"WEH, korang dah berapa tahun stay dekat sini?" soal Anisa yang sedang mengeringkan rambutnya.
Putri yang sedang mengemas katilnya itu mengerling ke arah Anisa. "Ermm... Dah 4 tahun lebih. Asal tanya?"
"Saja tanya... So, dah lama jugak la korang duduk sini?"
"Yup!" jawab Putri. Dia duduk di atas katil sambil menyisir rambutnya.
"Ermm.. Anisa, aku nak tanya something ni." kata Putri.
"Hmm.. Tanyalah.."
"Kau dengan Daniel ada apa-apa relationship ke?"
Anisa senyum malu. "Ha'ah..."
Berubah terus wajah Putri saat itu. Tetapi dia cuba berlagak selamba. "Oh, wow! Dah berapa lama?" soal Putri cuba menahan getaran suara. Kenapa kau nak kena sedih Put?
"Ermm.. Dah nak masuk 3 tahun dah." jawabnya teruja.
Putri terdiam mendengar pengakuan Anisa. Stop it Putri! Stop it! Kau dah lupakan dia kan? So, jangan nk sedih² pulak kt sini!
"Wow! Lama jugak erk hubungan korang. Hmm.. Oklah, aku nk gi tolong Nabilah jap kt dapur. Ha! Kau ajak la sekali Rafiq dengan Daniel makan malam kt sini." kata Putri cuba lari dari rasa sedihnya.
"Kau tak kisah ke kita orang makan malam kt sini?"
Putri menguntum senyuman "Aku tak kisah la. Lagipun kan kita dh lama tak jumpa. So, harini boleh la kita borak panjang."
"Oh, ok. Thanks Putri!"
"Most welcome." kata Putri dan berlalu ke dapur.
"Weh Nabilah, aku ajak Rafiq dengan Daniel makan malam kt sini tau. Kau masak la lebih sikit." bilang Putri.
Nabilah memandang Putri "Kau ok ke diorang makan sini?"
Putri mengerutkan keningnya "Asal aku tak ok pulak?"
Nabilah hanya memberi isyarat muka, Putri faham akan isyarat itu. "Aku ok la Bella, kau jangan risau, ok?" kata Putri tenang. (Bella nama samaran Nabilah)
"Okay.. Sure ea kau okay?"
"Ye sayang..." kata Putri tersengih.
"Amboii... Sweetnya korang ni. Tak ajak aku pon nak bersweet." tegur Zarra yang baru keluar bilik.
"Kepala otak kau bersweet!" marah Putri hanya bergurau.
Zarra dan Nabilah ketawa berdekah-dekah. Putri hanya buat ignore sahaja. Dia juga menolong Nabilah apa yang patut. Selepas 30 minit, makanan sudah terhidang di atas meja.
Nabilah pula pergi memanggil Anisa dan Zarra untuk makan. Manakala Putri pula sibuk menghidangkan makanan.
"Hmm.. wow! Sedapnya bau!" kata Anisa dengan teruja. Putri hanya tersenyum.
"Mana Rafiq dengan Daniel?" soal Putri.
"Kejap lagi diorang datang la tu." jawab Anisa.
Tok.. Tok.. Tok..
"Ha... Panjang umur diorang. " kata Nabilah. "Put, gi bukak pintu. "
Putri hanya menurut sahaja. Dia membuka pintu untuk Daniel dan Rafiq. "Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam.. " jawab Putri. "Masuklah. "
"Wah! Sedapnya bau... Sape masak ni? " soal Rafiq yang sudah duduk di meja makan.
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romansa[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...