."

    "Ya sayang..." sahutnya lembut. Ni tiba-tiba panggil macam tu ada lah tu nak apa-apa.

    "Saya lapar." ujarnya manja. Mukanya sengaja di comel kan.

    "Aik? Tadi baru je lepas makan. Lapar lagi ke?" soal Ezrul hairan.

   
    Putri angguk sambil memegang perutnya. "Baby ni yang lapar."

     Ezrul tersenyum senang, dia menghampiri Putri dan duduk di sebelah isterinya.

    "Anak ayah dalam ni lapar ya? Kejap lagi kita pergi makan okay?" Ezrul berkata sendirian sambil mengusap perut isterinya. Setelah siap semuanya, mereka berlalu keluar untuk pulang ke rumah. Putri ialah orang yang paling bahagia tika itu. Ialah, dah dapat balik rumah!






      PUTRI sedang kusyuk membaca novel di tangan sambil bersandar di kepala katil. Dah tak tahu nak buat apa! Semua kerja Ezrul larang dia untuk buat. Sampai masak pun dia take over! Katanya Putri masih belum sembuh sepenuhnya lagi.

     Putri sudah tidak terkata apa. Relakan sahaja. Nanti kang kalau jawab, jadi perang mulut pula!

     "Sayang?"

    Terperanjat Putri mendengar suaminya panggil. Dah la bunyi pintu pun tak dengar. Tahu-tahu terjengul mukanya di sebalik pintu.

    "Kenapa abang?"

    "Ada kawan sayang datang. Jom turun."

     Erk? Kawan?

     "Siapa?" soalnya.

     "Adalah. Jom turun. Sayang tengok sendiri." Ezrul menghampiri isterinya dan membantu Putri untuk bangun. Dia memimpin Putri menurun tangga perlahan-lahan.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now