Bab 44

1.9K 103 6
                                    

     PETANG itu, seperti yang dijanjikan. Ezrul datang menjemput Putri di rumah. Sepanjang perjalanan itu, mereka cuma diam. Putri lebih banyak termenung. Masih terngiang-ngiang kata-kata Amar pagi tadi. Sungguh, hatinya rasa amat serba salah. Bukan kerana dia juga mencintai Amar, tetapi dia lebih memikirkan perasaan lelaki itu. Mesti hancur hatinya.

    Ezrul yang perasaan kelakuan Putri agak berbeza. Dia memandang Putri di sebelah. Gadis itu sedang termenung. Wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu. Hati Ezrul jadi tertanya-tanya. "Sayang?"

    Tiada respon dari Putri. Sah! Dia mengelamun. Ezrul melambai-lambai tangannya di hadapan muka Putri. "Hey sayang?"

    Putri tersentak. Dia berpaling ke arah Ezrul. "Hah? Ya?"

   "Are you okay?" soal Ezrul. Matanya masih tertumpu pada jalan raya.

    Putri mengangguk. "Yes, i'm okay. Why?" soalnya kembali.

    "Awak nampak tak okay. Macam tengah termenung. Tadi saya panggil pun awak tak dengar" jelas Ezrul.

    Putri diam seketika. "Tak lah. I'm okay... Don't worry" jawab Putri. Dia kemudian bermain dengan telefonnya.

    Ezrul memandang Putri sekilas. Sungguh gadis itu kelihatan pelik dari biasa. Seperti ada yang mengganggu fikirannya.






      SEPANJANG mereka berjalan di mall, Putri tidak banyak bercakap. Dia hanya mengikut ke mana Ezrul membawanya pergi.

    Kini mereka berada di Restoran Chicken Rice Shop kerana perut masing-masing sudah kelaparan. Selepas memesan makanan, keadaan mereka kembali sepi. Putri seperti sedang termenung lagi. Ezrul merenung tajam gadis di hadapannya.

     "Okay, seriously this is not you sayang. Kenapa ni? Awak asyik diam je dari tadi. Saya ada buat salah ke?" soal Ezrul.

    Putri berpaling memandang ke arah wajah Ezrul yang kelihatan serious itu. Dia mengeluh. Kepalanya menggeleng menidakkan kata-kata lelaki itu.

    "Habis tu? Kenapa awak jadi macam ni? Cuba cerita dekat saya. Saya kan tunang awak. Apa salahnya kalau awak cerita dekat saya" pintanya.

   Putri melepaskan keluhan berat. "Hmm... Takde apa cuma... Pagi tadi... Masa saya tengah jogging dekat taman. I've met someone.." katanya.

   Kening Ezrul berkerut. "Who?"

   "Amar" jawab Putri.

   "your neighbor?" soalnya minta kepastian. Putri mengangguk.

   "Okay.. Kenapa dengan dia?"

   Putri diam sejenak. "Err... Dia confess dekat saya" jawabnya.

   Terbeliak mata Ezrul. "What the? Seriously?"

    Putri angguk lagi. "He said he loved me... Saya terkejut pada mulanya sebab tak sangka kan? So bila dia cakap macam tu, saya jadi serba salah. Dia lamar saya, dia lamar saya untuk jadi isteri dia. Lagi la saya rasa serba salah. Saya tolak lamaran dia dengan cara baik. Saya cakap saya dah bertunang..." terang Putri.

    "Lepas tu? Apa dia kata?" soal Ezrul tidak sabar.

   "He was shocked. Muka dia bila awak tengok, nampak sangat dia tu sedih and kecewa sangat. Dia diam lepas saya cakap saya dah bertunang. Lepas tu, dia pergi macam tu je.. Saya rasa serba salah awak sebab buat dia kecewa macam tu... " luah Putri dengan nada sebak.

    Ezrul merenung Putri. "You love him?" soal Ezrul tiba-tiba.

   Pantas Putri menggeleng. "Tak, saya tak pernah ada rasa cinta langsung dekat dia. Saya cuma anggap dia kawan saya, tu je.. Saya cuma rasa kasihan and rasa macam saya ni tak guna sebab buat dia macam tu. Otak saya ni asyik fikir pasal perasaan dia sekarang ni macam mana..." terangnya.

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now